Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 ridam • 6 years ago • 2,371 viewed


Bunyi adalah gelombang yang diterima dan ditafsirkan sebagai pendengaran. Bunyi bising boleh merosakkan saraf dan menyebabkan hilang pendengaran kekal.
- Bunyi blh merosakkan pendengaran apabila...
i. bunyi terlalu kuat walaupun sekejap.
ii. bunyi kuat dlm tempoh lama.

- Tahap bunyi di sekeliling (diukur dlm unit(dB)atau Desibel)
1. bisikan = 20dB
2. kwsn rumah kg = 30dB
3. ruang tamu = 40dB
4. kwsn rumah bdr = 50dB
5. perbualan = 60dB
6. kereta = 70dB
7. trak kecil = 80dB
8. trak besar = 90dB
9. gerudi = 100dB
10. kumpulan rock = 110dB
11. kapal terbang = 120dB
* tahap pendedahan yg selamat utk pendengaran adalah pada tahap 85dB selama 8 jam sehari shj!
- Tanda-tanda kurang pendengaran
1. boleh mendengar tetapi tidak memahami isi perbualan.
2. telinga berdesing (tinnitus).
3. selalu meminta percakapan diulang.
4. org bercakap seolah-olah berkumat-kamit.
- Lindungi pendengaran anda
i. guna pelindung pendengaran contohnya pelindung telinga (earmuff) atau plug telinga(earplug)di tempat kerja atau aktiviti rekreasi yang bising.
ii. hadkan masa terdedah pada bunyi bising. Sekiranya terpaksa, perlu diselang selikan dengan rehat.
iii. elakkan mendengar muzik pada paras yang sgt kuat.
- Tanggungjawab anda..
* sebagai pekerja
1. patuhi peraturan pemakaian alat pelindung pendengaran.
2. ikut jadual pemeriksaan pendengaranyg ditetapkan oleh majikan.
3. sertai program penjagaan telinga dan pendengaran yang dianjurkan di tempat kerja.
4. boleh membuat tuntutan dari majikan sekiranya anda disahkan mengalami hilang pendengaran disebabkan bunyi bising ditempat kerja.
* sebagai majikan
1. hadkan masa pendengaran pada bunyi bising tidak melebihi pada bunyi bising yg ditetapkan.
2. didik dan selia pekerja mengenai cara bekerja di tempat bising.
3. lakukan audiometri berkala jika perlu.
4. sediakan alat pelindung pendengaran.
5. laporkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mengenai pekerja yang didapati mengalami hilang pendengaran.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved