Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 5 years ago • 771 viewed


Selain bahaya, bermain mercun juga memberi kesan kepada kewangan. Membakar mercun sebenarnya membakar wang. Membazir amat ditegah dalam Islam. Setiap wang dimiliki perlu dibelanjakan kepada kebaikan sama ada untuk diri sendiri, keluarga atau disedekahkan kepada orang memerlukan bantuan.

Membelanjakan wang bukan pada tempatnya satu perbuatan boros yang didorong oleh syaitan. Sesungguhnya syaitan menggalakkan sikap boros.

Kebanyakan kanak-kanak bermain mercun bukan dari golongan kaya. Wang membeli mercun sepatutnya disimpan untuk keperluan lain yang lebih penting. Wang digunakan membeli mercun sehingga beberapa ringgit sehari. Ia secara langsung menggalakkan kanak-kanak bersikap boros.

Kanak-kanak sepatutnya diajar amalan bersedekah. Banyak orang fakir dan miskin memerlukan bantuan untuk menyambut hari raya dengan suasana gembira. Sifat ini perlu diutamakan sepanjang bulan Ramadan.

Membakar mercun menyebabkan bunyi bising yang mengganggu ketenteram jiran-jiran. Adakala remaja bermain mercun sehingga larut malam. Ketika jiran-jiran sudah masuk tidur, mereka mula membakar mercun. Malah mereka bermain mercun ketika itu memang bertujuan mengganggu ketenteraman orang ramai. Perbuatan tersebut menunjukkan sikap mementingkan diri dan biadab.

Sekiranya umat Islam di negara kita memahami tegahan agama dalam soal mercun, sedikit sebanyak masalah mercun dapat diatasi. Selama ini ramai tidak mengaitkan mercun dengan hukum agama. Malah ramai yang mengatakan zalim pihak berkuasa bertindak terhadap pengedar dan penjual mercun yang sekadar ingin mencari pendapatan lebih pada musim perayaan.

Jelas sekali kefahaman umat Islam di negara kita dalam soal hukum agama dan kaitan dengan undang-undang ditetapkan oleh kerajaan masih rendah. Sebab itu ustaz dan pak haji membeli atau membenarkan anak mereka bermain mercun. Manakala penjual pula menganggap keuntungan menjual mercun satu pendapatan halal.

Sikap penyeludup dan penjual mercun amat keji di sisi agama. Ajaran Islam menetapkan agar setiap orang wajib mematuhi undang-undang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Tindakan kerajaan mengharamkan mercun bertepatan dengan hukum agama. Islam melarang menjual benda yang mendatangkan bahaya. Salah satu syarat sah jual beli ialah barang yang memberi kebaikan. Mercun bukan daripada kategori memberi kebaikan.

Menjual mercun sama hukumnya seperti menjual dadah. Lebih elok jika denda kesalahan mengedar dan menjual mercun diberatkan lagi.

Peniaga yang mencari keuntungan tambahan dengan cara menjual mercun, bermakna mencampurkan kekotoran kepada keseluruhan keuntungan perniagaan yang diperoleh dengan menjual barangan lain. Tindakan tersebut menghilangkan keberkatan perniagaan yang dijalankan. Ada bala yang bakal menimpa mereka menjalankan perniagaan tidak mengikut kehendak syariat.

Amat malang sekali, golongan menjadi mangsa ketamakan peniaga ialah kanak-kanak dan remaja. Kanak-kanak tidak mengetahui bahaya kesan bermain mercun. Apa difikirkan oleh kanak-kanak ialah kegembiraan. Mereka tidak mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved