Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 bigboss • 6 years ago • 5,268 viewed


TAKUT kepada makhluk halus, manusia jahat dan penangan sihir! Tetapi sejauh mana di antara kita yang berusaha untuk melindungi diri dan keluarga daripada gangguan itu dengan cara yang sebaiknya, berpandukan al-Quran dan sunah.

Sesetengah pihak lebih selesa berjumpa dukun, biarpun silih berganti untuk mendapatkan pelindung kepada masalah dihadapi, tanpa mengambil kira sama ada dukun terbabit menggunakan cara yang diredai atau sebaliknya.

ni kerana ramai yang tidak mengetahui kaedah untuk mengelakkan diri daripada gangguan jahat makhluk termasuk sihir, malah tidak kurang juga yang masih cetek ilmu asas berkaitan agama.

Seorang anak muda kelahiran Kuala Lumpur, Mohd Taha Hassan Azhari, tampil dengan karyanya berjudul Ayat-Ayat Ruqyah, Ayat Penawar Sihir dan Gangguan Makhluk Halus, sebagai panduan kepada masyarakat Islam berdepan dengan gangguan terbabit.

Ruqyah adalah himpunan potongan ayat daripada al-Quran yang menjadi doa khusus untuk mengubati sihir dan gangguan makhluk halus termasuk jin atau apa saja jenisnya dan ia dibenarkan dalam Islam.

Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Tidak apa-apa ruqyah itu selama tidak mengandungi syirik. (Hadis riwayat Muslim)

Album ayat ruqyah ini diterbitkan Inteam Records Sdn Bhd, berada di pasaran bermula minggu terakhir Ogos lalu, pada harga berpatutan iaitu RM9.90 (kaset) dan RM16.90 (cakera padat).

Banyak ayat ruqyah dimuatkan dalam album terbabit, antaranya surah pembuka al-Quran al-Fatihah, diikuti bacaan daripada surah al-Baqarah ayat 1-5, 102, 163-164, 255-257 dan 285-286, kemudian ayat 18 dan19 surah Ali-Imran serta ayat 54 -56 dan 117-122 surah al-A’raaf.

Menurut Mohd Taha, ayat ruqyah ini andai dibaca dengan bacaan yang benar, dengan iman yang bersih dan hati yang ikhlas, ia akan sangat ditakuti makhluk jahat yang ada di sekeliling.

“Saya menghasilkan karya ini selepas beberapa lama melakukan kajian dan penyelidikan sama ada melalui buku dan ulama di Mesir,” kata anak muda berusia 27 tahun itu.

Beliau yang juga anak kepada Datuk Hassan Azhari yang cukup terkenal dengan sumbangannya dalam perkembangan ilmu tajwid dan al-Quran di Malaysia, mewarisi sedikit sebanyak ilmu dan kepakaran daripada bapanya.

Dalam menghasilkan karya itu, beliau turut mendapatkan pandangan dan teguran daripada bapanya.

“Ayah saya juga membuat penilaian terlebih dulu pada karya saya ini dan dia juga berpuas hati,” katanya.

Mohd Taha memiliki tiga diploma, membabitkan bidang al-Quran dan sunnah dari Kolej Islam Darul Eshan (Kisdar), tafsir dan ilmu-ilmu al-Quran dari Maahad Dirasah wal Arabiyah al-Islamiyah di Perak serta pengajian tinggi Islam dan bahasa Arab di Universiti Zamalik, Mesir.

Beliau juga memiliki ijazah Sarjana Muda Usuluddin (dalam pengkhususan tafsir dan ilmu-ilmu al-Quran) dari Universiti al-Azhar pada 2004 dan kini masih lagi belajar di universiti yang sama dalam bidang hadis.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved