Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 lw_rar • 11 years ago • 5,262 viewed


Mengenal Lelaki Melalui Empat Unsur Kejadian
Introduction Ahli-ahli falsafah silam telah mengemukakan teori bahawa perangai manusia di pengaruhi oleh unsur-unsur kejadiannya. Dikatakan bahawa manusia dijadikan dari empat unsur alam iaitu tanah, air, api dan angin.

Ahli-ahli falsafah silam telah mengemukakan teori bahawa perangai manusia di pengaruhi oleh unsur-unsur kejadiannya. Dikatakan bahawa manusia dijadikan dari empat unsur alam iaitu tanah, air, api dan angin. Falsafah ini telah bermula sejak dari Galen dan ianya dipakai beribu-ribu tahun. Carl Jung, seorang ahli ilmu jiwa, telah mengaitkan empat unsur kejadian ini dengan perangai manusia, ianya adalah sebagaimana berikut:
Tanah
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang yang menyedari keujudannya di sini dan kini menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria. (JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING) Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.
Air
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik. (JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH) Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.
Api
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan. (JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS) Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.
Angin
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura. (JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK) Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.

Penentuan Jenis Unsur Lelaki Berdasarkan Anak Keberapa: Samada seseorang lelaki itu tergolong kepada jenis Tanah, Air, Api atau Angin boleh ditentukan menerusi anak keberapakah dia. Susunan unsur ialah: (1) Tanah pertama kelima kesembilan (2) Air kedua keenam kesepuluh (3) Api ketiga ketujuh kesebelas (4) Angin keempat kelapan keduabelas
Sebagai contoh, sekiranya seorang lelaki itu lahir sebagai anak pertama, dia adalah jenis Tanah

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Virtual Fusion (0238980-U). All rights reserved