Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 5 years ago • 17,348 viewed


Dari Ibn Mas’ud dari Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa membaca sepuluh ayat;
  • empat ayat dari awal surah Al Baqarah (1-4)
  • dan Ayatul Kursidan dua ayat selepasnya (255-257)
  • dan penutup surah Al Baqarah (284-286)

nescaya Syaithan tidak akan masuk dalam rumahnya hingga pagi.
KESAN AWAL DARI AYAT2 PAGAR AL-BAQARAH:
Dalam satu kes pesakit di Melaka, pesakit merasakan mendapat terlalu banyak mimpi akibat gangguan/sihir. Saya syor beliau menggunakan ayat2 tersebut. Sebelum itu, pesakit memang selalu membaca ayat Al-Baqarah 255 dan 285-286, tetapi masih tidak cukup ayat 10 tersebut.
Satu malam, sebelum maghrib,pesakit baca ayat 10 tersebut.Dalam waktu tengah malam, 4 jam selepas bacaan, beliau dan pasangannya di rumah tiba2 mendengar dentuman kuat 2 kali:
  1. Bunyi dentum kuat di sudut bilik solat
  2. Bunyi dentuk kuat di siling di bilik ruang tamu
  3. Bunyi bising2 di atas siling / atap
TANDA-TANDA AYAT2 PAGAR LAIN BOCOR:
Saya dapati adakala perawat lain mendakwapagar yang menggunakan ayat2 Quran (bukan al-Baqarah) bocor kerana
  • pesakit"melihat" berapa ekor jin masuk ke rumahnya
  • pesakitterasa ada benda2 bergerak dan berbunyi dalam rumah
  • pesakit dan suami tidak dapat rasa tenang tidur dalam rumah walaupun ngantuk

Apabila ditanya, pesakit baru faham bahawa pagarnya yang bocor tidak menggunakan ayat 10 tersebut.
Selain itu, pengalaman saya sendiri apabila terlupa baca 10 ayat tersebut pada waktu pagi. Masa itu saya selepas subuh berjemaah dengan isteri terus ke kedai membeli roti canai. Pada malam sebelumnya saya sudah bacakan ayat2 tersebut kerana merawat kes sihir pengasih (yang di syakki melibatkan ifrit).
Semasa saya balik dari kedai roti canai (bungkus bawa balik), dalam pukul 7 pagi lebih, saya terasakan meremang ketika membuka pintu pagar untuk masukkan kereta. Tiba2 saya terdengar bunyi siulan tajam (suara ifrit) yang dapat masuk ke rumah kerana pagar (ayat Quran) terbuka. Ini kerana pada Subuh itu, saya terlupa baca ayat2 pagar. Embarrassed
Dari pengalaman saya yang terhad ini, saya jangka pagar Al-Baqarah yang di baca pada malam, akan terbuka pada sekitar 7:30-8:00 pagi sekiranya kita lupa baca lagi selepas Subuh.
PERBEZAAN DENGAN AYAT PAGAR / DINDING DIRI:

Selagi pesakit dan keluarga berada dalam rumah, ayat pagar rumah memadai untuk keselamatan keluarga. Tetapi sekiranya pesakit perlu keluar rumah, maka ia perlu membuat amalan lain untuk memagar dirinya:
  • Ayat Qursi, ATAU
  • 3 QUL, satu QUL 3x, ATAU
  • Zikir berikut 100x pagi dan 100x petang:


dari: http://www.alhawi. net/ratib_ al.htm
.. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Tiada Tuhan Melainkan Allah, Yang satu dan tiada sekutu bagi- Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan, dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia sangat berkuasa atas segala sesuatu

Dari Bukhari, Muslim dan Malik, diriwayatkan daripada Abu Hurairah; Rasulullah s.a.w berkata, “Sesiapa membaca ayat ini seratus kali sehari, pahalanya seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, Seratus kebajikan dituliskan untuknya dan seratus keburukan dibuang darinya, dan menjadi benteng dari gangguan syaitan sepanjang hari.”

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved