umai ikan bawal putih
bahan:-
1 ekor ikan bawal sederhana besar (disiang/dihiris nipis dan buang tulang/dibersih dan ditoskan) 1 labu bawang besar (dihiris halus) 3 tangkai cili merah(dihiris halus) 3 biji cili padi (ditumbuk halus) 7 biji asam limau kasturi (diperah ambil airnya) garam dan aji-no-moto secukup rasa
Cara menyediakankan:-
gaulkan hirisan ikan tadi dengan kesemua bahan yang ditumbuk dan dihiris tadi, akhir sekali masukkan garam dan aji-no-moto secukup rasa dan perahan air limau. biarkan seketika dan siap untuk dihidang. umai ikan sedap dimakan bersama sago rumbia (makanan orang melanau dari sarawak)
sekian, selamat mencuba... ... ... ...
p/s kalau dah cuba menu ini boleh sila hantarkan komen anda!
|