Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 12 years ago • 8,406 viewed


Nura memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, argh..dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.

2.00 pagi. "Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya. "Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura. "

"Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur diatas". Jawapan yang cukup mengecewakan Nura. "Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Nura dalam hati.

"Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu". pinta Nura sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil hatinya sedih perasaannya.

Nura ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur.

Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap. "Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura", bisik hati kecilnya. Aargghh rindunya Nura pada abang. " Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang".

Selesai solat subuh Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi,manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.

"Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat. "Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil menambah, "abang nak kopi atau teh?" Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu "Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura", kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi. Arrghh rindunya Nura pada abang.

--------------------------------------------------------------------

"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri. "Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh. "Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaatler,kesian bini kau". Zikri bergurau nakal. "Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur. "Balas Hilmi.

"Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Nura ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung.

"Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah". terang Hilmi.

"Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri.

"Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.

---------------------------------------------------------

Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nura menangis sepuas hatinya. 5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek.

Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini Kebahagiaan itu makin menjauh. Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makinlaju air matanya mengalir.

"Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5 tahun yang lepas.

"Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya- Allah abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Nura,". Janji Hilmi.

"Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nura lagi.

"Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya- Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Nura.

Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu,selepas 5 tahun, Nura tidak salahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Nura pada abang.

-------------------------------------------------

"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi... " ayat Hilmi terhenti disitu.

"Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up? Celah Zikri. "Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi.

"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia? tingkas Zikri. "Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar menjadi perbalahan " Jelas Hilmi.

"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia? kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?"

"Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup". Ujar Hilmi.

----------------------------------------------------------

"So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya.

"I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?

-------------------------------------------------------------------- "Abang Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu Nura pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat. "Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura. Arrgg rindunya Nura pada abang. Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring. Sehingg ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi.

Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada didepanmata setiap hari. Aargh rindunya Nura pada abang.

Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.

"Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti kelazimannya. "Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi.

"Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Nura tak berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut.

"Eh..dah pandai menjawab,"perli Hilmi. Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yang Nura nak bincangkan.

"Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? Tanya Nura. "Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan.

Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia terus bertanya, "dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" Ujar Nura.

"Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi.

"Sampai hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? Dan Nura terus bercakap dengan sedu sedan.

"Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka.Bosan betul... "

Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi. Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari> ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk.

Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. demam Nura pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.

---------------------------------------------------

Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri.

"Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau? tanya Zikri

"Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku, berdosa tau", tolak Nura. Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu. Setianya kau perempuan, bisik hatinya.

"Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku boleh?" pinta Zikri

"Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan?" setuju Nura.

--------------------------------------------------------------------

"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati MakSiti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan. Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba salah.

"Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang." terang Zikri.

Nura menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.

Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya. "Ya betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Nura." Janji Hilmi.

Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu kecewa.

--------------------------------------------------- Hilmi masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang dikepala, Sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.

"Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat". terang doktor pada Hilmi. "Dua-dua apa maksud doktor? tanya Hilmi "Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.

"Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura, kesal Hilmi. Malu rasanya untuk menatap muka Nura."Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung? kesal Hilmi.

"Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Nura tak sampai hati bang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura.

"Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi." janji Hilmi.

Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa kehopital, dan mujur jugak Nura pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.

--------------------------------------------------

"Mama kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat," marah Hilmi bila melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat.

"Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah."balas Nura. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni. Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan Melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Nura hanya berehat dihospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi.

Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal dihospital , sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu. Kandungan sudah dipenghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setaip tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja. Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana. Hilmi makin risau, setengah jam kemudian doctor keluar.

Hilmi meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya. "Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedayaupaya untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor.

"Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar. "Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." jelas doktor.

"Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat.

"Ermmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah.

Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkansemangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja.

Hari ini Nura menjadi seorang perindu, dia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Hilmi.

"Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira". pujuk Hilmi menenangkan Nura.

--------------------------------------------------------------------

"Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air.

"Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan. "Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya didapur. "Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah.



"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia 'dijemputNya", terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu.

Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangi seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya.

Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah Terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.

-------------------------------------------------------------------- Abang yang Nura rindui,

Abang maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak harapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura.

Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir Runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kapayahan demi zuriat ini bang.

Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia. Nura rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Nura redha bang. siapalah Nura untuk menolakketentuanNya. Nura tak mampu abang.

Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha.

Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika.

Andai apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik danmenjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.

Abang yang Nura rindui...

Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang... Nura rindukan abang... ... Nura rindu sangat dengan abang... ..rindu bang... rindu sangat... .

Sekian,

Ikhlas dari nurani isterimu

Nura Ain Bt. Abdullah

Hilmi melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini dia amat rindukan Nura Ain... dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah kerinduan itu... ..

Nura... .abang juga rindukanmu sayang..bisik hati Hilmi




---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Andai angin itu mampu menyampaikan rindu, bertiuplah bayu, sampaikan rindu hati ini?.. Andainya air yang mengalirkan mampu menghanyutkan duka, mengalirkan sungai hanyutkan duka hati ini? Andainya sekali ombak menghempas pantai mampu merubah pasir, hempaskan sang ombak sekuat hatimu, ubahlah nasibku ini?. Tapi, aku masih terus begini, tidak sudikan kau sang bayu, sungai dan ombak menolong diriku?

Hilmi menutup kembali surah Yassin, dan melipat tikar kecil yang dijadikan alas duduknya. Longlai langkahnya menuju ke kereta. Enjin kereta dihidupkan, lantas dia memecut ke pejabat. Tepat jam 8.50 pagi dia sudah selesai punch card.

"Kau ke kubur lagi Mi?", sapa Zakri.

"Ha?ah, selagi belum hilang rinduku pada Nura," balas Hilmi.

"Kau ni, sudahlah tu, binalah hidup baru, aku tak suruh kau lupakan dia, tetapi, yang pergi biarkan pergi kita yang hidup mesti teruskan hidup, kau jangan ikutkan hati sangat Mi, buruk padahnya nanti, kau lupa ker, Nura berpesan supaya carikan pengganti untuk Syuhadah tu, sanggup ke kau lihat budak tak berdosa tu membesar tanpa kasih sayang seorang ibu, carilah seorang ibu untuk Adah Mi," Zakri cuba menasihati.

"Entahlah Zack, hati hanya untuk Nura, seluruh kasih sayangku hanya untuk Nura, cuma aku tak sempat buktikan padanya, aku terkilan sungguh Zack, kenapa aku sia-sia kasih sayang Nura selama ni Zack? Kenapa aku tak sedar betapa luhur dan sucinya kasih Nura untuk aku? Kenapa Zack?, 8 tahun aku mengenalinya, hampir 6 tahun aku hidup sembumbung dengannya takkan aku boleh melupakannya dengan mudah dalam tempoh 10 bulan ini, sukar Zack, sukar.." Hilmi sebak bila mengenangkan semua itu.

"Mi, sudahlah, aku rasa fikirkan tentang Syuhadah, bukan fikir tentang perkara lepas, tentang kesilapan kau, tebuslah kesalahan itu dengan membahagiakan buah hati pertama dan terakhir kau dan Nura," Zakri jugak agak sebak.

"Doakanlah Mi, doakan semoga aku tabah, dan doakan semoga aku bertemu insan yang mampu menjaga seorang anak yatim tidak berdosa seperti Adah dengan baik, doakanlah aku Zack," pinta Hilmi. Arrghhh rindunya abang pada Nura.

"Insya-Allah, dah le buat ler kerja kau tu," Zakri kembali menyambung tugasannya.

Syuhadah merangkak menuju ke arah papanya. Hilmi tersenyum riang melihat telatah Syuhadah yang sungguh manja. Hatinya tersentuh bila mengenangkan anak sekecil itu, tidak merasa belaian kasih sayang seorang ibu, sebak hatinya mengenangkan, nasib anak kecil itu.

"Hah dah balik kau, tak dengar bunyi kereta pun?" tanya Mak Zaharah.

"Saya tinggalkan di luar mak, nanti lepas maghrib saya nak keluar semula."

"Kau nak jumpa perempuan tu?," maknya mula menyangka. Hilmi mengangguk.

"Hilmi, kalau dengan budak tu, kau nak jadikan mak Syuhadah menggantikan Nura, mati hidup balik mak tak kasi. Biarlah mak saja yang menjaganya. Mak tak sanggup, mak tak yakin langsung dia boleh menjaga Syuhadah dengan baik, hari tu datang sini, nak menyiang ikan pun tak mahu, takut kuku patah katanya, itu kau nak jadikan isteri, itu kau nak jadikan mak Syuhadah? Aku tak sanggup Mi," maknya meluahkan.

"Entahlah mak, saya pun belum buat apa-apa keputusan," Hilmi berlalu. Hilmi melihat jam di tangan, sudah hampir pukul 9.30 malam, lewat lagi Zati nampaknya getus hatinya. Dia bertekad, lagi lima belas minit kalau dia tak datang, Hilmi akan pulang. Lapan minit berlalu, tiba-tiba dia nampak kelibat Zati masuk ke dalam restoran itu.

"Sorry Hilmi, I baru balik dari site, kena pergi office dulu, buat report, sorry yek?," Zati beralasan.

"Ermmm, lama I tunggu di sini, I dah nak balik pun, kalau iyer pun telefonlah beritahu," Hilmi hampir bosan, setiap kali berjumpa Zati mesti lewat.

"Kan I cakap, alasan I kenapa pulak you nak marah I, telefon I habis baterilah, lecehlah you ni tunggu sekejap pun dah bising," Zati mengomel.

"Sudahlah, you nak makan apa?," Hilmi malas bertekak.

"Ermm, actually I dah makan tadi kat site, client belanja, kenyang lagi ni, lagipun takut gemuk, just mintak fresh orange jer lah," pinta Zati.

"Huhhh, sejam orang tunggu dia, alih-alih kena makan sorang jugak, baik makan terus jer dari tadi," Hilmi mula terasa hati dengan sikap Zati.

"Rilekslah you ni lorat ler," Zati megeluh.

Zati sibuk berceritakan soal projek dia, projek yang akan menentukan masa depannya, dia ghairah bercerita mengenai projek dia, Hilmi hanya mendengar sambil menyuap makanan ke mulut, makanan ditelan terasa seperti menelan pasir saja. Akhirnya Hilmi bersuara.

"Zati, I nak berbincang satu perkara dengan you, please listen."

"What, ceritalah," Zati berkata.

"You tahukan, wife I dah meninggal sepuluh bulan yang lepas, dan I punya anak, yang juga berusia sepuluh bulan, I ingin mulakan hidup baru Zati, sudikah you jadi mother untuk anak I Zati?" Hilmi bertanya.

"What! Hilmi, apa ni? I belum bersedia hendak berumah tangga lah Hilmi, apatah lagi nak punya anak, tambahan pulak bukan anak I, ishh apa ni, tak maulah I, kalau I nak kahwin dengan you pun bukan sekarang mungkin 2 tahun lagi, I baru kerja, I masih perlu baiki kerjaya I dulu, kalau I kahwin dengan you pun belum tentu I boleh terima anak you Hilmi, sorrylah," Zati menerangkan.

Penerangan Zati cukup mengundang dan menambah luka di hati Hilmi. Mereka berpisah pada malam itu, namun, Hilmi bertekad, pertemuannya dengan Zati malam itu, adalah pertemuan yang terakhir. Betul kata ibunya, Zati tidak sesuai untuk menjadi ibu Syuhadah. Bukan Hilmi yang kemaruk hendak berbini, tapi dia memikirkan Syuhada yang perlukan seorang ibu.

***

Selepas pertemuan terakhir dengan Zati, Hilmi langsung tertutup hati untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana perempuan. Tumpuan sepenuhnya hanya untuk Syuhada dan kerjayanya sahaja. Betul kata ibunya dia mesti cari pengganti Nura, yang mempunyai hati seluhur Nura. Arrrghhh.. rindunya abang pada Nura, rindu belaian kasih Nura, rindu masakan Nura yang disediakan dengan penuh kasih sayang seorang isteri. Rindu senyuman Nura, tapi dibayar berjuta ringgit takkan Nura hidup kembali.

"Hilmi, mak nak berbincang dengan kau ni Hilmi," tegur mak Zaharah.

"Ada apa mak? Cakaplah."

"Mak kesian sungguh tengok si Syuhadah ni Hilmi, kau ni pun mak tengok dah tak beria dengan budak pompuan tu dah kan? Mi mak cuma nak bahagiakan kau dan Syuhadah saja, boleh mak saja yang carikan pengganti Nura tu Hilmi? Mak kesian sangat dengan Syuhadah ni, kecil-kecil lagi dah tidak beribu," kata maknya.

"Kenapa mak dah bosan menjaga Syuhadah ker?" Hilmi bertanya.

"Ya, Allah Hilmi, kesitu kau, mak tak kata begitu, tapi kasih aku ni kasih nenek, tidak sama dengan kasih ibu."

"Begitu jugak kasih ibu tiri tak sama dengan kasih ibu sejati," Hilmi membalas.

"Hilmi, kalau kau setuju, mak ada berkenan dengan seorang cikgu tadika ni, Ustazah Salwa, dia mengajar dekat tadika di surau kita ni, baik budaknya, mak yakin dia mampu menjaga Syuhadah dengan baik, dengan ilmu agama dan kelembutan yang ada dengannya, lembut orangnya, mungkin lebih lembut dari Nura," maknya bercerita.

"Mak!! Tolong jangan bandingkan dengan Nura mak, Nura saya tiada tandingannya, kalau mak berkenan dengan dia, tolong jangan bandingkan dengan Nura, saya tidak suka, dan Nura adalah ibu terbaik buat Syuhadah, takkan ada yang akan lebih baik," Hilmi kecewa.

"Maafkan Mi, mungkin mak berkenan sangat, kau kenallah dia dulu, sebelum buat keputusan, nanti mak bertanya ibunya."

"Tak payahlah mak, elok kata mak, eloklah tu, saya ikutkan sahaja, saya malas nak fikir akan hal ini," Hilmi berlalu, mengendong Syuhadah dan dibawa ke bilik.

"Malam ni dia tidur dengan saya saja mak," Hilmi menambah.

Di dalam bilik, Hilmi bermain dengan Syuhadah, dia merasakan bahawa Nura juga berada bersama di tika itu, bermain bersama, Hilmi mencium Syuhadah seolah mencium Nura, Hilmi membelai Syuhadah, akhirnya dia terlena didalam belaian papanya. Rindunya Nura pada Abang?

Majlis akad nikah selesai dijalankan, bagi pihak Hilmi, majlis jamuan makan kecil-kecilan diadakan. Namun bagi keluarga Salwa, ini majlis yang pertama, kenduri diadakan dengan meriah. Hilmi sungguh hiba terkenangkan Nura. Hilmi tiada rasa gembira, pilu di hati hanya Tuhan saja yang tahu.

"Mi, mengapa kau ni, kau mesti gembira, ini hari pernikahan kau," Zakri menasihatinya.

"Entahlah Zack, aku tak pandai berpura-pura, aku boleh bohong orang lain, tapi tidak untuk diri sendiri," Hilmi meluahkan.

"Come on, sekurang-kurangnya kau jagalah hari keluarga mertua kau ni, selama ni pun kau tak pernah ada mak bapak mertua kan? Inilah pertama kali kau merasa," Zakri tidak berputus asa.

Selesai segala majlis, Hilmi terasa amat letih, selepas solat Isya?, dia tertidur. Salwa masih lagi melayan Syuhadah, sebak dia mengenangkan nasib bayi secomel Syuhadah ditinggalkan ibu ketika berusia seminggu, apatah lagi dia masih menyusu badan. Sedih sungguh, dia berazam, meskipun dia bukan ibu kandung Syuhadah, namun itu akan dianggap seperti anak sendiri, apatah lagi jiwanya yang memang sukakan kanak-kanak.

"Assalamualaikum abang, bangunlah dah subuh," Salwa mengejutkan Hilmi. Hilmi berlalu tanpa sebarang suara. Dia terasa asing, terasa asing berkongsi bilik dengan perempuan lain, dia teringatkan Nura. Alangkah manisnya kalau yang menyambut pagi itu ialah Nura. Dia terlalu rindukan Nura. Di meja makan Hilmi diam seribu bahasa, dia rasa terasing. Asing kerana ada perempuan lain di antara dia dan Syuhadah, dia masih belum dapat menerima kehadiran Salwa lagi. Mak Zaharah perasan akan hal itu.

"Mak harap kamu sabar banyak dengan perangai Hilmi yer, berikan dia masa, bukan senang dia nak lupakan Nura, lama-lama nanti oklah tu, kamu sabarlah yer, jangan kecil hati," pesan Mak Zaharah semasa Salwa ke dapur menambah nasi lemak.

"Tak apa mak, saya faham, sedangkan seorang kekasih pun susah nak lupakan kekasihnya, ini tambahan pula, seorang suami, pernah hidup serumah mak, Insya-Allah doakan kami mak," Salwa menjawab, mencerminkan kematangan pemikirannya.

"Bertuah Hilmi, bertemu jodoh dengan Salwa, Insya- Allah mak mana tak doakan anak Salwa," ujar Mak Zaharah.

"Mak, mana raket badminton saya mak," jerit Hilmi dari ruang tamu. Dia bercadang untuk keluar bermain badminton bersama rakan-rakannya.

"Pergi cepat ambilkan raket dia, di atas almari bilik belakang tu," arah Mak Zaharah.

Salwa patuh arahan itu, segera dia beredar mencari raket yang dipinta. Lalu bergegas dia ke depan menghulurkan buat suami yang baru sehari bersamanya.

"Abang, nah ambil ni," hulur Salwa.

"Bukan yang inilah, tak apalah biar saya ambil sendiri," kata Hilmi, dan berlalu pergi.

"Saya pergi dulu mak," kata Hilmi sebelum keluar rumah.

Salwa menghulurkan tangan untuk bersalam tanda hormatkan suami, namun, Hilmi berlalu dengan selamba. Hatinya sedikit terguris dengan tindakan Hilmi, namun cepat-cepat dia pujuk hati sendiri.

Mak Zaharah kecewa dengan sikap Hilmi, dia kesal, sepatutnya, Hilmi menghabiskan cuti kahwinnya kali ini untuk bersama-sama Salwa, tetapi dia tak mahu, dia berkeras hendak keluar bersukan.

Sudahlah cadangan dia supaya Hilmi dan Salwa pergi makan angin ke luar daerah ditolak. Alasan Hilmi ialah, rutin setiap Jumaatnya akan terbatal, iaitu mengunjungi pusara Nura. Kini sudah sebulan Salwa dan Hilmi bergelar suami isteri, Syuhadah juga sudah pandai bermanja dan merengek dengan Salwa. Dia sudah pandai tidur berpeluk dengan Salwa. Mak Zaharah sungguh gembira, tepatlah pilihan pengganti Nura Ain. Namun Mak Zaharah kesal, Hilmi masih belum dapat menerima Salwa sepenuh hati, apa yang mampu dibuat berdoa dan menasihati Hilmi.

"Abang dah balik," sapa Salwa bila Hilmi sudah tercegat depan pintu rumah, tangan dihulur untuk menyambut tangan suami untuk dikucup, tetapi seperti biasa Hilmi hanya acuh tak acuh sahaja.

"Syuhadah?.," panggil Hilmi. Dengan tergesa-gesa anak comel itu merangkak menuju ke papanya. Hilmi mencium dan menggomol Syuhadah, seolah-olah sudah berbulan ditinggalkan Syuhadah, sedangkan dia hanya berpisah pagi tadi sahaja.

"Abang, jemput minum," Salwa mengajak Hilmi minum petang.

"Minumlah dulu, saya nak solat," jawapan pendek Hilmi sekali lagi mengundang duka Salwa.

Selesai solat Maghrib, Salwa mencapai Quran, dia membaca penuh kusyuk, tanpa tersedar, air matanya turut mengalir, dadanya sebak, perasaan rendah diri pada Yang Esa, dan ditambah luka di hati, mengalir bersama juntaian air matanya, Hilmi yang menyedari keadaan itu, merasa sedikit bersalah. Namun dia hanya mendiamkan diri. Dia terus dengan kerja-kerjanya menyiapkan pelan bangunan kedai yang baru hendak dimulakan lakarannya.

Selesai mengaji, Salwa turun ke bawah, menyiapkan makan malam, sekali lagi Mak Zaharah memujuk Salwa.

"Kenapa kamu menangis, Hilmi marahkan kamu," tanya Mak Zaharah.

"Ehh, tak lah mak, dia tak cakap apa-apa, saya memang begini, kalau mengaji, kadang-kadang kalau dah khusyuk sangat dengan ayat-ayat suci tu, saya sebak sendiri," Salwa menjawab.

"Kalau dia ada marahkan kamu, jangan selindung, cerita dengan mak yer."

Malam itu, Salwa tidur bersama Syuhadah seperti biasa, dan Hilmi masih meneruskan kerja- kerjanya. Dan seperti biasanya, Hilmi akan tidur di atas sofa di dalam biliknya. Salwa selalu merasa berdosa, tapi apakan daya bukan salahnya, Hilmi yang tidak mahu bersama, sebulan bernikah, Salwa masih lagi seorang dara. Tak apalah, berilah dia masa, pujuk hatinya.

***

Syuhadah kini sudah pandai berjalan, lasaknya boleh tahan. Namun Salwa ligat melayan kerenah anak kecil itu, tidak pernah dia merungut. Mak Zaharah bersyukur, Syuhadah dapat ibu tiri yang cukup sempurna, lega hatinya keranan boleh menunaikan amanah Nura. Usia Syuhadah kini hampir mencecah setahun tiga bulan, ini bermakna sudah hampir 6 bulan Salwa dan Hilmi menjadi suami isteri.

"Hai Salwa, Syuhadah ni dah pun boleh berjalan, mak ucapkan terima kasih kepada kamu kerana menjaga amanah arwah Nura dengan baik, bertuah Hilmi dan Syuhadah, mak terharu kamu menjaga anak yatim ni macam anak kamu sendiri," sebak Mak Zaharah.

"Mak, saya tak pernah anggap dia anak tiri saya, mak, saya anggap dia anak sendiri, keluarga saya pun dah menganggap dia macam cucu mereka jugak, tambahan pula, rumah saya tu, tidak ada anak suadara lagi. Lega rasanya," kata Salwa dan menambah,
"Mak saya bercadang nak ajak abang Hilmi balik rumah saya malam ni, esok kan hari minggu, hari tu, mak saya ada telefon, dia rindu dengan Syuhadah ni hah, boleh ye mak,"

"Ishh, apa pulak tidak bolehnya, pergilah kamu siap-siap, nanti Hilmi balik, lepas makan malam kamu baliklah."

Selepas Hilmi selesai solat maghrib malam itu, Salwa mengajak Hilmi balik ke rumah maknya. Sedih hatinya bila Hilmi enggan, dia izinkan Salwa balik, dia akan menghantar Salwa dan Syuhadah, tetapi dia tidak mahu bermalam di sana, alasan, dia perlu siapkan kerja. Luluh hati Salwa.

"Kalau macam tu, tak payahlah bang, lain kali sajalah," kata Salwa.
"Eh, kenapa, awak baliklah, saya izinkan," Hilmi terasa bersalah jugak.

"Buat apa saya balik sendiri, sedangkan saya sudah bersuami, tempat seorang isteri bukankah di sisi seorang suami, takkan saya nak tinggalkan abang pulak," ujar Salwa perlahan.

Hilmi tersentak mendengar kata-kata Salwa, lembut hati perempuan ni, sama macam Nura, detik hatinya. Dia benar-benar rasa bersalah, tetapi ego mematikan segalanya.

"Terpulanglah kepada awak, jangan kata saya tak kasi," Hilmi meneruskan kerja-kerjanya.

Salwa mengambil kembali beg yang telah diisi dengan baju-baju dia dan Syuhadah, dan memasukkan kembali dalam almari. Mak Zaharah sungguh terkejut dengan tindakan Hilmi, dia merasa Hilmi sudah melampau. Pagi itu selepas bersarapan, dia bertekad untuk meluahkan kepada Hilmi.

"Kenapa kau buat macam tu Hilmi, kenapa kau tak bawak isteri dan anak kau balik ke rumah mertua kau? Kau nak malukan mak? Apa orang kata nanti, aku mengawal anak menantu? Hilmi aku ada anak Hilmi, aku tahu bagaimana perasaan rindukan anak Hilmi, begitu jugak ibunya Salwa, kau juga ada mak Hilmi, kau tak pernah rindukan mak, Hilmi? Begitulah halnya dengan Salwa, bawalah dia balik sehari pun jadilah, kesian dia, kesian maknya. Kau kena ingat dia jugak ada emak, bawalah dia balik, mak merayu pada kau, kalau kau tak kesiankan dia, kau kesiankan mak, mak tak mau orang kata mak dan anak bukan-bukan, kesiankan mak, bukan jauh rumah maknya itu, sejam saja perjalanannya, dan bukan orang lain maknya dengan kita," mata Mak Zaharah mula bergenang.

Hilmi rasa bersalah, akhirnya atas permintaan emaknya, dia mengarahkan Salwa mengemas kain baju, dan mereka bertolak ke rumah mak Salwa. Gembira bukan kepalang kesemua ahli rumah Salwa menyambut kepulangan Salwa dan ?cucu? mereka Syuhadah, riuh rendah suara adik-adik Salwa berebutkan nak mendokong Syuhadah, maklumlah inilah ?anak saudara? pertama mereka.

"Dah boleh berjalan dah budak ni, makin comel mukanya, ikut muka arwahnya Nura," kata mak mertua Hilmi.

Serta merta air mukanya berubah, teringatkan Nura. Dia mintak izin ke bilik air, sekadar tidak mahu dilihat bersedih.

"Kak, bila lagi kami nak dapat anak saudara baru? Cepatlah kak, Adah ni dah boleh lari dah, nanti kalau ada adik bolehlah dia berkawan-kawan," usik adik Salwa.

Ditambah pula, oleh mak Salwa, "betul tu, betul, cepat-cepatlah Wa, nanti cepat aku dapat dua cucu."

Salwa hanya tersenyum kelat, derita hatinya Tuhan saja yang tahu, 'Bagaimana hendak berzuriat mak, sedangkan saya ni masih lagi dara mak,' bentak hatinya. Hilmi juga mendengar, dia merasa bersalah teramat. Dua hari di rumah Salwa dirasakan bagaikan dua tahun, lambat sungguh masa berlalu, Hilmi rimas dengan keadaan itu, dia terpaksa berpura-pura bermesra dan bersenda dengan Salwa demi menjaga nama baiknya, nama baik keluarganya, sedangkan hatinya tetap berduka. Segala kebahagiaannya hanya bersama Nura. Sebelum pulang sempat jugak mak mertuanya berpesan supaya, tegurlah Salwa kalau dia bersalah, marahkan dia kalau perlu. Namun Hilmi tersenyum dan mengangguk, hati berdetik, apalah yang nak ditegur gadis sebaik Salwa, apalah yang hendak dimarahkan gadis semurni Salwa. Di dalam kereta, Syuhadah sudah terlentuk di riba Salwa. Hilmi tekun memandu, masing-masing diam seribu bahasa. Begitulah kehidupan sebenar mereka, bercakap sekiranya perlu. Salwa termenung mengingatkan alangkah bahagianya kalau Hilmi tidak berpura-pura seperti mana di rumah ibunya tadi, Hilmi melayan dia seperti tidak ada apa- apa berlaku. Hilmi pula teringatkan Nura, dia membayangkan alangkah bahagianya sekiranya wanita di sebelahnya yang sedang meriba Syuhadah ialah Nura Ain.

"Abang, kenapa ni?..," jerit Salwa tersentak kerana tiba-tiba kereta hilang kawalan.

"Tayar pancit ni, Salwa, buka pintu, terjun- terjun." Keadaan cemas, tapi masih terkawal.

***

Hilmi sudah boleh pulang hari ini, lega rasa hati Salwa, kemalangan tempoh hari sungguh menakutkannya. Tiba-tiba kereta yang dipandu agak laju oleh Hilmi hilang kawalan kerana salah satu tayar pancit, segera dia memeluk Syuhadah dan melompat semasa Hilmi sedang cuba memperlahankan kelajuan kereta, mereka terselamat, dia hanya luka ringan, Hilmi pula luka-luka di muka, luka- luka di badan.

Itulah kebesaran Yang Maha Esa, kalau dilihatkan keadaan kereta teruk jugak, kerana terbabas ke belukar, tapi mujur mereka semua sempat terjun keluar. Namun luka-luka Hilmi memaksa dia tidak mampu menggenggam tangan dengan baik, mulut sakit, hendak bangun pun payah.

"Abang, doktor kata petang ni abang dah boleh keluar, nanti saya suruh ayah datang ambil, saya tak payah baliklah kalau macam tu, tunggu sampai ayah datang ambil yer," kata Salwa

"Iyer, saya pun malas duduk lama-lama di sini, baguslah kalau dah boleh balik," ujar Hilmi.

"Ada kurang sikit pagi ni?" Salwa bertanya.

"Bolehler, sikit, tapi jari-jari saya masih sakit lagi ni, terima kasih kerana sudi menjaga saya," perlahan Hilmi bersuara.

"Ishh abang ni, kan Salwa ni isteri abang, itukan tanggung jawab saya, walaupun?.," terhenti katanya.

"Walaupun saya tak pernah layan awak seperti isteri saya, berilah saya masa Salwa, saya masih tertekan, saya masih mengenangkan arwah isteri saya, itu perasaan saya, saya tidak boleh menipu diri sendiri," Hilmi berkata.

"Tak apalah bang, saya faham, Insya-Allah saya faham, saya kagum dengan kasih abang terhadap kak Nura, bertuah dia, rugi saya tidak pernah mengenalinya insan bertuah itu," ada getaran nada suara Salwa.

"Tak, aku yang buta Salwa, dia malang punya suami seperti aku, tetapi aku yang cukup bertuah kerana punyai suri seperti itu, lupakanlah," kata Hilmi.

Salwa rasa sejak mereka bernikah, inilah kali pertama mereka berbicara begitu, Salwa gembira Hilmi ada sedikit perubahan. Sudah tiga minggu Hilmi tidak berkerja, cuti sakitnya pada awalnya diberi dua minggu, kemudian ditambah lagi 3 hari, selebihnya dia mengambil cuti tahunan. Sengaja dia ingin berehat dan menenangkan fikirannya.

Hatinya semakin merindui Nura, andai Nura ada, pastilah dia menjadi insan paling bertuah kerana Nura pastinya sentiasa di sisi. Tetapi apa kurangnya Salwa, dia jugak setia, istemewa, tabah dan selembut Nura.

Hilmi rasa bersalah pada Salwa, tapi egonya masih utuh, hatinya pada Nura, sebab itulah sehingga kini hampir 7 bulan, Salwa masih seorang dara. Dia tahu berdosa, tapi dia tidak berdaya, dia tidak mampu untuk memenuhi tuntutan batin yang wajib itu.

"Ya, Allah berikanlah aku kekuatan menempuh ujianMu Ya, Allah," doa Hilmi dalam hati.

"Assalamualaikum?," sapa Salwa

"Waalaikumsalam, kenapa ni, cemas saja." "Ayah telefon mak jatuh semalam, kaki terseliuh, hari ni dia demam panas, abang izinkan tak kalau Salwa balik ke rumah sehari dua, kesian ayah dan adik-adik, tiada siapa uruskan makan minum mereka, tapi kalau abang tak izinkan tak apa Salwa faham," Salwa meminta izin.

"Nura nak balik dengan apa?," tanya Hilmi

"Mungkin Nura naik teksi, ataupun Salwa suruh ayah datang jemput, boleh Salwa bawa Syuhadah sekali?" Salwa bertanya.

"Terpulanglah, tapi kalau perlu nanti saya pinjam kereta kawan hantar awak."

"Tak apa bang, mungkin ayah datang ambil kot, biar Salwa pergi telefon ayah dulu," ujar Salwa.

Sudah dua hari Salwa berada di rumah ayahnya, Hilmi terasa sunyi, dia terasa kehilangan, tambahan pula, Syuhadah tiada bersama. Namun apa daya, kalau tak diizinkan Syuhadah mengikut ?Ummi?nya pasti merengek saja dia nanti. Hilmi sudah bosan, hendak keluar kereta masih di bengkel. Selama dua hari Salwa di sana, sekali pun dia tidak menelefon Salwa, kalau ada pun Salwa sahaja yang menelefonnya. Hilmi menutup suis televisyen dan berlalu ke atas, dia ingin melelapkan mata di atas. Sudah dekat sejam dia bergolek ke kiri, ke kanan, nanum matanya tidak jugak mengantuk, akhirnya dia bangun ke almari, ingin mencari buku-buku cerita untuk dibaca sementara menunggu matanya mengantuk.

Di bukanya pintu almari, dicapai sebuah buku, tidak menarik minat, disimpan semula, ditarik buku kedua, jugak tidak berkenan. Dia terpandang sebuah buku, seperti diari. Mungkin Nura punya, tapi bukankah semua barang- barang Nura aku dah masukkan ke dalam kotak tempohari, kata hatinya.

Diselak buku biru itu, sahlah diari, tetapi bukan Nura punya tetapi Salwa punya. Tertera nama Salwa Hani. Hatinya meronta-ronta ingin melihat isi kandungan buku itu.

15 May 2001

Aku diijabkabulkan dengan Abang Hilmi, sesungguhnya, aku tak pernah mengenali siapa dia, namun dari mak aku tahu, dia baru kehilangan isteri, punya anak yang baru berusia beberapa bulan aku tak pasti. Kesian aku mendengar, tak dapat aku bayangkan kalau aku di tempat anak kecil itu, hanya merasa belaian ibu selama seminggu sahaja. Aku tak pasti sama ada aku menerima Abang Hilmi sama ada simpati atau kerana emak, entah yang pastinya aku yakin takkan emak akan membuat pilihan yang silap. Moga aku bahagia dengan pilihan aku ini.

Hilmi membuka lagi?.

15 June 2001

Genap sebulan kami bernikah, tapi aku sedikit kecewa aku masih lagi seorang dara. Apalah yang diharapkan oleh seorang isteri dari sebuah perkahwinan? Semestinya aku mengharap sebuah rumah tangga yang bahagia, dan diberi belaian oleh seorang suami. Tapi tidak bagi aku, aku tidak merasa semua kenikmatan berumah tangga. Aku kena faham, Abang Hilmi masih sayangkan arwah isterinya, tapi kini, dia punya aku, kenapa dia tak boleh terima hakikat ini. Tak apalah, baru sebulan, Insya-Allah aku akan terus berdoa, mudah- mudahan aku tabah?.

Hilmi mula diserang perasaan bersalah? diselak lagi. Helaian demi helaian dibaca..

15 November 2001

Hati aku sedih yang teramat, aku sabar menanti Abang Hilmi pulang, aku dah siapkan baju untuk pulang ke rumah mak, aku rindu mak, aku rindu adik-adik, aku rindu ayah. Tetapi Abang Hilmi tak mau balik, tetapi dia izinkan aku balik. Apalah ertinya punya suami tetapi tidak bersama seroang isteri.. apalah erti aku jadi isteri kalau meninggalkan suami. Tapi akhirnya bila mak Abang Hilmi marahkan dia suruh balik juga, aku rasa bersalah sangat, aku rasa aku tak patut ajak dia balik, tetapi Abang Hilmi ikut permintaan mak, dia bawak aku dan Adah balik, Tuhan saja yang tahu, dua hari di rumah mak aku gembira atas ?kebahagiaan? kami walaupun hanya kepuraan sebenarnya.

17 November 2001

Sesuatu yang amat tidak terduga berlaku, kami kemalangan, tapi syukur kepada Ilahi, kami tidak parah, sekadar luka-luka kecil, cuma Abang Hilmi agak teruk sebab dia terjun semasa kereta hampir menjunam ke tepi belukar, tapi aku memeluk Adah dan terjun semasa dia cuba memeperlahankan kenderaan, kami terpelanting tepi jalan, nasib baik berumput tebal. Allah sering menguji aku, aku cuba menjaga abang Hilmi dengan baik dengan harapan dan doa semoga terbuka hatinya menerima aku sebagi isterinya, aku betul-betul terluka, aku sedih dan pilu hanya Tuhan saja yang tahu hati aku, tapi aku kena tabah. Kepada siapa aku hendak curahkan? Takkan dengan mak? Mana mungkin. Berdosa seorang isteri menceritakan hal rumah tangganya. Ya, Allah tabahkan hatiku, bukakanlah hati Abang Hilmi menerima kehadiranku.

Hilmi terpaku, rasa bersalah teramat menyerang hatinya. Dia ingat betapa setianya Salwa menunggunya saban hari di hospital. Balik rumah, dia hanya tidur di lantai beralaskan tilam kecil, dia senang lenang tidur di atas katil. Kejamkah aku? Kata hatinya. Tangannya sengal tak mampu menyuap makanan, tangan Salwa lah yang menyuapkan makanan ke mulutnya. Hendak ke bilik air, berpapah dia bersusah payah dengan kudrat wanita membawa Hilmi ke bilik air. Tengah malam Hilmi mengerang kesakitan, Salwa tetap setia berjaga, menenangkannya, menyapu ubat, membawakan air. Tetapi apa balasan Hilmi terhadap perempuan bergelar isteri itu. Dia rasa berdosa. Dia tidak patut memperlakukan Salwa sedemikian. Dia telah membuat keputusan. Dan dia tidak sabar menunggukan Salwa balik.

Salwa pulang dihantar oleh ayahnya, berlari-lari Syuhadah mendapatkan papanya. Hilmi meggomol anak kecil tu, gembira sekali. Dia memandang Salwa penuh erti.

"Pergilah simpan beg tu dulu Salwa, nanti boleh kita minum sama-sama, mak dah buatkan minum petnag tadi,"" kata mak Hilmi.

Hilmi terus memandang Salwa tanpa bicara. Dia melihat perempuan yang sungguh murni hatinya dengan pandangan yang sayu dan rasa bersalah. Selepas makan malam, Hilmi memanggil Salwa ke atas, dia ingin menyampaikan sesuatu kepada Salwa. Salwa berdebar-debar.

"Kenapa abang panggil Wa?," tanya Salwa.

"Salwa, saya ingin berbincang sesuatu mengenai hubungan kita ni, saya bersalah selama ini kepada awak, saya pentingkan diri sendiri, saya tidak pernah hiraukan awak, saya tidak adil, saya mengambil awak sebagi isteri, tetapi saya mengabaikan awak. Saya tidak memperlakukan awak seperti seorang isteri, seperti mana isteri- isteri lain dapat dari seorang suami. Saya minta maaf, tapi awak kena faham, saya pernah kehilangan insan yang amat-amat saya sayang, sukar hati untuk menerima pengganti Nura, saya berharap awak faham," ujar Hilmi.

Dia menarik nafas panjang, dan melepaskan sebuah keluhan kecil. Salwa yang dari tadi duduk di birai katil hanya mula bersuara.

"Tak apa, bang saya faham, abang perlukan masa, saya faham, kalau saya pun mungkin lebih teruk dari apa yang abang alami, Insya-Allah saya tidak pernah menyesal atau tersinggung," ujar Salwa denagn penuh kelembutan.

Gadis ini sentiasa berhati- hati dalam tutur katanya, itulah yang dikagumi Hilmi.

"Tapi saya tidak patut buat begitu, saya kejam namanya, saya tidak boleh berterusan memperlakukan sedemikian, saya telah berfikir semasak-masaknya, mungkin jalan terbaik, biarlah saya melepaskan awak kerana saya tidak sanggup untuk mendera perasaan awak lagi, awak carilah insan lain yang boleh membahagiakan saya. Saya tidak mahu terus berlaku zalim dan diburu rasa berdosa berpanjangan," Hilmi meluahkan.

Salwa tenang, matanya bergenang, Hilmi terus diburu rasa bersalah.

"Kalau itu kehendak abang, siapalah saya untuk menghalang, tapi percayalah, sejak hari pertama saya menjadi isteri abang, impian saya cuma satu, iaitu untuk mebjadi isteri abang sepanjang hayat saya, membahagiakan abang sepanjang hayat saya, menjadi isteri yang terbaik buat seorang suami, kerana sesungguhnya syurga isteri ada pada suami, itulah janji saya pada diri sendiri, tapi nampaknya saya gagal, saya tidak mampu membahagiakan abang, saya minta maaf. Saya tidak mampu jadi yang terbaik untuk abang, walau sedaya upaya saya cuba jadi yang terbaik untuk abang, Kalau itu keuputusan abang, saya rela bang, terserah," Salwa menahan sendu.

"Salwa, jangan cakap begitu, awak isteri yang baik, cukup baik sehinggakan saya rasa bersalah, saya berdosa, sebab itu saya ambil keputusan ini saya tidak mahu lagi berpura-pura, saya tidak mahu lagi awak terseksa kerana tindakan dan perilaku saya selagi awak menjadi isteri saya, harap awak faham."

Salwa bangun dan mula mengemas kain bajunya, dia akan balik ke rumah mak ayah esok. Malam itu tidurnya bertemankan air mata.Hilmi merasa amat- amat bersalah. Dia malu pada mak ayahnya, pada mak ayah Salwa.

"Kau dah melampau Hilmi, kenapa kau buat begini? Apa salah Salwa? Kenapa hah cuba kau cakap?" ayahnya sudah berang.

"Ayah, mak tidak apa salahnya Salwa pada saya, cuma saya rasa demi kebahagiaan dia sendiri, biarlah kami berpisah, saya tidak sanggup berpura- pura lagi ayah, saya masih belum lupakan Nura, saya tidak boleh menerima dia," ujar Hilmi.

"Setelah dah nak dekat setahun kau kahwin dengan dia, kau kata kau tidak boleh lupakan Nura, kenapa kau ni? Kenapa tidak dari dulu lagi, sebelum kau nikahi dia, kau menolak tuah Hilmi, kenapa, setelah hampir setahun kau kata kau tidak bahagia, kenapa tidak dari dulu?" ayah tidak puas hati.

"Untuk pengetahuan mak, ayah??. se.. see.. benarnyanya Salwa itu masih dara?.," Hilmi menerangkan.

"Astaghfirullah hal adzim?., Hilmi betul apa kau cakap ni?" maknya bertanya.

"Betul ayah, sebab itulah, dari saya membiarkan dia terseksa lebih baik saya lepaskannya," Hilmi berkata.

"Ayah tidak setuju, baik.. kalau begitu, aku nasihatkan, kau orang berpisah sementara, tenangkan fikiran masing-masing, kemudian baru buat keputusan," tegas ayahnya.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved