Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 luqyan • 5 years ago • 3,098 viewed


Perbincangan berkaitan Senaman Yoga ialah Asana Yoga. Enam contoh senaman asana ialah seperti berikut:-

Padmasana
Seorang duduk bersila di atas lantai. Kaki kanan di atas peha kiri dan kaki kiri di atas peha kanan. Tapak tangan kanan di atas lutut kanan dan tapak tangan kiri di atas lutut kiri. Ibu jari menyentuh jari telunjuk. Erti Padmasana ialah kedudukan teratai. Di kalangan penganut Hindu, bunga teratai adalah simbol keheningan, kejernihan dan keyakinan diri. Bunga teratai juga menjadi simbol kepada anggota kemaluan perempuan (Phelan, N and Volin, Michael, Sex and Yoga, New York: Bantam Books, 1969, p. 150). Padmasana merupakan imbangan yang sempurna, seperti bunga teratai terapung di atas air kolam yang tenang.
Yoga-Mudra
Yoga-Mudra merupakan simbol sujud seseorang kepada Tuhan. Cara duduknya ialah bersila sama seperti duduk Padmasana. Tarik nafas dengan mendalam, kemudian hembuskan. Tunduk perlahan-lahan ke hadapan sehingga dagu dan mulut mencecah lantai. Dua belah lengan angkat ke atas, kedua belah tangan berpegangan. Kekalkan dalam keadaan begitu seberapa lama yang boleh tanpa menarik nafas, kemudian tarik nafas dan angkat badan perlahan-lahan sehingga tegak seperti kedudukan asal serta hembuskan nafas. Yoga-Mudra ini amat jelas melibatkan perkara agama atau ketuhanan.

Matsyasana
Matsyasana ertinya kedudukan ikan. Kaedahnya duduk sama seperti Padmasana juga. Rebahkan badan ke belakang. Angkat dada ke atas supaya bahagian tengah kepala dapat mencecah lantai. Tangan kanan memegang kaki kanan dan tangan kiri memegang kaki kiri. Bernafas seperti biasa tanpa ada rasa paksaan (Alain, Yoga for Perfect health, New York: Pyramid Books, 1970, pp. 85-89).
Padmasana cara Gheranda Saniluta.
Duduk bersila sama seperti Padmasana. Kedua tangan silangkan ke belakang dan pegang jari ibu kaki yang bersilang itu dengan kuat (jari ibu kaki kanan dengan tangan kanan dan jari ibu kaki kiri dengan tangan kiri). Tundukkan kepala sehingga sampai ke dagu dan tekankan dagu itu ke dada serta mata melihat batang hidung (John Ferguson, 1977, An Illustrated Encyclopedia of Mysticism, [UTF-8?]“Yoga”, New York: Seabury Press, p.213).
Vajraana
Vajraana menyerupai duduk tasyahhud dalam solat Islam, punggung duduk di atas tumit dan peha di atas labu betis (Alain, Yoga for Perfect Health, New York: Pyramid Books, 1970, p. 86).
Garudasana
Garuda ialah nama burung khayalan berkepalakan rupa manusia tunggangan Tuhan Vishnu apabila dia mahu naik ke langit. Vishnu sendiri biasanya digambarkan dengan bunga teratai (Abdu Fatah, Sumber Ajaran Sesat, Putrajaya: JAKIM).
Cara melakukan Garudasana: Berdiri tegak dengan sebelah kaki kanan memijak kuat di atas lantai. Kemudian angkat kaki kiri, peha kiri jadi bersilang dengan peha kanan. Belakang betis kiri dan kaki membelit betis kanan seperti akar membelit pohon. Cara yang sama dilakukan ke atas lengan, sebelah lengan membelit lengan sebelah lagi. Tapak tangan menyentuh satu sama lain. Tangan terletak di hadapan muka. Kedudukan kaki dan tangan hendaklah bertukar ganti (Alain, Yoga for Perfect Health, New York: Pyramid Books, 1970, p. 105).

Daripada enam contoh senaman Asana Yoga, terdapat unsur agama Hindu [UTF-8?]– Buddha, iaitu bunga teratai, asana sujud dan asana garuda.

Lima jenis senaman yoga yang lain ialah seperti berikut:

Hatha Yoga
Ha ertinya matahari dan tha ertinya bulan. Ini memberi pengertian menyatukan matahari dan bulan melalui jalan pernafasan. Hatha Yoga ini semata-mata mengenai badan fizikal manusia. Ini bererti Hatha Yoga bermaksud menguasai pemikiran manusia melalui cara pernafasan tertentu. Menyedut nafas ke paru-paru disebut puraka; menahan nafas dalam paru-paru disebut kumbhaka dan menghembuskan nafas dari dalam paru-paru disebut rerchaka.
Cara mengamalkannya: Tutup lubang hidung kanan dengan ibu jari kanan; tarik nafas perlahan-lahan (puruka); ulang beberapa kali; lepaskan ibu jari dan tutup lubang hidung kiri dengan jari tengah dan jari manis; lakukan sedutan dan hembusan nafas beberapa kali sama seperti yang dilakukan sebelumnya.

Pranayama tertentu (pernafasan tertentu): Tutup lubang hidung kanan dengan ibu jari kanan; tarik nafas perlahan-lahan; tutup lubang hidung kiri dengan jari tengah dan jari manis; lakukan kumbhaka (simpan nafas dalam paru-paru); hembuskan nafas perlahan-lahan; tarik nafas semula; tutup hidung dengan ibu jari; lakukan kumbhaka; jatuhkan jari; hembus nafas perlahan-lahan.

Amalan ini disebut pranayama Hatha Yoga bertujuan menguasai pernafasan. Ini peringkat permulaan dan amalan seperti ini boleh diulang beberapa kali sesuka hati. Amalan ini ada bahayanya kecuali jika dilakukan dengan cara sederhana. Ada aliran lain yang seakan sama dengan Hatha Yoga, iaitu yang disebut chakra (pusat)(Wood, E.E., Practical Yoga, California, Wilshire Book Company, 1970. pp. 119-120 & 170).

Hatha Yoga ini bertujuan mendapatkan kesegaran dan kesihatan sebagai sokongan kepada Asana Yoga yang mempunyai tujuan yang sama. Selepas Hatha Yoga diikuti dengan Karma Yoga (McCartney, J. Yoga: The Key To Life, New York: E.P/ Dutton & Co., Inc. 1969, pp. 10, 40-41).

Karma Yoga
Karma Yoga ialah yoga sebab musabab. Karma Yoga melatih hidup tidak mementingkan diri, berkhidmat untuk umat manusia, kepada masyarakat dan negara di mana seseorang itu berada. Daripada Karma Yoga seseorang itu mempelajari bagaimanakah cara dia melawan sifat tamak dan mementingkan diri sendiri. Seseorang itu menuai atau memetik buah daripada pokok yang dia tanam.
Karma Yoga adalah latihan penyucian diri. Melalui meditasi seseorang itu dapat mengangkatkan darjat ke darjat tahap tertinggi. Hasil daripada latihan ini hatinya menjadi lembut yang melayakkannya mengamalkan tahap berikutnya, iaitu Bhakti Yoga (McCartney, J. Yoga: The Key To Life, New York: E.P/ Dutton & Co., Inc. 1969, pp. 41, 105, 149).

Bhakti Yoga
Bhakti Yoga ialah yoga ibadat, atau yoga cinta Ilahi. Melaluinya seseorang itu terbuka akal dan hati kepada martabat kehidupan tertinggi, mengajarnya beribadat kepada Tuhan. Karma dan Bhakti Yoga ini disatukan lalu melahirkan tenaga, kemahuan dan kekuatan mental. Dari sinilah Raja Yoga menarik seseorang itu ke jalan menguasai daya fikiran, melalui proses muhasabah diri menaikkan darjat ke tahap kuasaan rohaniyah (psychic powers).
Bhakti Yoga ialah yoga devotion (ibadat) atau yoga kecintaan kepada Tuhan dengan menyerahkan diri dengan sepenuhnya kepada Tuhan, yoga seorang faqir, atau seorang sederhana bersahaja, dan inilah namanya Bhakti (McCartney, J. Yoga: The Key To Life, New York: E.P/ Dutton & Co., Inc. 1969, pp. 41, 149). Bhakti Yoga ialah hubungan pengamal yoga (yogin) dengan Tuhan melalui cinta, [UTF-8?]ta’at dan menyerah diri (Bhakti) (ALAIN, Yoga For Perfect Health, New York: Pyramid Books, 1970, p.154).

Jnana Yoga
Apabila sampai ke tahap ini, seseorang itu sudah layak memeriksa diri dengan minda yang terlatih dan daya yang tinggi melakukan konsentrasi terhadap apakah hikmat manusia ada di dunia ini, kesatuan segala-gala (Unity of Allah Things; Wahdat al-Wujud atau Allah ialah segala-gala) , serta lain-lain masalah; meneliti secara umum alam dunia yang kita berada, bagaimanakah evolusi manusia sehingga boleh sampai ke tahap sekarang dan pola kehidupan manusia mengikut arus masa mendatang. Kajian seperti ini disebut Jnana Yoga atau Yoga Pengetahuan (McCartney, J. Yoga: The Key To Life, New York: E.P/ Dutton & Co., Inc. 1969, pp. 41).
Raja Yoga
Raja Yoga membawa seseorang kepada Mutlaq (Absolute, Tuhan, God, Allah, Ultimate Reality) melalui concentration dan meditation. Raja Yoga atau Yoga Diraja, laluan pencapaian. Yoga-yoga yang lain hanyalah persediaan belaka. Semuanya itu dicantumkan menjadi laluan hingga ke matlamat pencapaian Yoga Diraja ini.
Raja Yoga ialah kuasa mental, selaras dengan meditasi, jasad mesti ikut fikiran dan bukan sebaliknya. Raja Yoga membimbing seseorang pengamal yoga sehingga mengalami pencapaian Samadhi (bersatu) tertinggi, boleh bersatu dengan Mutlaq (Allah) (ALAIN, Yoga For Perfect Health, New York: Pyramid Books, 1970, p.. 131).

Kaitan Senaman Yoga Dengan Agama Hindu

Kaitan senaman yoga dengan agama Hindu boleh disimpulkan seperti berikut:

Padmasana merupakan imbangan yang sempurna seperti bunga teratai terapung di atas air kolam yang tenang.
Bunga teratai dalam agama Hindu adalah simbol keheningan, kejernihan dan keyakinan diri. Bunga teratai selalunya digambarkan dengan Tuhan Vishnu.
Garudasana atau senaman geroda yang merujuk nama burung khayalan yang menjadi tunggangan Vishnu ketika mahu naik ke langit.
Yoga-Mudra simbol sujud seseorang kepada Tuhan. Cara duduknya: Bersila sama seperti seperti duduk Padmasana, tarik nafas dengan mendalam, kemudian hembuskan. Tunduk perlahan-lahan ke hadapan sehingga dagu dan mulut mencecah lantai
Bhakti Yoga ialah yoga ibadat, atau yoga cinta ilahi. Seseorang itu terbuka akal dan hatinya kepada martabat kehidupan tertinggi, mengajarnya beribadat kepada Tuhan. Bhakti Yoga ialah yoga devotion (ibadat) atau yoga kecintaan kepada Tuhan dengan menyerahkan diri dengan sepenuhnya kepada Tuhan, yoga seorang faqir, atau seorang sederhana bersahaja, dan inilah namanya Bhakti (McCartney, J. Yoga: The Key To Life, New York: E.P/ Dutton & Co., Inc. 1969, pp. 41, 149).Bhakti Yoga ialah hubungan yogin dengan Tuhan melalui cinta, [UTF-8?]ta’at dan menyerah diri (Bhakti)(ALAIN, Yoga For Perfect Health, New York: Pyramid Books, 1970, p. 154).
Apabila sampai ke tahap [UTF-8?]“Kesatuan [UTF-8?]segala-gala”, pengamal yoga sudah layak memeriksa diri dengan minda yang terlatih dan daya yang tinggi melakukan konsentrasi terhadap hikmat manusia ada di dunia ini, kesatuan segala-gala, unity of Allah/ things atau wahdat al-wujud atau Allah ialah segala-gala (McCartney, J. Yoga: The Key To Life, New York: E.P/ Dutton & Co., Inc. 1969, pp. 41).
Jnana Yoga (yoga [UTF-8?]ma’rifat) bertukar daripada perkara zahir dunia kepada batin yang ada dalam diri seseorang. Sains nature menjelaskan mengapakah sesuatu benda itu bergerak; Jnana Yoga mencari rahsia apakah benda yang menggerakkan diri seseorang. Rahsia ini disebut roh. [UTF-8?]“Kenallah [UTF-8?]dirimu”, kata-kata yang terpahat di Delphi inilah yang menjadi perhatian Jnana Yoga. Perkara ini tidak menyentuh persoalan [UTF-8?]”apakah [UTF-8?]kita” tetapi mengenai [UTF-8?]”siapakah [UTF-8?]kita.”
Dengan akal sahaja tidak boleh sampai kepada Tuhan. Jnana Yoga melalui penafian segala benda dan akhirnya sampai kepada [UTF-8?]“Aku” (bererti Tuhan).
Ilmu melalui jalan akal hanyalah batu loncatan kepada mengenal Atman, Diri bukannya Maya. Jnana Yoga (Yoga Marifat) sampai kepada jalan terakhir Maha Esa. Atman, Diri Tuhan itulah ultimate reality. Dia Maha Esa tidak berbelah bagi ada dalam diri setiap insan. Semua makhluk semesta alam adalah penyataan Brahman. [UTF-8?]”Kerajaan Alam Semesta dalam [UTF-8?]dirimu.” (ALAIN, Yoga For Perfect Health, New York: Pyramid Books, 1970, p. 126-130)
Raja Yoga membawa seseorang kepada Mutlaq (Absolute, Tuhan, God, Allah, Ultimate Reality) melalui concentration dan meditation.
Raja Yoga atau yoga diraja, laluan pencapaian, manakala yogayoga yang lain hanyalah persediaan belaka. Semuanya itu dicantumkan menjadi titi laluan hingga ke matlamat pencapaian yoga diraja ini. Raja Yoga ialah kuasa mental, selaras dengan meditasi. Jasad mesti menuruti fikiran dan bukan sebaliknya. Raja Yoga membimbing seseorang pengamal yoga (yogin) itu kepada mengalami pencapaian Samadhi (bersatu) tertinggi, boleh bersatu dengan Mutlaq (Allah).
Yoga bukan senaman badan asana semata-mata. Senaman Yoga tidak lengkap tanpa meditasi yang melibatkan fikiran. Meditasi (tumpuan fikiran semata-mata ke alam rohaniah) bermatlamatkan bersatu dengan Roh Alam (Tuhan), seperti tersebut di atas. Itulah arah tuju meditasi.

Siapakah boleh menjamin pengamal Asana Yoga tidak terbawa-bawa kepada falsafahnya yang bercanggah dengan Islam?

Yoga: Asana Yoga, bukanlah sejenis senaman badan yang simple semata-mata, tetapi secara langsung atau tidak langsung melibatkan berbagai-bagai fenomena kemasyarakatan yang terdiri daripada falsafah, sains, seni, agama, politik, ekonomi dan sosial. Perkataan yoga berasal daripada bahasa Sanskrit, bererti [UTF-8?]“union” atau [UTF-8?]“ [UTF-8?]bersatu” melalui disiplin rohaniah yang diamalkan mengikut ajaran agama Hindu dan Buddha.

Melalui disiplin inilah seorang pengamal yoga bermujahadah hendak membebaskan fikiran daripada belenggu kebendaan deria agar dapat mencapai Samadhi [UTF-8?]– bersatu dengan tuhan Brahma [UTF-8?]– lalu menjadi satu [UTF-8?](“Yoga” The New [UTF-8?]Webster’s International Encyclopedia, D.S. MAX 1966). [UTF-8?]“Brahman (Allah) ialah segala-gala dan Atman (zat maha batin setiap individu) ialah [UTF-8?]Brahman”; diri alam semesta maha tinggi dengan [UTF-8?]Tuhan” (John Ferguson, An Illustrated Encyclopedia of Mysticism, [UTF-8?]“Atman”, New York: Seabury Press, 1977, p.20).



Yoga Masa Kini

Kebelakangan ini, senaman yoga telah menjadi satu budaya baru dalam masyarakat di negara ini bagi membina kesihatan mental dan fizikal. Senaman yoga menurut pengamalnya didakwa boleh menghilangkan tekanan fikiran dan perasaan di samping menyihatkan dan mencantikkan tubuh badan.

Bagi tujuan ini banyak pihak tampil ke hadapan untuk mempersembahkan teknik-teknik berserta faedah senaman yoga. Sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai termasuk umat Islam menyebabkan perniagaan berasaskan yoga telah menjadi semakin tersebar luas. Iklan berkenaan yoga memenuhi laman web, kedai buku, artikel-artikel di dalam majalah serta penubuhan pusat-pusat latihan yang mengendalikan senaman yoga.

Pusat-pusat latihan yoga didapati tumbuh dengan pesat di seluruh negara. Kebanyakan penganjur dan pengajar senaman yoga terdiri daripada kalangan bukan Islam, namun demikian terdapat juga segelintir umat Islam turut terlibat dalam pengajaran yoga.

Dalam kepelbagaian teknik yoga yang dipersembahkan kepada orang ramai, ia mempunyai unsur-unsur penyelewengan aqidah. Contohnya, kaedah yang dibawa oleh Sahaja Yoga Malaysia jelas boleh membawa kepada syirik dan pluralisme agama. Menurut pengasas yoga ini, iaitu Shri Mataji Nirmala Devi, Sahaja Yoga mampu menyatukan inti kepada semua agama. Dalam upacara yoga yang dilaksanakan pula, pelajar diminta supaya menatap gambar wajahnya, serta menyebut dengan sepenuh hati, [UTF-8?]“Ibu (gelaran bagi beliau), berikanlah aku kesedaran diri (self-realisation) [UTF-8?].” Pertubuhan ini dilihat telah berjaya mengembangkan pusat-pusat latihannya hampir ke seluruh negara.

Sesetengah yoga lain pula, seperti Talltree Yoga mendakwa yoga ialah penyatuan tenaga tersendiri dengan tenaga yang berada di luar, iaitu tenaga alam sekitar. Ini bermakna yoga ialah koleksi teknik dan amalan kerohanian bertujuan untuk menyepadukan pemikiran, badan, jiwa, emosi dan kepercayaan.

Fenomena yoga yang dikatakan mampu mengambil alih peranan agama bagi mengisi kekosongan jiwa dan rohani manusia ini telah melahirkan kebimbangan kepada umat beragama. Sebagai contoh, pada tahun 2004, pemimpin Gereja Roman Katholik telah memberi amaran kepada penganut Kristian supaya berhati-hati terhadap senaman yoga yang dikatakan boleh mengikis amalan ibadat menurut agama Kristian. BBC News melaporkan kenyataan [UTF-8?]berikut:
“The Roman Catholic Church has warned Christians against resorting to New Age therapies to satisfy their spiritual needs. Publishing the results of a six-year study of practices such as yoga, feng shui and shamanism, the Vatican said that whatever the individual merits of such therapies, none provided a true answer to the human thirst for happiness. New Age is a misleading answer to the oldest hopes of man, Cardinal Paul [UTF-8?]Poupard”.

(Rujuk http://news. bbc.co.uk/ 2/hi/europe/ 2722743.stm, dilayari pada 7 April 2008)

Pengertian Yoga

Yoga ialah perkataan Sanskrit yang mempunyai banyak makna (Apte, Vaman Shivram (1965). The Practical Sanskrit Dictionary. Delhi: Motilal Banarsidass Publishers, p.788). Ia berasal daripada bahasa Sanskrit yuj, bermaksud mengawal, menyambung atau menyatu (Flood, Gavin (1996). An Introduction to Hinduism. Cambridge: Cambridge University Press, p.94). Yoga dari segi istilah ialah union; kesatuan; sambungan atau [UTF-8?]‘kuk’ roh individu dengan roh alam semesta; penyatuan dengan roh Ilahi (John Ferguson, An Illustrated Encyclopedia of Mysticism, [UTF-8?]“Atman”, New York: Seabury Press, 1977, p.20).

Sumber Ilmu Yoga

Pengajaran Yoga terdapat dalam kitab suci agama Hindu, iaitu Bhagavad Gita. Nama [UTF-8?]‘Bhagavad [UTF-8?]Gita’ bermaksud [UTF-8?]‘lagu [UTF-8?]tuhan’, dan [UTF-8?]‘Bhagavat’ merupakan gelaran Krishna. Dalam konteks Bhagavad Gita, perkataan [UTF-8?]‘yoga’ memerihalkan satu pandangan bersatu, ketenangan fikiran, kemahiran bertindak, serta keupayaan untuk mengekalkan penyesuaian dengan kemuliaan Diri (Atman), dan yang mempunyai intipati yang sama dengan asas Kewujudan (Brahman).

Menurut Bhagavad Gita, tujuan hidup adalah untuk membebaskan fikiran dan intelek daripada kerumitan masing-masing, dan untuk menumpukan kedua-dua ini kepada kemuliaan diri melalui penujuan tindakan kepada Tuhan. Tujuan ini dapat dicapai melalui yoga-yoga tafakur, tindakan, pengabdian, dan pengetahuan. Gita memerihalkan
bahawa Yoga yang terbaik ialah yoga yang sentiasa berfikir dalam-dalam tentang Tuhan. Krishna meringkaskan yoga dalam lapan belas bab.

Terdapat empat jenis yoga, iaitu Raja Yoga atau Tafakur Psikofizikal , Bhakti Yoga atau Pengabdian, Karma Yoga atau Tindakan Tanpa Mementingkan Diri dan Jnana Yoga atau Pengetahuan Mengatasi Diri.

Setiap laluan berbeza, tujuan asas masing-masing adalah sama sahaja, iaitu untuk menyedari bahawa Brahman (Intipati Ketuhanan) merupakan kebenaran tunggal, badan mempunyai batas waktu dan Tuhan Yang Maha Agung (Paramatman) adalah tidak terhad.

Tujuan Yoga (nirvana atau moksha) adalah untuk melepaskan diri daripada kitaran penjelmaan semula melalui kesedaran perpaduan dengan kebenaran muktamad. Terdapat tiga peringkat dalam kesedaran diri yang diberikan dalam Bhagavad Gita, iaitu; Brahman: tenaga sejagat yang tidak bersifat peribadi; Paramatma: Tuhan yang berada di pusat setiap hidupan; dan Bhagavan: Tuhan sebagai satu personaliti, dengan bentuk transendental (Kertas Yoga pada mesyuarat Panel Kajian Aqidah kali ke-31/2005 & 35/2007 oleh Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim & http://ms.wikipedia .org/wiki/ Kandungan_ Bhagavad_ Gita, dilayari pada 7 April 2008).

Yoga Menurut Agama Bukan Islam

Yoga Hindu
Mengikut Yoga Hindu, seseorang itu boleh bersatu dengan Tuhan semasa roh masih berada dalam badan, iaitu semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini (James McCartney, 1969, Yoga The Key to Life, New York: E.P. Dutton & Co., Inc., p.2). Selepas seseorang itu mati, rohnya akan hidup semula ke dalam jasad lain. Keadaan ini berterusan sehingga sampai ke tahap suci yang layak bersatu dengan Tuhan - Brahma.

Jalan keluar daripada dukkha dan samsara yang berterusan ini ialah melalui belajar cara-cara mengamalkan Yoga yang betul (John Ferguson, 1977, An Illustrated Encyclopedia of Mysticism, [UTF-8?]“samsara”, New York: Seabury Press, p.163 & Armstrong, K, A History of God, New York: Ballantine Books, 1993, p.. 32).

Yoga Buddha
Hasil daripada pertapaannya, Gautama Buddha mendapat Kegemilangan Rohaniah (Enlightened) . Hasil daripada terlepas dirinya daripada kenyataan hidup di dunia ini ialah tidak lain daripada dukkha dan samsara.

Yoga Yahudi
Yahudi yoga menggunakan cara yang sama seperti latihan bernafas, membaca mentera dan melakukan kedudukan badan yang berbagai-bagai yang disebut Asana demi hendak mencapai sejenis keadaan kesedaran consciousness (Armstrong, K, . A History of God, New York: Ballantine Books, 1993, p. 250.).

Yoga Kristian
Matlamat Yoga Kristian ialah [UTF-8?]“Kesatuan Roh dengan [UTF-8?]Tuhan”, bererti yoga sesuai dengan Kristian. Yoga Kristian mengatakan bahawa seseorang itu bersatu dengan Tuhan selepas mati. Ini berbeza dengan Yoga Hindu yang mengatakan bahawa manusia boleh bersatu dengan Tuhan semasa roh masih ada dalam badan, iaitu semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini (James McCartney, 1969, Yoga The Key to Life, New York: E.P. Dutton & Co., Inc., p.2.).

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved