Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 5 years ago • 2,812 viewed


Potensi merujuk kepada keupayaan manusia untuk berkembang maju. Contohnya potensi ini hendaklah dikembangkan melalui pendidikan agar menjadi kemahiran. Kemahiran seperti membaca, menulis dan mengira merupakan asas bagi pencapaian ilmu yang selanjutnya. Potensi yang tidak dikembangakantidak akan berfaedah. Contohnya, potensi intelek (akal) akan tersimpan di otak sahaja jika tidak dikembangkan. Potensi ini seharusnya dikembangkan melalui kajian ilmiah dalam pelbagai bidang seperti bahasa, matematik, sains dan teknologi supayaia membawa manfaat kepada manusia.Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi telah membawa banyak faedah.Misalnya, ciptaan perisian untuk pembelajaran kanak-kanak yang mengandungi unsur gambar dan bunyi bagi menarik perhatian kanak-kanak.

Potensi jasmani merujuk kepada kemampuan untuk memperoleh kecemerlangan dalam bidang kesukanan dan permainan.Contohnya, seseorang olahragawan yang berpotensi jasmani akan dapat memperbaiki prestasinya pada masa akan datang. Ini boleh dilakukan melalui latihan.Jika dia boleh berlari sejauh 100 meter dalam masa 12 saat, dia boleh memendekkan lagi tempoh itu sehingga 11 saat atau 10.8 saat. Begitu juga seorang pemain badminton. Pada mulanya, dia mungkin dipilih untuk mewakili tadika, sekolah, kemudian ke peringkat daerah, negeri dan Negara. Keadaan ini menunjukkan pemain badminton tersebut mempunyai potensi jasmani.Apabila seseorang itu dikembangkan potensinya sejak kecil lagi maka potensinya itu bukan sahaja menjadikan dia seorang yang Berjaya tetapi potensi yang aa pada dirinya dapat mengharumkan nama Negara.

Potensi juga boleh dilihat dari aspek sahsiah. Sekiranya Sufian dikatakan berpotensi berkomunikasi,bersifat tegas diri, cekap membuat keputusan yang bijaksana dan berupaya melaksanakan aktiviti-aktivi yang dirancang.

Potensi bakat juga terdapat pada individu tertentu. Contohnya, seseorang yang berpotensi dalam bidang muzik dapat memperoleh prestasi yang baik dalam bidang itu.Ahli-ahli muzik ini dikembangkan potensi mereka sejak kecil lagi bagi menguasai kemahiran bakat tersebut.

Sebagai contoh dua orang kanak-kanak yang mula bermain piano pada masa yang sama. Selepas dua tahun seorang yang berpotensi muzik mungkin lulus dengan Gred Dua dalam peperiksaan muzik, manakala yang tidak berpotensi muzik belum pasti akan lulus Gred Satu (gred paling rendah).

Potensi afektif atau perasaan merujuk kepada keupayaan individu untuk mengubah sikap,nilai atau mengawal perasaannya.Contohnya. seorang bayi sentiasa menangis untuk mendapatkan perhatian ibunya kerana lapar atau kesakitan. Apabila membesar kelak, dia tidak cepat menangis kalau mengalami kegagalan. Sebaliknya, dia berupaya mengawal emosinya. Hal ini kerana, potensi perasaan menyebabkan dia mampu mengawal perasaan marah atau kekecewaan. Ibu bapa menganggap main adalah sesuatu yang membazirkan masa. Sesudah sahaja sikap ibu bapa berubah menjadi positif, maka mereka menyedari kepentingan main bagi kanak-kanak. Apabila kesedaran itu timbul, maka ibu bapa kan cuba memahami konsep main dan menggalakkan anak mereka bermain kerana melalui main kanak-kanak banyak belajar perkara yang baru.

Kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa potensi yang terpendam pada setiap kanak-kanak hendaklah diperkembangkan. Ini dapat dilakukan melalui pendidikan dan pengalaman. Pendidikan akan menyediakan pekbagai peluang untuk pengembangan potensi-potensi manusia. Setelah pengembangan ini berlaku, barulah seseorang itu akan menikmati faedah-faedah potensi yang terpendam dalam dirinya.

Ahli-ahli psikologi mempercayai bahawa setiap daripada kita mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Begitu juga pelajar-pelajar di tadika. Terdapat pelajar yang pasif dalam akademik tetapi aktif dalam sukan dan permainan. Pendek kata, kita semua berbeza tetapi apa yang jelas ialah setiap orang mempunyai potensi tersendiri. Perkataan potensi pelajar merujuk kepada sifat-sifat semula jadi yang ada pada diri seseorang pelajar, tetapi belum dapat dikembangkan. Keadaan ini sama dengan apa yang dikataka sebagai fitrah manusia.Menurut Hassan Langgulung, fitrah manusia merujuk kepada sifat-sifat semula jadi yang terdapat pada setiap insane.Sifat-sifat ini adalah seperti daya cipta, keterbukaan, sifat ingin tahu dan keupayaan berfikir.

Secara amnya, kanak-kanak yang berpotensi dalam satu atau beberapa bidang tertentu mempunyai petunjuk-petunjuk atau ciri-ciri berikut:
• Petah ketika bercakap
• Berupaya bertutur dengan orang dewasa mengikut cara yang matang.
• Boleh membaca pantas dan memahami teks itu.
• Cekap menyelesaikan masalah secara lisan.
• Tidak gemar membuat catatan ketika mendengar penjelasan.
• Tulisannya kurang kemas dan tidak tersusun.
• Cekap menggunakan computer.

Shore dan rakan-rakan (1991) mengenal pasti tujuh petunjuk bagi kanak-kanak yang berpotensi:

POTENSI
KETERANGAN

INGATAN DAN PENGETAHUAN Kanak-kanak ini mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam dan luas. Mereka berupaya mengaplikasikan pengetahuan tersebut.
PANDUAN DIRI Kanak-kanak ini memandu dan mengesan cara pemikiran mereka.

KADAR PROSES PEMIKIRAN Kanak-kanak ini menghabiskan masa lebih lama untuk merancang, tetapi memperoleh jawapan dengan lebih cepat. Masa penyelesaian maslah adalah lebih singkat.

PENYAMPAIAN MASALAH DAN PENGKATEGORIAN Kanak-kanak ini dapat menggunakan maklumat yang diberi secara berkesan dan berupaya mengenal pasti data yang tidak lengkap, mengenepikan fakta-fakta yang tidak relevan dan memahami kehendak tugasan dengan lebih mudah serta cepat.

PENGETAHUAN TERSUSUN Kanak-kanak ini menggunakan pendekatan-pendekatan yang teratur dalam penyelesaian masalah.

FLEKSIBILITI Berupaya mengubah pendekatan atau strategi jika penyelesaian tidak tercapai.

GEMAR PERKARA KOMPLEKS Kanak-kanak seperti ini gemar pada permainan dan situasi yang lebih kompleks dan mencabar.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved