Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 serenity84 • 5 years ago • 1,630 viewed


Melangkah ke alaf baru, dunia baru dan segala-galanya telah berubah. Dari alam menengah rendah ke tahap lebih tinggi dan mencabar. Semua yang ada pasti tidak sama lagi.

Peringkat pertama cabaran ialah memilih salah satu di antara dua jalan yang jauh berbeza pada umumnya. Tetapi, pada hakikatnya kedua-dua jalan tersebut sama sahaja. Tujuan mereka adalah untuk menyumbangkan tenaga rakyat kepada kemajuan negara. Sehingga kini masih ada yang tertanya-tanya, “Mengapakah aliran sains dipandang tinggi sedangkan aliran sastera dipinggirkan serta menjadi bahan tawa sesetengah pihak?”.

Seperti yang kita sedia maklum, penentuan kemasukan ke setiap aliran dipengaruhi besar oleh keputusan Penilaian Menegah Rendah (PMR). Kebiasaannya, pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang akan lebih cenderung untuk memasuki aliran sains. Hanya segelintir yang memilih aliran sastera. Terbuktilah terdapat lagi anggapan yang buruk tentang aliran sastera.

Pendapat yang sering kedengaran ialah “Aliran sastera terlalu mudah dan tidak menjanjikan masa depan yang cerah”. Pernyataan tersebut sebenarnya payah untuk diterima oleh seorang pelajar sastera. Sebenarnya, jika dikaji semula, terdapat beberapa perkara yang harus diperbetulkan.

Sememangnya aliran sains menyediakan lebih banyak kerjaya profesional. Apa kurangnya aliran sastera yang melahirkan peguam, ahli ekonomi dan sebagainya? Perkara utama yang harus diingat ialah tidak semua pelajar aliran sains mencapai keputusan yang membolehkan mereka mengecapi karier profesional tersebut. Jangan terkejut jika ada yang terkandas lalu menjadi sampah masyarakat. Bagi yang berjaya, saya sendiri mengagumi mereka.

Memang benar, kerajaan ingin melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang sains. Ini berikutan negara memerlukan tenaga dan mentaliti mereka pada era teknologi dan cyber ini. Jika tiada penuntut aliran sastera dalam masyarakat kita, tiada lagilah semangat kebangsaan dan penghargaan kemerdekaan.

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa aliran sains dan sastera memang saling memerlukan antara satu sama lain. Seharusnya, kedua-dua golongan ini berkongsi tenaga dan berganding bahu demi membawa negara menuju ke alaf baru. Hentikanlah konflik dalam diam ini serta kurangkanlah jurang yang ada.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved