Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 5 years ago • 10,798 viewed


Sebagai pendidik awal kanak-kanak untuk membangunkan sosioemosi kanak-kanak dan membantu mereka mendapat kejayaan dan kesejahteraan dalam kehidupan kita mesti mengetahui perkembangan emosi kanak-kanak dahulu.Hal ini kerana dalam membangunkan sosioemosi kanak-kanak dan membantu mereka mendapat kejayaan dan kesejahteraan guru harus mengetahui bagaimana emosi kanak-kanak berkembang dan dari situlah guru akan dapat mengetahui kaedah dan teknik yang sesuai dalam membangunkan sosioemosi kanak-kanak dan membantu mereka mendapat kejayaan dan kesejahteraan.
Emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Emosi menambahkan keseronokan kepada pengalaman sehari-hari kanak-kanak, menjadi penggerak kepada tindakan dan memberikan corak kepada bentuk tindakan yang diambil oleh mereka.
Selain itu, emosi juga memainkan peranan terhadap penanggapan seseorang terhadap persekitarannya dan menentukan bentuk penyesuaian yang akan diambil olehnya.Perkembangan emosi adalah hasil daripada kematangan dan juga pembelajaran. Kematangan dalam perkembangan jasmani dan mental kanak-kanak akan mempengaruhi emosi mereka.Perkembangan emosi mendapat coraknya yang tertentu apabila kanak-kanak berunsur matang. Apabila perkembangan seseorang itu meningkat, emosinya juga berubah kesan daripada keseluruhan pertumbuhannya. Secara ringkasnya, perkembangan emosi kanak-kanak dapat dilihat sejak kelahirannya berkembang selari dengan pertambahan umur mereka.
Dengan kematangan mental kanak-kanak akan berkebolehan untuk menganggap makna yang tidak dapat ditanggap sebelum ini dan juga membolehkan mereka member perhatian dengan lebih lama kepada sesuatu rangsangan dan menumpukan ketegangan emosi terhadap sesuatu benda.Oleh yang demikian, kanak-kanak dapat memberikan gerak balas terhadap ransangan yang tidak diberikan gerak balas sebelumnya.
Perkembangan Emosi Kanak-Kanak Peringkat Bayi (0-2 tahun) Sewaktu dilahirkan, emosi seseorang bayi merupakan kebangkitan perasaan yang dapat digambarkan melalui tindakan seperti ketawa atau menangis.Selepas itu, emosi bayi dapat dilahirkan melalui gerak badan, iaitu sebagai suatu reaksi kepada rangsangan.
Ketika berumur tiga bulan emosi suka dan duka lebih jelas kelihatan.Apabila mencapai umur enam bulan perasaan duka bayi mengambil bentuk perasaan takut, jijik dan marah.Perasaan takut lebih merupakan perasaan yang dipelajarinya, terutamanya daripada ibu bapa, abang dan kakaknya. Contohnya, seseorang seseorang ibu atau bapa yang cuba menghentikan bayinya daripada menangis akan menakutkannya dengan cara menengking. Semasa berumur 12 bulan emosi suka mengambil bentuk gembira dan ketika berumur 18 bulan rasa cemburunya mulai kelihatan. Bayi bergantung sepenuhnya kepada orang lain untuk hidup. Bayi bukan sahaja bergantung kepada orang yang menjaganya untuk keperluan fisiologi seperti makan, rehat, keselesaan dan kemesraan, tetapi ia juga bergantung kepadanya sentuhan-sentuhan, pujukan dan interaksi manusia. Perkembangan asas pada masa ini ialah untuk mempercayai bahawa orang lain akan melindunginya, menjaganya dan mengasuhnya iaitu kualiti kemanusiaan yang ditunjukkan sebagai kasih dan sayang untuk memberikan bayi perasaan selamat dan tenteram
Peringkat Awal Kanak-Kanak (2-6 tahun) Tempoh masa awal kanak-kanak merupakan masa memperluaskan pandangan sosial. Kanak-kanak pada masa ini masih bergantung rapat kepada ibu, tetapi ayah juga sudah mulai penting. Perhubungan kanak-kanak dengan familinya di peringkat ini sangat mempengaruhi kebolehannya berhubung dengan individu dan kumpulan lain. Jika kanak-kanak itu merasai kasih saying dan sentiasa akan dikasihi maka ia lebih mudah dan lebih cepat berhubung dan berinteraksi dengan orang dewasa lain dan kawan sebayanya. Jika kanak-kanak itu terlalu bergantung kepada orang lain atau merasa tidak selamat dan tenteram maka biasanya ia kan lebih sukar untuk bersosialisasi dengan orang lain.
Salah satu perkara yang penting dalam perkembangan sosial kanak-kanak prasekolah ialah pembelajaran mematuhi peraturan-peraturan yang dikehendaki di dalam kebudayaannya.Jika ke tadika kanak-kanak akan mempelajari cara berkawan serta bertimbang rasa dan tidak bergaduh atau mementingkan dirinya sahaja. Ketika ini juga, kanak-kanak mempelajari konsep betul atau salah.
Seterusnya ialah di dalam perkembangan kanak-kanak pada masa ini ialah pembelajaran berhubungemosi dengan orang lain, selain keluarganya. Sebagai contoh kanak-kanak itu menyatakan bahawa dia sangat suka gurunya,kawannya, berkongsi mainan dengan kawan dan sebagainya.
Kanak-kanak juga sudah mengetahui erti malu dan bersifat mengikut arah jantina mereka.Apabila menjelang akhir tempoh masa awal kanak-kanak, kanak-kanak tersebut telah memperolehi beberapa kebebasan yang tertentu, walaupun ibunya masih sangat penting dalam hidupnya. Kanak-kanak tersebut sudah mempunyai orentasi orang dewasa dan mematuhi standard orang dewasa. Ia sudah mula menerima tanggungjawab untuk tingkah lakunya sendiri dan telah menjelaskan konsep betul dan salah bagi dirinya sendiri serta membentuk kata hati. Ketika ini ia sedang berada di ambang dunia sekolah, daerah tempat tinggalnya, masyarakat dan dunia berbagai-bagai pengalaman bersama dengan idea berbeza-beza yang terbentang luas dihadapannnya.
Pada peringkat ini emosi kanak-kanak cepat berubah. Ini berlaku kerana: i. Kanak-kanak lazimnya menyatakan emosinya secara terbuka. ii. Kanak-kanak kurang memahami sesuatu situasi yang berkenaan oleh sebab kematangan fikiran dan pengalaman yang kurang. iii. Tempoh penumpuan adalah singkat dan dengan itu perhatian mereka beralih kepada perkara yang lain dengan mudah sahaja.
Pada peringkat ini emosi kanak-kanak dinyatakan dengan kuat dan keras. Ini jelas dilihat apabila mereka tidak dapat sesuatu yang dikehendaki.Begitu juga apabila mereka letih atau lapar, emosi marah akan jelas kelihatan.
Kanak-kanak pada peringkat ini juga agak imaginatif. Misalnya, mereka menggambarkan adanya hantu di tempat yang gelap.Ini menyebabkan mereka berasa takut yang kadangkala disebabkan oleh pemikiran yang tidak rasional. Peringkat Akhir Kanak-Kanak (7-12 tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak mempunyai ciri emosi berikut: i. Kanak-kanak mula sedar akan perasaan orang lain. Malangnya ada di antara mereka yang gemar menyinggung perasaan orang lain seperti mengejek atau menyindir. ii. Kanak-kanak peka pada kritikan dan juga sukar menerima kegagalan. iii. Kanak-kanak juga juga gemar menolong guru menjalankan pelbagai tugasan seperti menghantar buku latihan ke bilik guru, menyapu lantai dan sebagainya.Dengan kata lain mereka suka menerima tanggungjawab. iv. Ketika berumur 9-12 tahun, kanak-kanak menghadapi dilema kerana nilai norma ibu bapa atau orang dewasa. Mereka ingin akan penerimaan oleh rakan sebaya tetapi pada masa sama yang sama mereka masih bergantung kepada ibu bapa untuk sokongan kewangan dan moral. Walau bagaimanapun, mereka sedia menerima kebebasan yang terhad serta peraturan yang dikenakan ibu bapa.
Guru perlu mengetahui perkembangan emosi mereka supaya dapat mengenalpasti kebolehan kanak-kanak apabila mengetahui tahap perkembangan mereka. Guru juga dapat mengenali setiap kanak-kanak dan menyediakan rangsangan yang sesuai untuk kanak-kanak. Melalui mengetahui tahap perkembangan kanak-kanak dapat membantu guru untuk memperkembangkan sosioemosi kanak-kanak dan membawa mereka kearah kejayaan dan kesejahteraan.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved