Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 asna_ker • 5 years ago • 8,995 viewed


Orang Kurang Upaya (OKU) boleh didefinisikan sebagai seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperolehi samada sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu yang normal dan ia juga tidak dapat hidup bermasyarakat sama ada dari segi fizikal atau mental. Orang kurang upaya ini dilahirkan dengan keadaan lahiriah, fikiran dan perasaan yang luarbiasa. Dia mempunyai tingkah laku tersendiri mengikut jenis keluarbiasaan atau kecacatan yang dialami. Pertumbuhan dan perkembangan mental dan fizikal golongan orang kurang upaya ini jauh lebih kurang ataupun kurang berbanding orang biasa.

Selain dari itu dia juga mempunyai konsep kendiri yang rendah disebabkan oleh tekanan jiwa di mana dia akan sentiasa mempunyai perasaan kecewa kerana kekurangan yang ada pada dirinya, merasa bersalah terhadap keluarga kerana membebankan mereka dan menghadapi masalah untuk bergaul mesra dengan rakan sebaya dan masyarakat.

Kanak-kanak yang dilahirkan dengan cacat pendengaran akan menghadapi gangguan atau kelambatan dalam perkembangan pertuturan dan bahasanya. Kecacatan pendengaran boleh dibahagikan dua bahagian:
- Pekak – Mereka mempunyai deria dengar yang yang tidak berfungsi .
- Separa pekak – Walaupun deria dengar mereka telah rosak, tetapi ia dapat berfungsi samada dengan bantuan alat pendengaran ataupun tidak .

Istilah cacat penglihatan atau buta ialah kanak-kanak yang tidak boleh melihat dengan terang tanpa kawalan cahaya, kanta khas dn latihan khusus.Kanak-kanak yang mengalami kesukaran dan ketidakseimbangan pergerakan anggota badan di mana pusat kawalan otot di otak terjejas akibat dari kecederaan otak. Badan kanak-kanak tersebut biasanya akan menjadi lembik, tangan dan kakinya menjadi kaku atau kejang, terencat akal, penglihatan yang tidak jelas dan berkemungkinan juga menjadi pekak.

Kanak-kanak yang mengalami kecacatan fizikal, sosial dan mental yang membabitkan proses memahami atau menggunakan bahasa, bercakap atau menulis, tidak sempurna dari segi kemampuan untuk mendengar, berfikir, bercakap, membaca, menulis, mengeja atau mengira. Ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalah dalam pembelajaran adalah seperti berikut:
- Hiperaktif – aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan dan bertindak berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna.
- Hipoaktif – aktiviti fizikal yang pasif dan bersifat murung dan pasif.
- Disleksia – kerosakan saraf otak yang melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi; kesukaran baginya untuk menyebut perkataan yang panjang dan mempelajari turutan seperti nama bulan dan sifir.

Seseorang kanak-kanak yang mengalami cacat emosi dalam tingkah laku boleh mengakibatkan pertumbuhan perkembangan normal dirinya terganggu. Di bawah ini adalah ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalah dalam tingkah lakunya:
- Austisme – kecacatan mental yang mengganggu kefahaman, emosi, komunikasi dan keupayaan untuk bergaul.
- Neurotik – menderita daripada gangguan rasa bersalah, fobia dan konflik yang menghasilkan perasaan cemas di dalam diri kanak-kanak tersebut.
- Skizofrenia – masalah personaliti ataupun pemikiran yang berbelah bagi menyebabkan kanak-kanak menjadi pemalu, takut-takut, sensitif dan menarik diri dari hubungan sosial.
Kanak-kanak yang mengalami masalah dalam mengeluarkan kata-kata, mencantum perkataan dan meluahkannya dalam bentuk bunyi yang mempunyai makna. Ciri-ciri kanak-kanak tersebut adalah seperti berikut:
- Gagap – berpunca dari keadaan fizikal, mental, penyelerasan otot pertuturan tidak sempurna dan kecacatan saraf dan otot saraf.
- Sumbing – kecacatan disebabkan kegagalan tulang dan tisu lelangit bercantum semasa masih janin dan bertutur dengan suara yang sengau.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi perhatian kepada pendidikan khas sejak tahun 1960 lagi. Ini berdasarkan wujudnya kelas pendidikan khas cacat pendengaran, cacat penglihatan dan pendidikan pemulihan khas bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran, pertuturan dan tingkahlaku di Malaysia.

Kerajaan juga telah mewujudkan kelas khas bagi pelajar yang berkeperluan khas di sekolah biasa. Ia dikenali sebagai pendidikan inklusif dan bertujuan supaya pelajar khas ini dapat menyesuaikan diri dalam suasana normal. Apabila mereka memasuki alam pekerjaan, mereka dapat menyesuaikan diri dengan golongan normal tanapa rasa rendah diri. Mereka juga berasa diri mereka dapat diterima oleh orang biasa.

Bagi mencapai matlamat dasar pendidikan khas, Kementerian Pendidikan telah berusaha meningkatkan profesionalisme guru. Di antaranya ialah melatih guru-guru bagi pelajar-pelajar sekolah pendidikan khas. Ini adalah kerana guru-guru biasa tidak mempunyai kemahiran khusus dalam pendidikan khas.


Menjadi pasukan guru pembantu dibentuk khas sebagai model menyelesaikan masalah dan menyediakan sistem sokongan kepada guru-guru kelas khas.Pasukan guru pembantu membantu guru melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Model ini sesuai dilaksanakan berdasarkan faktor guru kelas yang mempunyai kebolehan dan pengetahuan yang tinggi. Guru kelas juga dapat membantu ramai pelajar istimewa apabila usaha dilakukan bagi memastikan pelajar istimewa yang layak sahaja dimasukkan ke kelas biasa. Membuat rundingan kolaboratif di antara guru khas dengan guru-guru biasa yang diserapkan ke dalam kelas pendidikan khas. Oleh yang demikian guru khas dapat membimbing guru biasa cara mengendalikan kelas khas tersebut.

Dalam rundingan ini, penekanan berkenaan perkongsian tanggungjawab dan autonomi yang saksama antara guru khas dan guru biasa dapat dicapai. Perbincangan adalah penting bagi menghasilkan sistem pengajaran yang sesuai bagi pelajar bekeperluan khas.Mengadakan pengajaran bersepadu ataupun kolaboratif. Pengajaran bersepadu adalah hasil daripada rundingan secara kolaboratif. Dalam pengajaran ini, guru biasa dan khas bergabung mengajar bersepadu di dalam kelas yang terdiri daripada pelajar biasa dan khas. Aspek pengajaran sepadu yang perlu:
- Kedua-dua guru merancang matlamat dan hasil keputusan untuk kelas dan pelajar tertentu di dalam kelas biasa.
- Kedua-dua guru hadir bersama semasa tempoh proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
- Guru khas berinteraksi dengan ramai pelajar di dalam kelas yang berlainan.
- Aktiviti pembelajaran sokongan dan pengajaran bersepadu adalah sebahagian daripada pengajaran dan perancangan guru.
Membina empati terhadap ibubapa kanak-kanak kurang upaya dan membuat tafsiran positif bagi tingkah laku ibubapa berhubung dengan pendidikan anak-anak mereka. Guru yang mampu meletakkan diri dalam keadaan ibubapa kanak-kanak kurang upaya dan memahami dapat bersama-sama mencari penyelesaian bagi masalah yang dihadapi sama ada daripada segi penerimaan komuniti, budaya, pendidikan dan perbezaan agama serta pembentukan disiplin yang efektif.

Guru juga memberikan respons positif termasuk membantu ibu bapa menilai masalah tingkah laku, menetapkankepentingan terhadap perubahan tingkah laku dan sebagainya. Guru perlu membantu ibubapa melibatkan diri secara efektif dalam program pendidikan yang disediakan dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran bagi menjadi pembantu pertama, pemantau, koordinator dan pembela kepada anak-anak mereka.

Pengetahuan ibubapa dapat ditingkatkan dengan meneroka kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka dalam konteks interindividual dan intraindividual, menjelaskan terminologi yang digunakan oleh pakar, melengkapkan mereka dengan bahan bacaan yang sesuai dan sebagainya. Mengubah tingkah laku guru. Ia dapat mengubah tanggapan guru terhadap ibubapa kanak-kanak kurang upaya. Penglibatan ibubapa penting dalam pendekatan ini. Bagi mengekalkan penglibatan mereka, guru perlu memberi ganjaran terhadap usaha ibubapa dan anak-anak mereka.

Guru perlu lebih kerap melaporkan perkembangan positif beranding laporan negatif berkenaan tingkah laku anak-anak mereka. Inisiatif guru untuk sentiasa bertemu dengan ibubapa secara berkumpulan ataupun individu bagi membincangkan masalah yang timbul dan penyelesaiannya turut membantu dalam meningkatkan penglibatan positif ibubapa.Guru perlu menggunakan setiap peluang bagi menunjukkan kepada ibubapa bahawa mereka mengambil berat perkembangan kanak-kanak kurang upaya demi kebaikan bersama.

Guru memainkan peranan penting dalam membantu membentuk golongan kurang upaya untuk memperkembangkan keupayaan intelek, rohani, emosi dan jasmani mereka. Selain itu, guru juga berperanan untuk mencegah ketidakupayaan menjadi kecacatan, mengubah sikap negatif pada ketidakbolehan, membantu golongan kurang upaya supaya diterima masyarakat, mengajar golongan kurang upaya dengan kemahiran-kemahiran provokasional dan vokasional dan membina nilai-nilai murni dalam kalangan golongan kurang upaya.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved