Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 hisam84 • 8 years ago • 4,246 viewed


CERMIN yang tiba-tiba pecah ketika memandu sering mendatangkan kemusykilan kepada pemandu walaupun ketika itu tiada sebarang objek keras seperti batu terkena cermin kereta.

Sekiranya perkara itu tidak pernah berlaku, pasti ada di kalangan pemandu pernah melihat cermin depan sebuah kereta retak seribu atau ternampak sebuah kenderaan sudah tiada cermin hadapan sambil pemandunya memasang lampu kecemasan.

Mengapa perkara seumpama itu boleh berlaku pada kenderaan? Sebagai pemilik kereta, anda harus memberi perhatian khususnya terhadap soal penjagaan cermin hadapan kenderaan.

Ini kerana, cermin hadapan yang pecah atau retak boleh menyebabkan aktiviti harian terganggu selain terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk menggantikannya

Walaupun cermin hadapan dilindungi insurans, pihak terbabit tidak boleh melakukannya dalam masa dua jam dan pelbagai langkah perlu diikuti sebelum tuntutan ditunaikan.

Sekiranya pengguna mengambil berat soal kenderaan masing-masing, masalah cermin hadapan pecah atau retak seribu secara tiba-tiba boleh dielakkan.

Kebiasaannya, cermin hadapan retak dan pecah disebabkan beberapa perkara seperti kenderaan diletakkan terlalu lama di kawasan panas.

Sinaran matahari yang kuat terutama pada waktu tengah hari menjadikan ruang dalaman kenderaan seperti 'ketuhar', ditambah pula semua tingkap tertutup rapat tanpa memberi ruang untuk udara luar memasuki ruang dalam kereta.

Masalah akan mula berlaku sebaik saja pemilik membuka pintu kereta kerana pada waktu itu, udara sejuk akan menyerbu masuk manakala udara panas keluar secara serentak.

Perkara ini boleh diibaratkan menuang air sejuk ke dalam gelas berisi air panas secara serentak atau seperti besi panas yang disiram air.

Jika besi, ia tidak akan pecah tetapi bagi cermin yang terlalu panas terkena udara sejuk serta-merta, ia akan merekah dan seterusnya pecah.

Cermin juga boleh menjadi pecah apabila kereta diletakkan dalam keadaan cuaca panas terik dengan tingkap tertutup rapat dan secara tidak dijangka, hujan panas berlaku.

Bagi cermin kenderaan satu lapisan, ia pasti hancur berderai manakala bagi cermin kenderaan dua lapisan atau berkualiti tinggi, ia retak tetapi tidak hancur disebabkan campuran plastik atau lapisan tambahan.

Kebanyakan cermin kereta kini diperbuat daripada campuran kaca plastik untuk mengelak pemandu serta penumpang terluka apabila ia pecah dan berterbangan ke dalam kereta.

Cermin hadapan berkualiti rendah boleh diumpamakan seperti kaca botol minuman di mana apabila ia pecah, serpihannya menjadi tajam dan boleh melukakan pemandu atau penumpang.

Memandu dalam keadaan cuaca panas terik dengan memasang penyaman udara terlalu kuat tetapi secara tiba-tiba membuka tingkap turut menyumbang kepada masalah cermin pecah secara tiba-tiba.

Selain masalah udara panas dan sejuk, cermin yang berada dalam keadaan retak juga boleh menyebabkan ia pecah terutama apabila ia gagal menampung tekanan akibat rintangan angin ketika kelajuan tinggi.

Cermin yang sudah retak perlu diganti bagi mengelakkan ia terus 'membesar' kerana habuk atau pasir halus yang memasuki ruang retak itu akan mengembang apabila panas dan menambahkan lagi keretakan.

Sekiranya perlu, tampal bahagian retak itu dengan pelekat lutsinar bagi mengelakkan pasir halus memasukinya atau pecah ketika memandu dalam kelajuan tinggi.

Keretakan pada cermin hadapan biasanya disebabkan terkena objek keras seperti batu yang terpelanting dari jalan mahupun daripada lori membawa muatan apabila sesuatu kenderaan itu mengekori lori berkenaan terlalu hampir.

Untuk mengelak cermin depan atau belakang retak seribu dan akhirnya pecah, langkah terbaik ialah meletakkan kereta di tempat teduh seperti di bawah pokok atau tempat letak kereta berbumbung.

Jika terpaksa meletak kereta di tempat panas, tutuplah bahagian panel kereta dengan pelindung cahaya matahari khas yang boleh dibeli di kedai aksesori atau stesen minyak.

Pemilik juga boleh menutup panel dengan menggunakan sebarang kain atau kotak yang bukan berwarna gelap. Ini untuk menghindari kepanasan daripada diserap.

Perlu diingatkan, potensi cermin pecah jika mengekori lori yang membawa muatan seperti batu memang ada dan sebaik-baiknya, jarakkan kenderaan daripada mengekori kenderaan seumpamanya terlalu rapat.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2017 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved