Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 hansnice • 5 years ago • 4,448 viewed


Ramai dari kalangan kita umat Islam di Malaysia masih cetek dalam ilmu Usul Fiqh. Malah ada yang tidak mengetahui apa itu Usul Fiqh dan ruang lingkupnya.

Artikel ini akan menerangkan serba sedikit mengenai Usul Fiqh untuk tujuan perkongsian Ilmu antara warga VF agar kita menjadi insan yang berilmu duniawi dan ukhrawi.

Saya mulakan dengan pengertian Usul Fiqh itu sendiri.

Usul dari segi bahasanya membawa maksud sesuatu yang dibina di atas sesuatu yang lain secara hissi iaitu secara nyata atau 'aqli iaitu secara mental. Dari segi penggunaa bahasanya, Usul membawa 5 makna iaitu al-Dalil (asal masalah), al-rajih (yang lebih kukuh pendalilannya), al-qaidah al-kuliyyah (kaedah-kaeah umum), al-mustashab (anggapan sesuatu yang berkesinambungan) dan al-maqis'alayah ( perkara asal yang diqiyaskan keatasnya).

Dalam konteks perbincangan Usul Fiqh, menggunapakai makna yang pertama iaitu al-Dalil yang bermaksud dalil-dalil fiqh seperti Al-Quran, Al-Sunnah, Al-Ijma' dan Al-Qiyas.

Fiqh pula dari segi bahasa bermaksud keilmuan dan kefahaman mengenai sesuatu manakala dari segi istilahnya ialah pengetahuan mengenai hukum-hukum syarak yang bersifat praktikal ('amali) yang didapati dari dalil-dali yang terperinci iaitu dalil Juz'i (dalil yang dikaitkan dengan masalah yangkhusus dan mensabitkan hukum tertentu). Bila membincangkan hukum--hukum juz'i ini, ia disabitkan dengan hukum-hukum yang putus (qat'i) dan hukum-hukum yang tidak putus (zanni)

Contoh dalil Juz'i bagi hukum yang putus ialah firman Allah s.w.t yang bermaksud 'Diharamkan ke atas kamu ibu-ibu kamu... '. dari ayat ini, 'diharamkan' adalah hukum yang telah ditentukan iaitu haram dan 'ibu-ibu kamu' adalah masalah khusu atau perkara yang disabitkan dengan hukum tadi. oleh itu, dapat dihuraikan disini bahawa haram bagi seorang anakmenikahi ibunya dan ke atas, ibu susuan, ibu tiri( yang telah dicampuri oleh ayahnya) dan ibu mertua.

Masih lagi membncangkan tentang definisi Usul fiqh dimana kita melihat pula kepada pendapat para fuqaha'. Imam As-Syafie mendefinisikan Usul Fiqh sebagai mengetahui dalil-dalil fiqhsecara ijmali, cara-cara mengambil faedah darinya dan hal keadaan orang yang mengambil faedah itu manakal majoriti ulamai usul mendefinisikan Usul Fiqh sebagai kaedah-kaedah yang menyampaikan kepada mengeluarkan (istinbat ) hukum-hukum dari dalil-dalilnya yang terperinci (tafsili) atau keilmuan dengan kaedah ini.

Kita teruskan perbincangan mengenai sumber-sumber Usul fiqh pula. Terdapat 6 sumber yang dihuraikan didalam teks ini dimana sumber-sumber ini merangkumi;

a. istiqra - menggunapakai akal yang waras (berta'aqul) dalam mendapatkan hukum umum dari hal atau masalah nas-nas al-Quran dan al-Sunnah.

b. athar-athar - perkataan, perbuatan atau ikrar daripada para sahabat dan tabi'in.

c. ijma' al-salaf al-slihin - ijma' para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in dan para imam mujtahidin.

d. kaedah-kaedah bahasa arab dan bukti-bukti pemakaiannya yang dipindahkan dari orang-orang arab.

e. fitrah yang lurus dan akal yang sejahtera.

f. ijtihad ahli ilmu dan istinbatmereka yang selari dengan ketentuan syarak.


untuk engetahuan semua pembaca, Usul Fiqh lahir bersama-sama dengan lahirnya Fiqg tetapi ilmu Fiqh mendahului Usul Fiqh. Ini kerana Fiqh disusun terlebih dahulu. Kemudian barulah penyusunan Usul Fiqh dibuat.

Penyusunan Usul Fiqh dibuat dalam 3 peringkat.

Penyusunan yang pertama dibuat pada zaman Imam Syafie dan berakhir padu ke-6 Hijrah. Imam Syafie merupakan orang yang pertama menyusun Usul Fiqh. Imam Syafie telah berjaya menghimpunkan dua manhaj iaitu Fiqh Imam Malik di madinah dan Fiqh Imam Hanafi di 'Iraq. Dikatakan penyusunan ilmu Usul Fiqh pada zaman ini telah sempurna.

Penyusunan pada tahap yang kedua bermula dari kurun ke 5 higga kurun ke 7 hijrah. Pada zaman ini terdapat Imam yang begitu berpengaruh iaitu al-Khatib al-Bughdadi (Imam ahli sunnah di Mashriq) yang telah menulis kitab 'Tarikh Baghdad'dan Abu 'Umar ibn Abd al-Bar ( imam ahli sunnah di Maghrib) yang teah menulis kitab 'al-Tamhid). Pada tahap ini banyak subjek usul dibinadi atas hadis nabi dan athar yang diriwayatkan oleh para sahabat dan tabi'in.

Tahap yang ketiga pula bermula pada kurun ke-8 hingga ke-9 Hijrah dimana terdapat juga 2 imam yang begitu terkenal iaitu Shaikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan anak muridnya Ibn Qayyim al-Jawzyyah. Dalam zaman ini telah meluasnya usaha orang-orang yang berkecimpung dalam perbahasan Usul Fiqh terutama dalam 2 aspek iaitu membina asas-asas kaedah-kaedah ahli sunnah wa al'jama'ah dan menolak sesuatu yang batil dan mendedahkan kepalsuan.

Sebelum saya mengakhiri artikel pertama saya ini yang berdasarkan ulasan teks Prof Madya Amin Al-Jarumi, saya hendak membincangkan serba ringkas mengenai kepentinga-kepentingan ilmu Usul Fiqh ini.

Ilmu Usul Fiqh ini penting sebagai menetapkan prinsip-prinsip pendalilan iaitu dengan cara menerangkan dalil-dalil yang sahih dari yang palsu. ini kerana bukan semua dalil-dalil adalah sahih. Ilmu Usul Fiqh ini juga berguna untuk mempermudahkan proses ijtihad dalam memberikan hukum-hukum yang munasabah bagi kejadian-kejadian yang baru seta menerangkan ketentuan-ketentuan fatwa, syarat-syarat muti dan adab-adabnya. Dengan Ilmu Usul Fiqh juga kita dapat menetahui sebab-sebab yang membawa kepada perselisiha pendapat di kalangan para Ulama'. Dengan adanya Ilmu Usul Fiqh ini kita dapat menyeru agar akur kepada dalil dan meninggalkan yang ta'assub serta untuk menjaga aqidah Islamiyyah dengan kawalan prinsip-prinsip pendalilan dan menolak keraguan penyeleweng-peyeleweng.

Sekian untuk artikel saya kali ini, diharap ianya dapat membantu kita dalam mengenali dan mendalami ilmu Usul Fiqh.

saya akan berusaha untuk meneruskan artikel-artikel berkenaan Usul Fiqh ini dengan topik seterusnya iaitu Dalil-dalil syariyyah yang disepakati.

Sekian, semoga perjuangan kita sama-sama diredhai Allah s.w.t

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved