Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 imah1078 • 5 years ago • 1,695 viewed


Apa hukumnya seorang isteri menghalang suami dari menunaikan tanggungjawab terhadap isteri-isteri yang lain . Dan apa hukumnya jika isteri menyuruh suami menceraikan isteri-isteri yang lain kerana tidak mahu bermadu..

1) Hukum seorang isteri menghalang suaminya menunaikan tanggungjawab ke atas isteri-isterinya yang lain adalah berdosa dan berdosa juga bagi isteri yang menyuruh suami menceraikan isteri-isteri yang lain kerana tidak mahu bermadu.Cuba bayangkan perasaan orang lain jika melakukan sedemikian rupa.Janganlah kita suka mementingkan diri sendiri.Apakah perasaan kita sendiri, bila suami kita berkahwin lain setelah kita minta ia menceraikan isteri-isterinya.Janganlah kita bersikap suka meruntuhkan rumahtangga orang lain dengan berbuat berbagai angkara yang boleh menyusahkan orang lain.Hidup kita di dunia ini hanyalah sementara sahaja.Perbanyakkanlah berbuat kebajikan kepada sesama manusia di dunia ini.


2) Suami yang berpoligami mestilah berlaku adil terhadap isteri-isterinya. Untuk itu suami hendaklah membuat giliran di antara isteri-isterinya dengan mendapat persetujuan di antara kedua-dua belah pihak. Sebaik-baiknya bermalam sehari di rumah isteri pertama dan sehari berikutnya di rumah isteri kedua. Begitulah seterusnya sehingga sampai seminggu. Suami sebagai bapa kepada anak-anak hendaklah bertanggungjawab terhadap anak-anak tanpa memilih kasih. Berilah pendidikan kepada mereka dengan sewajarnya.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved