Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 asna_ker • 5 years ago • 2,679 viewed


Faktor Baka

Baka merupakan salah satu factor yang mudah untuk kita melihat tahap inteleks kanak-kanak. Misalnya ibubapa yang berasal dari keluarga yang daya intelektualnya tinggi akan menurun pada anaknya. Tapi factor ini semata-mata juga tidak semestinya bijak dan pandai. Ini bergantung pada kebijaksanaan ibubapa mendidik anak mereka.

Faktor Kesihatan

Kesihatan penting bagi seseorang kanak-kanak untuk meningkatkan daya kreativiti dan intelektualnya. Tanpa kesihatan yang baik, anak-anak akan murung dan tidak cergas. Kesihatan penting untuk merangsang otaknya, ke arah pemikiran yang mantap dan cepat mempelajari apa yang diajarkan kepada anak.

Faktor Pemakanan

Makanan yang baik untuk anak-anak yang sedang sedang membesar ialah makanan yang mengandungi zat dan vitamin. Anak-anak juga digalakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pemakanan yang seimbang dapat mengawal pertumbuhan otak yang cergas dan sihat. Sebagai seoarang muslim, ibubapa mestilah sedaya upaya memastikan setiap yang masuk kemulut anak-anak mestilah dijamin halalnya.

Sikap Ibubapa

Jelas di sini persekitaran memainkan peranan dalam meningkatnya prestasi seseorang kanak-kanak. Persekitaran yang baik di sini ialah wujudnya tempat belajar yang selesa, situasi keluarga yang harmoni dan masyarakat sekeliling anak-anak yang baik.

Kaedah Pembelajaran

Ibubapa mengaturkan satu keadaan yang tetap untuk anak-anak belajar dengan betul, bermain dan berolahraga, bermain, rehat dan hiburan yang cukup untuk anak-anak . Aturan ini akan mengelakkan anak-anak menjadi dari menjadi bosan dan terkongkong.

Galakan dan Minat

Galakan yang kuat datangnya dari ibubapa di samping minat yang timbul dengan sendiri dari anak-anak itu, tumpuan sepenuhnya akan dapat diberikan kepada rangsangan-rangsangan tertentu. Minat merupakan perhatian yang berterusan dan cenderung untuk melakukannya terhadap pelajaran, ibubapa tidak akan menghadapi masalah yang berat dan rumit.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved