Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 5 years ago • 4,255 viewed


Resepi ni sangat senang kalau nak buat. Saya buat masa BBQ hari raya pertama ngan family. Jumpa resepi kat internet dan adjust sikit-sikit. Just a few ingredients terus jadi! So simple and fun.. the best part? ada wow factor especially masa buka parcel atau bungkusan sotong tu!

Bahan-Bahan (untuk 4 org makan)
200gm sotong putih / sotong katak (dlm 4 ekor saiz sederhana)
4-5 batang kacang botol
4 helai daun limau purut
1 helai daun pisang
aluminium foil untuk membuat bungkusan
3 sudu besar minyak

Bahan A
4 biji cili kering atau cili merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1 inci belacan bakar
1 inci lengkuas
1 batang serai
Sedikit garam dan gula

Cara-cara memasak
1. Kesemua bahan A dikisar halus menggunakan blender dan sedikit air.
2. Tumiskan bahan A dengan minyak (api sederhana) selama 5 minit.
3. Masukkan daun limau purut dan tumis sehingga naik bau
4. Tutup api dan ketepikan.
5. Sotong dan kacang botol dihiris. Gaulkan bahan A yang telah ditumis tadi sehingga sebati.
6. Potong aluminium foil - 30cm x 30cm. Alaskan dengan daun pisang.
7. Letakkan sotong yang telah digaulkan dengan sambal, kepilkan bahagian tepi aluminium foil sehingga menjadi seperti satu bungkus. Lebih kurang macam bungkus lepat, lipat bahagian atas, selepas itu lipat bahagian tepi-kiri dan kanan. Pastikan tiada sotong atau air yg keluar dari bungkusan.
8. Bakar bungkusan tersebut di atas bara api BBQ atau di dalam oven selama 15 minit.
9. Sotong dah siap dimasak! Buka bungkusan, jeng jeng jeng... makan!!

Note:
1. Jika anda ada resdung, belacan bakar boleh dibuangkan daripada resepi ini.
2. Jika anda tak suka kacang botol, boleh ditukar dengan kacang bendi atau kacang buncis. Jika tak suka sayur, tak payah letak langsung pun boleh
3. Daun limau purut adalah untuk bau sahaja, kalau tak jumpa then takyah pakai. sama juga dengan daun pisang, lengkuas dan serai. Tapi awas, jangan blender daun limau purut ngan sambal, nanti sambal jadi pahit.
4. Resepi yg sama boleh dibuat dengan udang, ikan pari atau ikan kembung

Selamat mencuba!

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved