Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 4 years ago • 1,208 viewed


Mengikut pandangan seorang pengkaji islam iaitu Imran N Hosein yg telah mengkaji subjek berkaitan yakjuj dan makjuj lebih 15 tahun. yakjuj dan makjuj sebenarnya adalah manusia biasa dan bukan binatang ataupun makhluk ganjil. kaum yakjuj dan makjuj atau juga dikenali sbg gog and magog telah lama dibebaskan drpd benteng yg telah di bina oleh iskandar zulqarnain dan telah tersebar ke seluruh pelosok dunia. yakjuj berasal drpd keturunan bangsa amerika dan britain (sekutu kuatnya) manakala makjuj pula berasal drpd keturunan bangsa rusia.

Bangsa yg digelar yakjuj dan makjuj ini adalah sebenarnya sgt ganas dan suka melakukan kerosakan di muka bumi sejak dulu lagi dan berlanjutan sehingga kini dengan terjadinya perang di afganistan, iraq dan terbaru mungkin iran. mereka juga lah yang membantu kaum yahudi dengan mengisytiharkan negara israel pada tahun 1941.

Pada zaman akan datang akan muncul dajjal yang akan mengaku sebagai tuhan dan mengetuai yahudi yang akan menguasai dunia melalui negara israel. dajjal dikatakan bermata satu kerana melihat melalui mata luaran sahaja (external) dan bukan melalui mata luaran serta mata hati (external and internal). pada masa itu akan muncul Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa as ke bumi bagi memerangi dajjal serta yakjuj dan makjuj.

Mengikut pendapat Sheikh Imran, Nabi Isa as akan turun ke bumi di Menara Putih di sebelah timur Damsyik apabila paras air di tasik tiberius kering iaitu setelah dajjal muncul (rujuk buku utk maklumat lanjut). paras air di tasik tiberius sekarang adalah dlm paras black line atau paras air yg membimbangkan.

Baginda akan membunuh dajjal dan Allah akan menolong baginda dalam menghapuskan yakjuj makjuj dgn mengirimkan ulat yang akan membunuh mereka semua. selepas itu bumi akan kembali aman dan tiada musuh yg akan memerangi islam lagi. Islam akan berkembang dgn pesat seperti era kegemilangan Nabi Muhammmad saw. Zaman ini di panggil zaman golden age. Selepas itu baginda akan wafat di madinah dan disemadikan di sebelah makam Nabi Muhammmad saw. Akhirnya kiamat akan muncul dan membawa umat manusia ke muka pengadilan. Wallahua’lam..

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved