Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 5 years ago • 2,369 viewed


Kehidupan moden kini memerlukan kita menggunakan pelbagai jenis peralatan dan mesin yang dapat memudahkan lagi urusan dan juga kerja-kerja seharian. Salah satu cara untuk memudahkan kerja-kerja kita di dapur adalah dengan menggunakan alatan-alatan kecil yang sangat berguna. Alatan kecil ini tanpa disedari sebenarnya banyak membantu kita dalam menjimatkan lebih banyak masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, alatan ini juga harus selalu dibersihkan dan dijaga dengan baik bagi memastikan ia tidak mudah rosak.
Kebanyakan rekaan peralatan memerlukan penjagaan yang paling minima, dan sesetengahnya memerlukan cara pembersihannya yang tersendiri mengikut buku panduan yang telah dibekalkan oleh pihak pengeluar. Hanya ikuti kesemua langkah-langkah yang disarankan. Atau, carilah cara bagaimana untuk memastikan semua mesin dan peralatan anda sentiasa bersih, selamat dan dapat berfungsi dengan sempurna.

Sebagai permulaan, periksalah LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN di sini.

Pembakar Roti
Pertama sekali, buangkan semua serdak roti yang tertinggal (samada yang terdapat di atas dulang di bahagian bawah pembakar roti ataupun dengan cara menterbalikkan pembakar roti tersebut ke bawah, atau boleh juga dengan cara menggoncangkannya, bergantung kepada model). Lakukan ini selalu untuk mengelakkan lebih banyak sisa serbuk roti daripada terkumpul. Gunakan span, kain atau apa jua bahan pembersih lain yang lembut untuk membersihkan bahagian luar pembakar roti dan juga dulang serdak roti. Jika sisa makanan yang ada sudah terlalu lama dan sukar untuk ditanggalkan, gunakan kain lembab dan akhir sekali lapkan dengan kain bersih untuk mengeringkannya.
Mata Pisau - Mesin Pengisar, Pembancuh, Dan Pemprosesan Makanan
Pertama sekali, ceraikan kesemua bahagian-bahagian peralatan tersebut. Tanggalkan semua bahagian yang boleh dibuka, termasuklah mata pisau, getah pemampat dan lain-lain lagi. Cuci semua baki makanan yang ada (berhati-hati dengan semua bahagian tajam ya). Gunakan span yang telah direndamkan di dalam air panas bersabun untuk membersihkan bahagian dalaman, dan gunakan kain bersih dan air panas (dengan sedikit sabun, jika anda mahu) untuk membersihkan bahagian luaran. Pastikan kesemua bahagian telahpun dikeringkan dengan sempurna sebelum anda mula memasangkannya kembali.

Membersihkan Mesin Pembancuh Kopi
Gunakan span atau kain bersih yang telah direndamkan dengan air panas bersabun untuk membersihkan bahagian luar mesin pembancuh kopi tersebut. Kemudian lapkan lebihan sabun dengan menggunakan kain bersih sehingga kering. Jika bahagian dalam mesin telah menjadi kotor dan bertukar warna, gunakan sabun pembersih yang lembut untuk membersihkannya. Pastikan bahagian jag, penutup dan juga bekas penapis dibersihkan dengan menggunakan air panas yang bersabun.
Adakah aliran kopi pada mesin pembancuh anda kelihatan tersekat-sekat dan tidak lancar? Ini mungkin disebabkan oleh sisa-sisa bancuhan lama yang masih ada pada mesin tersebut. Tiada siapa yang mahu menunggu lama hanya untuk mendapatkan secawan kopi kan? Untuk menghilangkan sisa-sisa mendapan ini, tuangkan empat cawan cuka putih ke dalam bekas air (tuangkan hanya sedikit jika bekas anda kecil). Pasangkan jag, penutup dan bekas penapis seperti biasa dan hidupkan mesin. Apabila separuh daripada cuka sudahpun melalui penapis dan masuk ke dalam jag, padamkan suis mesin dan tunggu selama 10-15 minit. Kemudian hidupkannya semula dan biarkan lebihan cuka tersebut mengalir sehingga habis. Ulangi proses ini sehingga aliran menjadi normal (tidak perlahan seperti sebelumnya) dan akhir sekali gantikan cuka tersebut dengan air biasa sebanyak dua kali untuk membersihkannya. Jika tidak, anda mungkin akan minum kopi masam pula nanti!

Kami berharap tips-tips di atas akan dapat membantu anda dalam menjaga kebersihan semua peralatan dapur anda. Ini secara tidak langsung dapat memanjangkan lagi usia kesemua peralatan-peralatan tersebut dan sudah pasti lebih banyak hidangan-hidangan lazat akan terhasil untuk jangkamasa yang lama!

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved