Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 4 years ago • 21,729 viewed


Pendekatan Belajar Melalui Bermain

Persepsi guru tentang faedah belajar melalui bermain. Pendidikan tadika adalah peringkat pendidikan yang paling awal bagi kanak-kanak, selepas pendidikan yang diperolehi daripada keluarga. Oleh sebab itu, guru tadika haruslah memikirkan strategi-strategi yang boleh menyeronokkan kanak-kanak. Dalam usaha mengajar kanak-kanak itu, guru tidak harus memikirkan pencapaian akademik semata-mata tanpa memikirkan aspek perkembangan yang lain. Kanak-kanak tidak harus dibebankan dengan aktiviti-aktiviti kelas yang terlalu berat dan rigid kerana ia boleh menghilangkan minat mereka untuk belajar. Salah satu strategi pengajaran yang difikirkan sesuai bagi peringkat kanak-kanak prasekolah ialah belajar melalui bermain .Sehubungan dengan itu tugas-tugas menyampaikan aktiviti ini memerlukan kepakaran. Aktiviti yang dijalankan perlulah mempunyai perancangan yang perlu disediakan. Ini sesuai dengan pendapat Mc Cutcheon (1990) bahawa persediaan yang telah dirancang perlu dilaksanakan oleh guru dengan sempurna dan teratur.

Berhubungkait dengan kajian ini, didapati tujuh daripada 10 orang guru faham kepentingan belajar melalui bermain dan 3 orang sangat faham. Ini menunjukkan mereka berkemahiran dalam tugasan mereka, tetapi bila dapatan kajian melalui pemerhatian yang dibuat di kelas tadika yang menjadi subjek kajian, dapatan aplikasinya kaedah tersebut tidak dijalankan kerana beberapa sebab dan alasan dan di antaranya ialah murid terlalu ramai dan tidak cukup ruang untuk menjalankan sesuatu aktiviti misalnya 45 orang kanak-kanak dan tiada pembantu untuk membantu guru melaksanakan aktiviti beljara melalui bermain yang memerlukan pembantu membantu guru.

Teknik-teknik atau amalan yang digunakan oleh guru-guru tadika dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan tentang teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran telah dapat menyaksikan guru-guru masih kurang menjalankan kaedah belajar sambil bermain, sedangkan belajar sambil bermain berperanan menyuburkan lagi perkembangan kanak-kanak (Robinson, 1977). Ini jelas dapat diperlihatkan dalam perkembangan motor di mana dengan adanya keseimbangan dan pergerakan badan dalam satu-satu aktiviti akan membolehkan kanakkanak itu melahirkan perasaan mereka dengan cara yang paling optima.



Seperti yang telah diperjelaskan guru perlulah peka dengan minat, keperluan dan memahami perkembangan kanak-kanak bagi mempermudahkan untuk merancang sesuatu aktiviti contohnya aktiviti belajar melalui bermain. Ada di antara guru yang baru menyatakan sukar bagi mereka untuk memikirkan tentang kaedah-kaedah bagaimana hendak menjalankan aktiviti kanak-kanak di samping bagaimana untuk memperkembangakan seluruh potensi mereka.

Dapatan kajian juga menyokong fakta di atas di mana mereka memahami minat kanak-kanak, keperluan kanak-kanak dan mempelajari dan mengetahui perkembangan mereka, tetapi di peringkat aplikasi sukar untuk dilaksanakan kerana faktor-faktor kebolehan guru itu sendiri menguasai pengetahuan, teori pengajaran dan pembelajaran dan aplikasikannya di samping sikap ibu bapa yang telah hilang kepercayaan akibat aktiviti belajar melalui bermain yang bagi mereka hanya membuang masa sahaja.

Pendidikan prasekolah memberi penekanan kepada belajar melalui bermain dalam proses pengajaran dan pembelajran. Pendekatan meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran inovatif, kritis dan kreatif serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan.

Pendekatan menekankan ciri-ciri berikut:

· Aktiviti yang menggembirakan
· Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran
· Permainan bebas dan terancang
· Kelonggaan masa
· Percubaan idea sendiri
· Peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian



Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.

Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi perkembagan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, aktiviti fizikal yng dilakukan di dalam kelas. Melalui permaian yang melibatkan perlumbaan misalnya.

Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983).

Dalam membincangkan ciri-ciri main mereka menyebut;

“Pertama, main adalah motivasi dalaman. Lenyap dengan sendiri, berlaku hanya untuk kepuasan semasa melakukannya. Kedua, ciri-ciri yang berkaitan dengan main mestilah ada
kebebasan memilih oleh peserta” . ( Fergus 1995,2). Mengikut Vygotsky (1967) “Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar.

Perkembangan Fizikal dapat dikuasai melalui aktiviti fizikal di dalam dan di luar bilik darjah dengan menggunakan pelbagai alat permainan yang disediakan dan aktiviti pergerakan lokomotor kreatif.

Komponen Perkembangan Fizikal membolehkan murid:
i. Menguasai kemahiran motor halus untuk membantu aktiviti dalam pembelajaran
ii. Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal
iii. Mengamalkan cara hidup yang sihat dan selamat
iv. Membina minda yang sihat dan cerdas

Oleh itu, pendekatan belajar sambil bermain amat sesuai dilakukan dalam aktiviti fizikal. Hal ini kerana ia dapat merangsang minat kanak-kanak dalam melakukan aktiviti fizikal.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved