Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 asna_ker • 4 years ago • 3,131 viewed


Memastikan aktiviti yang bersesuain kepada kanak-kanak
Adalah penting untuk memastikan kanak-kanak mengikuti aktiviti yang sesuai dengan umur dan tahap mereka. Rancangan aktiviti yang sukar selalunya menyebabkan kanak-kanak tidak dapat melakukan aktiviti tersebut dan menyebabkan mereka berasa tertekan. Sebagai contoh, permainan seperti “picture lotto” yang membolehkan kanak-kanak bekerjasama antara satu sama lain dengan baik dengan mendengar antara satu sama lain dan menunggu giliran. Kanak- kanak tersebut tidak akan berjaya jika tidak mencapai tahap perkembangan tersebut yang membolehkan mereka duduk dan menumpukan perhatian jika mereka telah mencapainya.

Peranan orang dewasa dalam meningkatkan perkembangan bahasa melalui aktiviti
Memahami jenis sokongan yang diperlukan daripada orang dewasa
Kebanyakkan aktiviti melibatkan kanak-kanak memerlukan input dan sokongan daripada orang dewasa walaupun ia merupakan pelbagai aktiviti yang melibatkan pelbagai peringkat umur. Permainan papan dengan kanak-kanak dibawah umur empat tahun memerlukan pemerhatian yang berterusan daripada orang dewasa sementara aktiviti yang melibatkan main peranan tidak memerlukan sokongan dan penyeliaan yang lebih. Jika anda bertanggungjawab dengan rancangan program harian, anda perlu meneliti jenis dan keperluan aktiviti yang diperlukan cukup dengan sokongan daripada orang dewasa. Orang dewasa diperlukan untuk menyelia dan menyokong aktiviti.

· Memimpin aktiviti
Sesetengah aktiviti memerlukan pimpinan daripada orang dewasa untuk menerangkan apa yang berlaku kepada mereka. Aktiviti jenis ini kebiasaannya lebih kepada pengstrukturan walaupun orang dewasa mengetuai mereka. Orang dewasa harus memastikan kanak-kanak diberikan peluang untuk bertanya, bercakap dan menjadi aktif. Orang dewasa harus memastikan kanak-kanak ang lebih tua memperkembangkan kemahiran bahasa seperti meramal dan menerangkan dengan bertanyakan soalan dan memberi komen seperti – ‘ Mengapa anda berfikir benda ini berubah warna?’. Anda seharusnya memastikan kanak-kanak diperkenalkan dengan perbendaharaan kata yang baru dan relevan melalui aktiviti pengstrukturan sebagai contoh ‘ Jenis tepung ini adalah gandum’ sambil memastikan kanak-kanak boleh mengikuti dan memahami apa yang diterangkan.

· Menerangkan apa yang hendak dilakukan
Bagi sesetengah aktiviti seperti permainan papan ataupun melukis dengan menggunakan pastel memerlukan penerangan daripada orang dewasa pada permulaan permainan. Kadagkala kanak-kanak yang lebih dewasa dan boleh membaca juga tidak memahami peraturan permainan serta memerlukan orang dewasa untuk memulakan permainan atau aktiviti tersebut. Apabila memperkenalkan permainan atau peralatan baru adalah lebih baik untuk membuat penerangan melalui demonstrasi seperti ‘ Sekiranya ini giliran saya. Saya akan mengambil kad yang berada disini dan meletakkannya disana ‘. Apabila kanak-kanak telah berasa selesa dengan aktiviti adalah lebih baik orang dewasa membiarkan kanak-kanak mengawal permainan tersebut walaupun anda masih berada disitu. Ini bergantung kepada umur kanak-kanak dan jenis aktiviti yang sedang mereka lakukan.

· Penyeliaan dan bantuan
Aktiviti seperti main peranan, mewarna dan membuat model dapat menjana peluang bahasa yang cemerlang kepada kanak-kanak dan juga memerlukan sokongan da pertolongan daripada orang dewasa. Kanak-kanak akan memerlukan orang dewasa untuk membantu mereka jika mereka mengalami kesukaran dengan peralatan sebagai contoh, jika mereka tidak mendapat topi keledar untuk meneruskan aktiviti mereka ataupun jika mereka sukar untuk berkongsi peralatan mereka. Aktivit seperti ini baik bagi kanak-kanak kerana ini adalah cara mereka akan selalu berkomunikasi dan mendengar di antara satu sama lain. Kehadiran orang dewasa diperlukan ketika menjalankan aktiviti seperti ini tetapi anda harus melihat driri anda sebagai fasilitator daripada menjadi ketua dengan membenarkan kanak-kanak berlatih kemahiran bahasa mereka. Ada masa-masa apabila anda perlu memilih untuk menjadi lebih aktif sebagai contoh, jika kanak-kanak menemui jalan buntu dan memerlukan pertolongan idea ataupun peralatan serta mengalami ketidakpuasan hati mereka memerlukan pertolongan daripada anda.

· Penyesuaian aktiviti untuk kanak-kanak haruslah mengikut keperluan bahasa mereka.
Kadangkala orang dewasa perlu menyesuaikan aktiviti mengikut keperluan bahasa mereka supaya kanak-kanak boleh menyertai aktiviti tersebut. Ini mungkin bermakna dengan membuat set baru ‘lotto cards’ untuk memastikan kanak-kanak yang mempunyai perbezaan bahasa di rumah dapat mempelajari sesetengah perkataan baru atau menyertai secara berkumpulan untuk bermain bersama untuk mendapatkan lebih sokongan.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved