Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 tulipzbiru • 4 years ago • 3,635 viewed


19 Disember 2007:

Dari udara kelihatan kelopak-kelopak sawah menghijau bergenang air. Lembap. Pesawat Airasia yang kami naiki mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pochentong, Phnom Penh, Kemboja. Landasan basah. Beginilah suasana musim tengkujuh hujung tahun di Kemboja.

Melalui tingkap pesawat sebelah kanan kelihatan bangkai pesawat peninggalan perang dan bangunan kubu lama usang. Melepasi pemeriksaan imigresen dan kastam amatmenggerunkan dengan riak muka pegawai Kembojayang bengis. Tambahan pula kami membawa banyak kotak-kotak yang berisi pakaian dan makanan untuk diagihkan kepada umat Islam di Kemboja. Alhamdulillah laluan kami agak mudah.

Di balai ketibaan kami disambut olehal-Ustaz Abdul Malik (Opdul Malick) ah-Hafiz, wakil kami di Kemboja. Misi Kemanusiaan Kemboja kaliini disertai lima orang sukarelawan untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada umat Islam Kemboja di samping menyelaraskan pembinaan dua buah masjid; sebuah yang telah siap dibina di Kompong Bomtol, wilayah Kompong Chhnang berharga RM180,000 dan sebuah lagi Masjid Nurul Ehsan yang sedang mengutip bantuan berharga RM200,000 di Kampung Labak II, Mukim Seda, Daerah Tambe, Wilayah Cham untuk 220 buah keluarga. Pembinaan diterjui oleh Imam Wilayah Kg. Cham, tuan Haji Mokhtar Mohd Zain, Imam Masjid Nurul Ehsan, Saleh Ahmad.

Kami juga ingin melawat sebuah sekolah agama yang kami taja, Madrasah al-Muhajirin al-Ain yang menampung 200 orang pelajar yatim dan miskin.

Dari lapangan terbang kami menaiki van ke utara menuju pusat bandar Phnom Penh (penduduk 450,000 orang) melalui jalan yang bersimpang-siur. Kami menginap di sebuah hotel tiga bintang. Di bahagian bawah terdapat satu-satunya kumpulan tiga buah restoran Islam di Pehnom Penh.

Masjid Menjadi Kelab Malam

100 meter dari hotel tersergam Masjid Jamek Boeng Kak. Masjid ini pernah melalui zaman kegelapan apabila bangunannya tergadai dan dijadikan kelab malam. Seorang jutawan Arab telah menebusnya dan menukarnya menjadi masjid semula. Kawasan di sekitar masjid dipenuhi rumah pelacuran yang menjadi tempat persinggahan pelancong dari Barat.


Malangnya masjid yang besar ini tidak mempunyai sebuah pun naskah al-Quran. Semua al-Quran yang diwakafkan diambil orang untuk dijadikan hak milik peribadi atau dijual. Bilik airnya kotor dan tidak ada air. Di dalam kawasan masjid terdapat sebuah bangunan asrama, kelas komputer dan bahasa Inggeris yang dikendalikan oleh Cambodian Muslim Development Foundation (Yayasan Pembangunan Islam Kemboja).


Menyambut Hari Raya Korban di Kemboja

Malam itu malam Hari Raya Aidiladhah. Kami mengunjungi perkampungan umat Islam Batu 9 di pinggir Sungai Mekong. Mereka menyambut kedatangan kami dengan menghidangkan kuih raya daripada pisang dan ikan yang tidak kami kenali. Lembu-lembu yang hendak dikorbankan keesokkan harinya ditambat dibawha rumah. Sampaikan di dalam bilik darjah di madrasah pun ada lembu. Pelajar-pelajar pondok keluar bertakbir memakai gamis putih dan serban merah.


Esoknya kami solat sunat Hari Raya Aidiladhah di Masjid Batu 9. Umat Islam dari segenap pelosok Kemboja berhimpun beramai-ramai hingga melimpah ke tengah padang. Selepas khutbah diadakan jamuan hari raya - sajian roti dan kuah.


Selepas beramah mesra dengan penduduk setempat kami meneruskan perjalanan menyeberangi Sungai Tonle Sap menaki perahu ke Kampung Prakrang. Kami bertemu dengan imam yang telah berkhidmat selama 27 tahun, Tuan Haji Yaccob. Masjid kampung telah digunakan oleh regim Khamer Rouge menternak babi. Seorang makcik menceritakan detik-detik dia dipaksa untuk memakan sup daging babi untuk membuktikan bahawa dia bukan orang Cham.


Sebelah petang hari raya kami ke Kompong Bomtol, Wilayah Kompong Chhnang, tiga jam perjalanan ke utara Phnom Penh menyusuri Sungai Tonle Sap. Kami mengunjungi sebuah sekolah aga yang diadakan di surau kayu berusia 40 tahun. Dua orang guru yang menyambut kami ialah Cikgu Mohd Zain dan Cikgu Zakariah Yaacob. Imam di kampung ini bernama Haji Yaacob Ismail sementera ketua kampungnya Yusof Abdul Rahman.


Pada hari raya kedua kami ke Kampung Antung Shor, wilayah Kompong Cham, lima jam perjalanan ke timur Phnom Penh menaiki lori yang penuh sarat dengan penumpang dan barang. Kereta kuda juga masih digunakan untuk mengangkut barang. Kami singgah solat di Masjid al-Annuar. Imamnya bernama Ibrahim Sulaiman.


Sepanjang tiga hari termasuk hari tasyriq kami telah mengadakan korban di empat buah perkampungan sebanyak 10 ekor lembu. Itu pun satu keluarga mendapat cuma 300 gram daging untuk 10 orang ahli keluarganya. Begitulah lazimnya setiap umat Islam, cuma menjamah daging dua kali setahun; pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Korban.


Amatlah tidak wajar bila kita mendengar berita sebuah masjid di Lembah Klang berkorban 60 ekor lembu beberapa tahun lepas. Tapi malangnya tidak berjaya membahagi-bahagikan daging. Menjelang petang daging pun busuk dan terpaksa ditimbus menggukan jengkaut.


Sudah menjadi tradisi masyarakat di Malaysia melu untuk menerima daging korban. Sesetenghnya pula menganggap mereka tidak layak. Lantas berlaku pembaziran. Sepatutnya sesebuah masjid atau surau yang hendak mengadakan korban harus mengukur kemampuan mereka untuk membahagi-bahagikan daging. Sebahagian lembu sepatutnya dikorbankan di tempat-tempat yang sangat diperlukan seperti di Kemboja ini.


Banyak NGO dan agensi yang melaksanakan ibadah korban di Kemboja. Ada yang berkorban hingga ribuan ekor jumlahnya di satu-satu tempat. Penduduk Islam dari daerah lain terpaksa datang melalui jalan yang jauh menyebabkan banyak daging yang busuk sebelum sampai ke kawasan pendalaman. Sebab itu kami mengambil strategi terus berkorban di kampung-kampung pendalaman.


Sejarah Umat Melayu Islam Champa

Masyarakat Melayu Champa mengalami sejarah yang panjang. Mereka berasal dari tengah dan selatan Vietnam membentuk Kerajaan Champa Tua yang kuat. Agama Islam datang seawal zaman pemerintahan Syaidina Othman Ibn Affan, khalifah yang ketiga apabila beliau menghantar utusan ke negeri China dan singgah di Vietnam. Islam mula berkemabng pada kurun ke-11 pada masa China di bawah Dinasti Tang (618-907).


Kerajaan Champa sentiasa berperang dengan Vietnam. Pada tahun 1471 Champa kalah teruk. 120,000 rakyat mereka terbunuh. Pada tahun 1607 Raja Champa pertama menganut Islam. Raja Champa Islam terakhir islah Po Chien atau Raja Ibrahim. Kerajaannya diusir oleh Vietnam dan baginda membawa rakyatnya lari ke Selatan Kemboja ke Kampung Cham hari ini. Penduduk di tepi pantai pula berhijrah ke Terengganu dan satu kumpulan kecil berhijrah ke Hainan di Selatan China yang dikenali kaum Utsuls.


Raja Ibrahim mangkat pada tahun 1650. Sembilan tahun selepas kemangkatan baginda, Masyarakat Islam bangun memberontakberakhir dengan 3,000 orang terbunuh. 700 orang Champa melarikan diri ke Siam (Thailand).


Selepas itu umat Islam mula berkembang di Kemboja. Pada tahun 1950 lagi 7% umat Islam Kemboja sudah mampu mengerjakan ibadah haji ke Mekkah. Pada tahun 1962 terdapat 100 buah masjid di Kemboja. Jumlah umat Islam meningkat kepada 200,000 orang pada tahun 1975.


Umat Islam Disembelih

Mala petaka terbesar kedua berlaku pada zaman pemerintahan Parti Komunis Kemboja di bawah pimpinan Pol Pot dari tahun 1975 hingga 1979, selepas menumbangkan kerajaan Jeneral Lon Nol. Para ulama dibunuh. Daripada 113 ulama ternama di Kemboja hanya 20 orang terselamat. Keseluruhan anggota jabatan Mufti diculik dan dibunuh.

Sejumlah 132 buah masjid diroboh atau dijadikan kandang babi. Al-Quran, kitab (keitap) agama dan mukaddam dirampas dan dibakar. Al-Quran tidak boleh dibaca terang-terangan. Ada yang menyembunyikan al_quran dengan menanamnya di dalam tanah ditepi hutan atau dibawah rumah. Namum lazimnya al-Quran yang ditanam hanya boleh bertahan selama tiga tahun. Jika lebih lama ia akan dimakan anai-anai dan cacing. Umat Islam yang menyimpan al-Quran ditangkap, diseksa dan dibunuh. Rakyat hanya boleh mendengar siaran radio Peking (Beijing).

Pada zaman Pol Pot, umat Islam yang bekerja sebagai nelayan diwajibkan mendaftarkan seluruh hasil tangkapan mereka kepada syarikat koperasi milik gerila Khmer Rouge. Tangkapan itu dibeli dengan harga yang paling murah. Jika nelayan memerlukan untuk makanan keluarga, mereka terpaksa membeli semula daripada koperasi dengan harga yang berlipat kali ganda.

Pada 23 Februari 1974 nelayan Islam Champa berdemontrasi beramai-ramai membantah sikap kuku besi regim. Hasilnya, kira –kira 100 orang nelayan ditembak mati di tebing sungai Kompong Cham.

Penghapusan etnik Cham bermula. Pol Pot melakukan pembersihan etnik (ethnic cleansing). Dia hanya mahu kamum Khmer tinggal di Kemboja. Pembangunan, kemajuan dan orang terpelajar termasuk alim ulama dihapuskan.

Rakyat dikumpulkan dan diasingkan antara kaum Khmer dan kaum Cham. Yang mengaku kaum Cham diikat dan dihambat ke padang penyembelihan seperti menghalau sekawan kambing. Mereka disembelih menggunakan pisau tajam dan ditanam di dalam kubur besar. Ada yang dipukul hingga mati. Anak kecil dilambung dan direjam dengan pedang. Ada yang dibanting ke pokok.

Ramai orang Cham mengaku kaum Khmer untuk menyelamatkan diri. Mereka dipaksa makan sup babi. Jika ada yang ragu-ragu untuk makan akan terus disembelih. Sebahagian kecil yang sempat lari dari kem tahanan masuk ke hutan. Kebulur dan penyakit berleluasa. Akhirnya hampir 2 juta penduduk Kemboja mati.

Era Selepas Perang

Selepas era Pol Pot berakhir, umat Islam ketandusan guru agama. Kalau ada pun boleh dibilang dengan jari. Anak-anak tidak dapat lagi belajar al-Quran dan solat. Jika ada al-Quran yang berbaki ibarat sebutir permata atau emas yang berharga.

Sewaktu kami menaiki lori masuk ke kampung Cham, saya terlihat seorang wanita tua memeluk satu bungkusan plastik dengan begitu erat sekali. Apabila saya amati ternayata yang dikepitnya itu ialah senaskah al-Quran yang lusuh.

Selepas perang, umat Islam kembali ke kampung asal mereka setelah lebih tiga tahun tinggal di dalam hutan. Alangkah sedihnya melihat masjid dan surau telah musnah terbakar. Mereka bergotong-royong masuk ke hutan mencari kayu untuk membina semula masjid. Malah ada yang terkorban dihempap kayu balak.

Sebahagian besar tanah mereka telah dicerobohi oleh etnik Khmer. Bekas rumah mereka telah menjadi longgokan kayu yang hampir reput. Mereka tidak ada pilihan kecuali berpindah di dalam perahu, hinggalah ke hari ini. Perahu itulah rumah mereka; tempat mereka berteduh, melindungi keluarga, berehat, makan, solat dan tidur.

Kehidupan di dalam perahu amat daif. Ketika angin kencang atau banjir besar mereka terpaksa berlindung ditebing atau naik ke darat.

Keluarga yang besar menggandingkan dua buah perahu untuk dijadikan rumah. Sebuah perahu digunakan untuk masak dan membasuh pakaian dan perahu yang sama digunakan untuk menangkap ikan. Perahu yang satu lagi digunakan untuk tidur dan solat. Untuk menjimatkan ruang penghuni perahu itu tidur di dalam buaian khas.

Tangkapan ikan lebih lumayan pada musim kemarau. Sebaliknya pada musim tengkujuh, tangkapan amat berkurangan. Kemiskinan yang mencengkam keluarga nelayan ini menyebabkan kadang-kadang mereka tidak mampu membeli beras. Mereka hanya makan ikan yang dibakar sahaja. Kanak-kanak pula suka makan etok atau kijing (sejenis kerang kecil) yang direbus dengan garam, semacam kacang atau makanan ringan di Malaysia.

Menurut penduduk yang ditemui, kesusahan ini jauh lebih baik daripada penderitaan pada zaman Pol Pot hampir 30 tahun yang lalu.

Selepas rejim Pol Pot, Pemerintahan Perdana Menteri Hun Sen agak bersimpati dengan nasib umat Islam. Beliau membantu membina masjid dengan menyediakan batu dan simen. Kerana sikap inilah Hun Sen disukai oleh umat Islam Kemboja. Hari ini umat Islam bebas beragama, beribadah dan berdakwah.

Kemiskinan Melampau

Kesusahan dan penderitaan umat Islam di Kemboja ini tidak mampu diajukan kepada pemerintah kerana bukan saja umat Islam yang minoriti malah bangsa Khmer sendiri yang bukan beragama Islam juga dicengkam kemiskinan. Soal kesengsaraan adalah soal menyeluruh.

Bolehkan anda bayangkan bila bertemu anak-anak dipinggir jalan waktu menjelang tengah hari. Mereka belum makan apa-apa kecuali beberapa ekor cengkerek atau ualat sagu yang digoreng!

Waktu berkunjung ke Kompong Cham kami membawa beberapa bungkus roti seperti roti Perancis yang kami beli sewaktu di bandar. Mereka kata inilah makanan yang paling mewah bagi mereka. Roti ini dimakan dengan cecah susu yang dicairkan.

Dan apakah hidangan ‘selamat datang’ yang paling istimewa yang mereka hidangkan kepada kami para tetamu dari luar? Jagung rebus, telur rebus dan air kelapa panas! Waktu makan tengah hari kami dijamu sup ayam Kemboja yang direbus dengan halia dan bawang. Kadang-kadang ikan talapia bakar. Sayur kobis hijau mereka tanam sendiri.

Misi kami sempat melawat ke beberapa buah masjid lain antaranya Masjid Kompong Pombraka dan Masjid Kompong Pong Giro di Wilayah Kompong Chamselain menziarahi Kompong Prekkhadam dan Kompong Preakpra, 50 meter dari Phnom Penh.

Jihat Pendidikan

Dari Kompong Cham kami menziarahi sebuah sekolah agama di sebuah surau. Ada satu kelas yang ditempatkan di bawah surau. Kerusi mejanya usang dan patah-patah. Papan hitamnya juga uzur. Kelas sedang berlangsung. Murid lelaki dipisahkan daripada murid perempuan dengan tabir putih daripada kain guni. Tidak ada pakaian seragam. Tidak ada beg sekolah.

Muridnya hanya membawa sebuah buku tulisan usang yang dilipat dua dan sebatang pensil. Seorang ustaz tua mengajar pelajaran Fiqah menggunakan buku teks dalam bahasa Melayu tulisan jawi yang diterbitkan di Pattani. Sama dengan buku teks di Malaysia era tahun 50-an.

Ustaz menulis nota dengan tulisan jawi menggunakan bahasa Melayu. Beliau membaca dan murid mengikutnya. Pelajaran diterangkan dalam bahasa Khmer. Di Kemboja sangat sukar mendapatkan buku agama dalam bahasa Khmer.

Saya terfikir sudah sampai masanya kita melancarkan satu gerakan jihat untuk membekalkan naskah al-Quran, mukaddam, buku, alatan tulis dan sebuah beg sekolah untuk setiap anak di Kemboja pada saat keluarga di Malaysia melancarkan kempen satu komputer bagi setiap rumah atau satu laptop untuk setiap anak!

Mungkin juga sudah sampai masanya masyarakat di Malaysia datang ke Kemboja menyaksikan sendiri penderitaan umat Islam di sini. Daripada anda melancong ke Eropah, Jepun, Australia atau Amerika lebih baik anda datang ke Kemboja. Disampaing perbelanjaannya murah, anda mungkin boleh dikategorikan sebagai hamba-Nya yang prihatin terhadap kesengsaraan umat Islam dikala kita berada dalam situasi mewah dan aman.

Tanpa datang sendiri dan menyaksikan dengan mata kepala anda, anda akan tidak nampak situasi sebenar. Kemiskinan memang ada dimana-mana, namun anda akan kemiskinan super di Kemboja.

Bahasa dan Budaya

Di Kemboja hanya sebilangan kecil orang-orang tua sahaja yang boleh berbahasa Melayu loghat Kelantan. Orang dewasa dan kanak-kanak tidak boleh berbahasa Melayu. Ini mengingatkan saya kepada sebahagian sekolah pondok di Malaysia menggunakan kirab Arab tetapi pelajaran diterangkan dalam bahasa Melayu. Malah pelajar tidak boleh bertutur dengan bahasa Arab dengan baik.

Anak-anak Kemboja tidak berbaju berseluar dan beralas kaki. Malah ramai yang telanjang bulat. Cuma perempuan yang sudah agak besar memakai seluar pendek untuk menutup kemaluan. Yang memakain pakaian pun sudah lusuh dan compang camping.

Anak-anak juga berambut perang, kusut masai dan tidak terurus. Hingus hijau meleleh keluar dari hidung mereka dan disedut kembali. Perut mereka buncit. Kanak-kanak perempuan rata-rata memakai subang telinga dan gelang tangan. Kanak-kanak langsung tidak ke sekolah. Mungkin ada yang buta huruf hingga ke tua.

Kebanyakkan perempuan dewasa dan anak gadis mereka memakai tudung atau alas kepala berbintik merah atau biru seperti serban Palestin atau kain yang sering disandang oleh Hun Sen. Pakaian harian perempuan dewasa adalah seperti pakaian petani yang hendak ke sawah di Malaysia. Bantuan luar seperti pakaian dan makanan tidak sampai ke kampung-kampung yang daif – Cuma sampai di Phnom Penh sahaja.

Kesihatan Terburuk

Tahap kesihatan di Kemboja memang amat membimbangkan. Kadar kematian dikalangan kanak-kanak memamng amat tinggi. 110 orang daripada 1,000 orang kanak-kanak meninggal dunia sebelum berusia setahun. 181 orang daripada 1,000 orang kanak-kanak meninggal dunia sebelum berusia 5 tahun. Antara ancaman nyawa kanak-kanak ialah batuk kering (TB), selsema, malaria, taun dan cirit-birit. Rekod kematian bayi ketika dilahirkan adalah yang tertinggi didunia disebabkan komplikasi ketika kelahiran.

Selain itu penyakit yang biasa hinggap ialah kudis buta, cacing (perut buncit), batuk, demam, telinga bernanah dan sakit perut. Sementara orang dewasa pula diserang kencing manis, beguk, tiroid dan batuk kering.

Masyarakat Kemboja belum mengenal khidmat perubatan moden. Masyarakat terlalu bergantung kepada perubatan tradisional dan perbomohan. Jika tidak pulih juga baharulah mereka merujuk kepada farmasi di bandar. Malangnya farmasi bukan menjual ubat tetapi membekalkan dadah!

Mala petaka ini berlaku kerana rejim Khamer Rouge telah memusnahkan segala prasarana perkhidmatan perubatan ketika memerintah. Ini bukanlah suatu yang pelik, kerana rejim juga memusnahkan sistem pendidikan, sistem kewanganmalah juga sistem pos. Sebab itu hari ini anda tidak boleh menghantar surat ke Kemboja kerana sistem alamat, poskod dan nama jalan tidak releven sama sekali. Anda tidak akan jumpa satu pun surat khabar di jalan raya!

Waktu saya hendak mencari kedai buku di pusat bandar Phnom Penh, teksi yang bawa saya berlegar hampir 30 minit untuk mencari walau sebuah pun kedai buku. Akhirnya pemandu itu berhensi disebuah kedai komputer. Saya membantah kerana saya mahu ke kedai buku. Rupanya dia cuma ingin bertanya dimana kedai buku kerana beranggapan komputer ialah agak paling sinonim dengan buku.

Akhirnya saya sampai ke sebuah kedai buku yang agak besar juga, walau pun saya agak hampa kerana ia sebenarnya sebuah kedai alat tulis. Namun di tingkat satu terdapat juga ruang menjual buku walaupun harganya agak mahal.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved