Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 Kienah90 • 3 years ago • 1,405 viewed


Kita lihat pada hari ini ramai yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke menara gading. Tahun ini sahaja seramai 40,184 lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM) dan matrikulasi ditawarkan mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama di 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akdemik 2008/2009. Itu tidak termasuk institusi pengajian tinggi swasta.

Ibu bapa juga pasti berbangga apabila anak masing-masing berjaya melanjutkan pelajaran. Agama Islam sendiri amat mementingkan umatnya mencari ilmu. Sebuah hadis berbunyi "Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah (pada jalan Allah) hingga kembali"(Riwayat al-Tirmidzi dan al-Daarimi). Martabat orang yang berilmu itu adalah tinggi dan mereka ini mempunyai kelebihan berbanding dengan orang yang tidak berlimu(Surah al Zumar:9, Surah al-Mujaadalah:11).

Namun di sebalik kejayaan anak-anak muda/remaja ini menjejakkan kaki ke menara gading, bermacam-macam cerita yang tidak enak didengar. Ada pelajar yang didapati ponteng kuliah, tidak menghormati pensyarah, merokok, dadah, suka berpoya-poya di luar dengan rakan-rakan. Ada juga pelajar perempuan yang bertudung semasa di kawasan universiti sahaja tetapi tidak di luar. Apa yang menyedihkan kebanyakan yang mempunyai masalah sikap ini adalah pelajar Melayu beragama Islam.

Ada juga yang sudah tidak mendengar nasihat ibu bapa, menganggap diri sudah besar dan angkuh dengan status sebagai mahasiswa. Mempunyai sikap keras kepala, tidak menghormati orang tua, dan sudah pandai menipu dengan keluarga bila ditanya tentang kehidupannya di kampus. Malah ada juga mereka ini yang terjebak dengan jenayah. Kita tertanya-tanya mengapa perkara ini berlaku? Rata-rata mereka ini cerdik jika tidak masakan diterima masuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi? Malangnya mereka tidak mempamerkan akhlak murni seorang Islam.

Jika ditinjau bangsa lain seperti pelajar Cina dan India yang berada di institusi pengajian tinggi mereka amat menghargai serta tidak akan mensia-siakan peluang yang diberi. Kita dapati mereka ini tekun belajar, menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas, tidak suka membuang masa sia-sia, menubuhkan kumpulan belajar masing-masing, rajin bertanya pensyarah jika kurang faham apa yang diajar sehingga ada yang sanggup mengejar pensyarah selepas tamat kelas. Mereka juga rajin mencari rujukan-rujukan tambahan yang diberi oleh pensyarah, berbanding dengan pelajar Melayu.

Hari ini kita lihat ada orang Islam yang mengamalkan agama Islam hanya setakat bersembahyang, puasa, haji dan sebagainya. Memang perkara-perkara tersebut penting untuk diamalkan, namun kita dapati selain daripada itu agama tidak diamalkan. Agama hanya dilihat sebagai perbuatan-perbuatan yang perlu dilakukan dan yang lain itu bukan agama. Mereka tidak sedar agama Islam adalah suatu cara hidup yang perlu diterapkan dalam kehidupan. Kita tidak boleh memisahkan agama dari kehidupan. Mungkin kerana sebab ini kita lihat para mahasiswa kurang agamanya dari segi sikap dan tingkah laku.

Ibu bapa dan para pendidik juga perlu bekerjasama bagi memastikan terdapat banyak bahan bacaan berunsur agama dekat dengan remaja kita. Ramai anak muda yang tidak gemar membaca bahan bacaan agama. Mereka lebih gemar membaca majalah hiburan, berita sensasi tentang artis, serta bahan bacaan ringan yang tidak memerlukan berfikir. Mungkin juga kerana tidak banyak bahan agama di sekeliling yang boleh dibaca. Terletak atas bahu ibu bapa dan pendidik untuk mengalakkan anak-anak muda membaca bahan-bahan bercorak keagamaan. Remaja Islam perlu didedahkan dengan watak Salahuddin al-Ayubi, Abdul Rahman bin Auf, contohnya.

Umat Islam juga kurang berfikir. Mereka hanya menerima ilmu namun kurang berfikir, mentafsir serta memahami apa yang dibaca. Akibatnya timbullah budaya kakak tua yang hanya meluahkan saja apa yang dipelajari tanpa mengemukakan pendapat sendiri. Budaya ini amat ketara di universiti dan pusat-pusat pengajian tinggi. Rata-rata pelajar juga amat suka pensyarah yang menyuapkan segala maklumat di dalam kuliah kerana mereka tidak perlu lagi bersusah-payah mencari bahan.

Apabila kita kurang berfikir maka kita mudah terikut-ikut dengan orang lain. Kita tidak berfikir baik buruknya tindakan yang dilakukan, sebaliknya hanya mengikut sahaja rakan-rakan yang berada di sekeliling. Ini mungkin kerana didikan semasa kecil, kita selalu dilarang oleh orang tua-tua untuk banyak bertanya sedangkan pakar kanak-kanak mengatakan anak-anak sepatutnya digalakkan bertanya. Soalan-soalan yang ditimbulkan anak-anak menunjukkan mereka sedang berfikir dan ia suatu proses yang positif.


Sebagai orang Islam kita digalakkan bukan hanya membaca al-Quran tetapi juga memahami isi kandungannya. Apabila kita faham maksud ayat-ayat yang dibaca barulah kita boleh berfikir dan menterjemahkannya dalam kehidupan kita. Tetapi apa yang dilihat hari ini penumpuan masyarakat apabila membaca al-Quran hanyalah untuk khatam dan mengadakan majlis besar-besaran; ataupun untuk melihat suara paling merdu apabila membaca al-Quran.


Cabaran dari luar terhadap remaja juga tidak kurang hebatnya. Sudahlah remaja tersebut tidak kuat agamanya, diasak pula dengan serangan yang bertubi-tubi dari semua arah, media elektronik dan cetak. Dengan hanya duduk di rumah anak-anak kita terdedah dengan pelbagai budaya yang di luar batasan agama. Apabila menonton drama di televisyen contohnya, dilihat wanita yang tidak bertudung dengan fesyen pakaian yang mengghairahkan serta adegan bergaduh dan hasad dengki.Yang paling malang kesemua pelakon yang dilihat itu adalah orang-orang Melayu Islam, bukan bangsa lain. Jadi bagaimana kita hendak mengharapkan remaja menyemai fikrah Islam yang sebenar? Ibu bapa perlu berperanan membimbing anak dari awal lagi tentang apa yang betul dan tidak betul mengenai rancangan yang ditonton. Jika tidak anak-anak akan menjadi keliru.

Kita dapati ramai mahasiswa hari ini lebih bertumpu kepada soal mendapatkan pekerjaan yang baik selepas tamat belajar kelak .Ramai yang lebih memikirkan hal pangkat, jawatan, tangga gaji apabila berjaya menghabiskan pelajaran. Tidak dinafikan perkara tersebut penting untuk kelangsungan hidup, namun jangan sampai tergadai harga diri sebagai seorang Islam. Tidak ada gunanya segulung ijazah jika sikap dan perangai tidak mempamerkan nilai-nilai murni seorang Islam yang sebenar.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved