Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 gemini • 7 years ago • 882 viewed


kita sekarang sedang berada di Bulan Ramadhan al-Mubarak, bulan agung, bulan berkat, bulan diturunkan al-Qur'anul Karim, bulan yang terdapat di dalamnya satu malam yang fadhilatnya melebihi seribu bulan, bulan yang Allah s.w.t mewajibkan Umat Islam berpuasa pada siang hari dan disunatkan Qiamullail pada malam harinya.

Bercakap tentang al-Quran, maka di sana terdapat beberapa nama yang masyhur bagi kitab suci al-Quranul Karim seperti yang dijelaskan di dalam kitab-kitab Ulumul Qur'an, yang antaranya seperti apa yang telah dijelaskan oleh Dr Subhi Soleh dalam kitabnya Mabahis Fi Ulumul Quran bahawa nama-nama yang masyhur bagi al-Quran ialah al-Tanzil, az-Zikr, al-Furqan dan di samping itu terdapat lagi nama-nama lain bagi al-Quran yang dihubungkan dengan sifat-sifat al-Quran itu. Namun demikian al-Quranul Karim, walau apapun namanya dinamakan, al-Quran adalah Kalamullah yang penuh mukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, kemudian ditulis di dalam Mashaf, dipindahkan / disampaikan kepada umat ini secara mutawatir (yang mustahil berlaku pendustaan), membacanya menjadi ibadah, dan ada ulama’ lain menambah lagi dengan menyebut bahawa al-Quran dimulai dengan surah al-Fatihah dan ditutup dengan Surah an-Nas.

Al-Quran yang Allah s.w.t telah turunkan sekaligus pada malam lailatul Qadr ke langit dunia baitul 'izah kemudian telahpun disampaikan kepada Rasulullah s.a.w secara beransur-ansur selama lebih kurang dua puluh tiga tahun itu bukan sebarang kitab, bukan kitab karangan makhluk / manusia, tetapi al Quran adalah Kitab Allah (kalamullah) yang tidak boleh sama sekali dipandang ringan (tidak boleh diabaikan,) bahkan wajib berIman kepada Kitab Allah kerana berIman kepada Kitab Allah itu adalah satu daripada Rukun Iman, sesiapa yang tidak yakin kepada Kitab Allah itu maka dikira kufur terhadap Allah s.w.t. Akibatnya pada Hari Qiamat nanti ia tergolong di dalam golongan orang yang rugi. Firman Allah s.w.t dalam ayat 121 Surah al Baqarah..
Maksudnya: “Orang-orang yang telah Kami (Allah) datangkan kitab kepada mereka, mereka itu membacanya dengan sebenar-benar bacaan, mereka adalah orang-orang yang benar-benar berIman dengannya (dengan al Quran.) Sesiapa yang kufur (tidak mempercayainya) maka mereka itu adalah orang-orang yang rugi (di Hari Akhirat nanti)“

Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t bukan sia-sia, tetapi ada tujuan dan matlamatnya yang besar.

Sehubungan dengan ini Dr Solah Abdul Fatah al Khalidi dalam kitabnya Mafatih Lil Ta'amuli Ma'al al-Quran pernah menjelaskan bahawa sesungguhnya matlamat utama al-Quran hampir tidak terkeluar daripada empat perkara besar:

Pertama:
Membawa Hidayah / Pertunjuk kepada Jalan Allah s.w.t, pertunjuk yang benar (jalan yang betul) agar betul seluruh aspek kehidupan individu dan masyarakat (umat).

Firman Allah s.w.t dalam ayat 9 Surah al Isra’:
Maksudnya: “Bahawa sesungguhnya al Quran itu membawa / memberi pertunjuk / memimpin ke jalan yang benar dan menyampaikan berita gembira kepada orang-orangyang berIman serta melaksanakan amalan soleh bahawa mereka akan memperoleh ganjaran pahala yang besar" (pertunjuk / hidayah sebenarnya datang daripada Allah - Allah datangkan melalui al Quran.)“

Kedua:
Al-Quran bermatlamatkan untuk melahirkan / membentuk individu-individu yang bersahsiah Islam, berpindah daripada realiti jahiliyah yang buruk kepada Islam berpaksikan / berteraskan kepada iman / tauhid kepada Allah s.w.t.


Ketiga:
Al Quran juga bermatlamatkan melahirkan / membentuk masyarakat Islam Qurani (Jilnul Farid.)

Masyarakat yang terdiri daripada individu-individu yang terdidik dengan ajaran al Quran, membangun dengan prinsip dan arahan-arahan al Quran, berkembang di dalam suasana al Quran dan hidup di bawah naungan sinaran nur al Quran. Jika demikian barulah akan lahir masyarakat yang mulia serta mendapat Rahmat Allah s.w.t. Masyarakat seperti itu telahpun lahir dalam generasi awal Islam dibawah pimpinan dan bimbingan Rasulullah s.a.w sehingga telah mendapat pujian daripada Allah s.w.t di dalam al Quran ayat 110 Surah ali Imran.
dalam Surah an Nisaa’ ayat 174 hingga 175:

Maksudnya: “Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu bukti kebenaran daripada ‘rab’ kamu (Allah s.w.t,) dan Kami (yakni Allah s.w.t) telah turunkan kepada kamu cahaya yang terang (yakni al Quran.) Adapun orang yang berIman kepada Allah serta berpegang teguh dengannya (dengan Deen Allah,) nescaya Allah s.w.t akan memasukkan mereka ke dalam RahmatNya (Rahmat Allah) dan kurniaan serta menunjukan mereka jalan yang lurus untuk sampai (atau kembali) kepadaNya (kepada Allah)“

Keempat:
Al Quran juga bermatlamatkan untuk melahirkan / membentuk kepimpinan ummat yang sentiasa merujuk dan mengikut panduan daripada wahyu Allah (al Quran,) mengikut arahan syara’.
firman Allah s.w.t di dalam Surah al Ahzab ayat 36:

Bermaksud: “Dan tidaklah patut bagi orang lelaki dan perempuan yang berIman, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan / menentukan sesuatu ketetapan (tidak wajar) mereka memilih (pilihan lain) dalam urusan mereka. Dan sesiapa yang derhaka terhadap Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata (jelas.)“


Oleh itu sempena dengan kita menyambut ‘Peristiwa Nuzul al-Quran‘ dalam Bulan Ramadhan al-Mubarak ini, kita mengajak umat Islam seluruhnya, marilah kita menyedari bahawa kitab suci al Quran ini adalah ‘amanah besar‘ yang menjadi tanggungjawab orang yang mengaku berIman kepada Allah s.w.t. Wajib diusahakan agar hukum-hukum dan tuntutan-tuntutan di dalam al Quran itu berjalan dan diaplikasikan dalam kehidupan umat ini. Sebarang penolakan, keengganan, keangkuhan dan kesombongan terhadap al Quran dan sekaligus terhadap Sunnah Rasulullah s.a.w adalah mengundang kepada mala petaka besar iaitu balasan daripada Allah s.w.t...

Virtual Friends - Copyright © 2001-2017 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved