Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 10 years ago • 1,209 viewed


Alhamdulilah, dapat lagi aku merayakan Eidul Adha atau Raya Qurban bersama keluarga walaupun sambutannya tak sehebat Raya Eidul Fitri.
Maka setiap kali kedengaran takbir dan tahmid memuji kebesaran Ilahi di TV dan radio, betapa syahdunya sehingga aku dibuai nostalgia ketika mengerjakan Haji suatu ketika dahulu, dalam kalimat-kalimat talbiyah, yang dikumandangkan para jemaah haji di Tanah Suci Makkah:


“Ya Tuhan kami, kami datang menghampiriMu, memenuhi panggilanMu, untuk mengembalikan segala puji, kenikmatan dan kekuasaan, yang sesungguhnya hanyalah milikMu. Tak ada sekutu bagiMu.”
Nak cerita sikit, setiap kali datang musim Haji, masyarakat Malaysia masih mempertikaikan soal kuota jemaah haji yang perlu ditambah dan pembatasan perjalanan haji bagi yang pernah naik haji lebih dari sekali. Seorang teman memberitahu apa yang di lihatnya di TV, perihal seorang jemaah wanita sedang di interview di tanah suci Makkah baru2 ini, dengan bangganya mengatakan, "Ini adalah haji keduanya dalam jangkamasa yang sangat dekat".

Apakah itu adil untuk mereka2 yang menunggu giliran begitu lama tapi masih menanti. Bertitik-tolak dari insiden itu, Tabung haji "bagai terkunyah cili" mengeluarkan kenyataan, "Bagi sesiapa yang menunaikan haji kali kedua, hendaklah menunggu selama sembilan tahun". Hahaha... baru betul...

Hakikatnya Haji ni, bukan terletak pada titlenya. Bukan juga terletak pada perjalanannya, bukan hanya pada tawafnya, sa’inya, wukufnya, atau pelemparan batu di tiga jamrah serta wukuf di Arafah dan menginap di Mina. Namun nilai ibadah haji itu sesungguhnya terletak kepada niat kita, kepasrahan memberikan commitment yang bersifat spiritual demi penyucian dosa2 lalu, peka dengan pesan2 yang tersirat dibalik perintah ibadah haji dan ketahuilah kerana semua yang kita miliki, termasuk diri ini, hakikatnya adalah milikNya. Dan untuk maintain title haji/hajah itu bukanlah sesuatu yang mudah...
Menjelang hari raya qurban atau eidul adha (yang sehari selepas wukuf di Arafah), ada je yang serba tak kena dengan masyarakat kita ni. Sering tertanya-tanya berapa ekor lembu tumbang di Mesjid ni atau di kariah tu serta tak berpuas hati dengan pembahagian daging2 qurban yang tak sama rata. Biasalah, manusia sentiasa sibuk mempertikaikan kepincangan sesama manusia, menuding jari mencari kesalahan orang. Demi menghayati ibadah qurban ni, apakata sesama kita cari penyelesaian atasi masalah ini bersama. Itu yang dikatakan "muafakat membawa berkat".

Imam Abu Daud dan at-Tirmidzi telah merekodkan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada ‘Abdullah ibn ‘Amru R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

(الراحمون يرحمهم الرحمنُ تبارك وتعالى، ارحموا من في الأرض يرحمكم من في السماء)

(Orang yang bersifat penyayang akan disayangi oleh Allah yang Maha Penyayang. Oleh itu rahmatilah [makhluk] yang berada di muka bumi nescaya kamu akan dirahmati oleh [Allah] yang berada di langit).
Terkadang aku mengingatkan diri ini, yang sering alpa dan pentingkan duniawi, bahawa di sebalik perintah untuk berqurban itu, sesungguhnya tersirat pesan yang lebih bersifat reflektif, yakni perintah untuk selalu membangkitkan kesedaran diri bahawa segala sesuatu yang kita miliki (kekayaan & harta) hakikatnya hanyalah dengan izin Allah untuk dikongsi ke jalan yang diredhai...

Virtual Friends - Copyright © 2001-2021 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved