Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 asilah • 3 years ago • 6,365 viewed


Assalamualaikum... ...

Pada mulanya sy x berminat utk buka topik ni... oleh kerana sy terbaca atikel Dato' Dr Hj Mohd Fadzhilah Kamsah... so apasalahnya kita kongsi bersama perkara yg baik ini kpd yg blum mgetahuinya .


Allah menjadikan manusia lelaki dan wanita semata-mata untuk mereka berkongsi hidup di dunia ini, sesama mereka pula saling memerlukan dan lengkap melengkapi di antara satu sama lain, betapa indah dan bahagianya hidup ini, jika manusia mematuhi dan mentaati perintah Allah kerana itulah sebenarnya kunci dan rahsia kehidupan bahagia yang hakiki dan mampu menolak kepalsuan.

Berkaitan dengan hukum menutup aurat wanita secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Quran sebagai satu perintah dan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukminah mengikut keadaan dan situasinya yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai pakaian yang menutup seluruh badan kecuali muka, tapak tangan dan tapak kaki tanpa banyak alasan yang tidak ikhlas dan jika perlu termasuk juga mukanya.

Lelaki dan wanita diperintahkan Allah supaya menutup aurat mengikut kadar yang telah ditetapkan, oleh itu lelaki dan wanita seharusnya sama -sama mematuhinya, di dalamtopik ini tidak dibincangkan dengan panjang lebar mengenai aurat lelaki kerana aurat lelaki senang difahami dan juga senang untuk dilaksanakan perintah menutupnya. Allah jadikan fizikal lelaki sifatnya tidak menggoda seperti fizikal atau susuk badan wanita.

Sesetengah kaum wanita mungkin tidak menyedari bahawa diri mereka bersifat menggoda terhadap lelaki, Fizikal mereka yang dijadikan oleh Allah kelihatan cantik, menarik dan menawan serta merangsang nafsu syahwat lelaki. Walaupun wanita tidak pun menggoda lelaki tetapi keadaan dirinya yang istimew itu menyebabkan lelaki tergoda . Manakala lelaki pula mempunyai berbagai peringkat dan kedudukan biologinya, ada yang kuat nafsu syahwatnya dan ada yang sederhana. Keadaan inilah mewajarkan wanita menutup aurat mereka seperti yang diperintahkan.

Allah yang menjadikan manusia samada lelaki atau wanita. Maka Allah Maha Mengetahui situasi dan hakikatnya yang sebenar. Allah mengetahui bahawa nafsu syahwat lelaki tidak mampu mengekalkan keikhlasan dan kejujuran terhadap wanita yang sangat cantik pada pandangan mereka atau sukar hendak diharapkan.

Perintah menutup aurat ini dapat menundukkan nafsu lelaki yang sentiasa cergas dan aktif. Perintah ini juga dapat menyelamatkan wanita daripada dicerobohi dan lain-lain keburukan yang berkaitan dengannya. ( Jika ianya dipatuhi dan ditaati ).

Apapun alasan dan hujah diberikan. Persoalan yang paling utama dalam hal ini adalah patuh dan taat perintah Allah kerana perintah Allah itu mengatasi perintah manusia.

Nafsu syahwat lelaki dan wanita kadar dan keupayaannya adalah berbeza. Nafsu syahwat lelaki aktif hampir sepanjang hayat tubuh badan mereka, manakala wanita akan menurun apabila terhenti pusingan haidnya. Pusingan haid terhenti dalam lingkungan usia 50an.Ini bermakna terdapat ramai kaum lelaki tua dan muda yang tercabar dengan perlakuan mendedahkan aurat ini dan disamping itu terdapat pula mereka yang sengaja memperagakannya atas alasan yang tersendiri.

Perintah menutup aurat ini ditujukan kepada kaum muslimin dan muslimat sahaja. Manakala yang bukan Islam mereka diperintahkan Allah supaya mengenal Allah atau makrifatullah terlebih dahulu, kemudian barulah diikuti dengan perintah-perintah yang lain. Namun begitu kita berharap mereka yang bukan Islam juga hendaklah memakai pakaian yang bersopan ketika berada di tempat awam.

Binatang yang jantan dan betina juga mengalami situasi yang sama seperti manusia pada amnya, iaitu binatang yang jantan mempunyai kekuatan syahwatnya melebihi binatang yang betina, kalau kita lihat kajian yang dibuat terhadap kambing Boer, kajian tersebut menyatakan seekor kambing Boer mampu melayani antara 50-80 ekor kambing betina.

Mesej yang hendak disampaikan di sini ialah nafsu syahwat lelaki melebihi keupayaan nafsu syahwat wanita dan aktif sampai ke penghujung hayatnya dan binatang yang jantan juga terdapat situasi yang sama iaitu melebihi syahwat yang betina. ( Kenyataan ini bukanlah sesuatu yang tepat ). hanya sekadar sesuai untuk direnungkan bersama sahaja dan mengenali lelaki dan wanita , juga mengenali jantan dan betina.

Kaum wanita sangat mustahak mengetahui perkara ini supaya mereka merasai tanggungjawab menutup aurat itu sebagai suatu kewajipan dan perintah Allah yang sangat rasional dan wajar untuk mereka tunai dan laksanakan.
Allah telah mengulangi peringatan-Nya beberapa kali tentang kewajipan menutup aurat ini di dalam Al.Quran.

Di bawah ini diperturunkan petikan khas maksud ayat-ayat Al.Quran berkaitan perintah-perintah tersebut, sama-samalah kita renungi dan menghayatinya, Insya Allah akan memberi keberkatan kepada kita, disamping dapat menjauhkan kemurkaan Allah.
____________________

"Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya,
dan memelihara kemaluannya, dan janganlah
mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.
Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung
ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya,
kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,
atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka,
atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara
laki-laki mereka, atau putera-putera saudara
laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan
mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak
yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki
yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)
atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah
kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman
supaya kamu beruntung".
Surah An.Nuur (31)
_____________________
"Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah
menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu
dan pakaian indah untuk perhiasan.
Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.
Yang demikian itu adalah sebahagian dari
tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan
mereka selalu ingat".
Surah Al.A'araaf (26)
____________________

"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri
orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan
jilbabnya ke seluruh tubuh mereka".
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
untuk dikenal, karana itu mereka tidak diganggu.
Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
Surah Al.Ahzab (59)
_______________________

Dan perempuan-perempuan tua yang
telah terhenti (dari haid dan mengandung)
yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah
atas mereka dosa menanggalkan pakaian
mereka dengan tidak (bermaksud)
menampakkan perhiasan, dan berlaku
sopan adalah lebih baik bagi mereka.
Dan Allah Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui.

Surah An.Nuur (60)

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved