Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 ridam • 10 years ago • 1,481 viewed


Antara ciri-ciri sebuah jemaah yang baik ialah; ada pemimpin yang mampu memimpin yang ibadahnya boleh ditiru, akhlaknya boleh diikut, ilmunya boleh dimanfaatkan dan berani. Jemaah itu ada program yang berterusan, pengikut-pengikutnya taat kepada Allah, taat kepada Rasul dan taat kepada pemimpin. Ahli-ahlinya berkorban dan ada khidmat masyarakat.

Antara kejayaan seseorang guru atau pemimpin atau ayah ialah dapat mendidik orang-orang di bawahnya hingga dapat rasa hormat dan takut kepadanya, bukan hormat sahaja dan bukan takut sahaja.

Antara kelemahan jemaah Islam pada akhir zaman ialah kurang mengambil berat tentang sembahyang dan ahlak.Antara kelemahan pemimpin Islam pada waktu ini, tidak ada sifat warak dan pemurah.

Antara kelemahan seseorang pemimpin itu ialah, pengikutnya takut kepadanya kerana hukumannya, bukan kerana hormat kepadanya.

Antara kelemahan sesetengah lelaki ialah takut dengan isteri, sekalipun ia ketua negara.

Antara kelemahan yang berlaku di kalangan umat Islam akhir zaman ialah lemah iman, kurang perhubungan, tidak ada kasih sayang, tidak sefahaman dan tidak bertolong-tolongan.

Antara orang yang hasad dan orang yang kena hasad, yang susah ialah orang yang hasad; lebih-lebih lagi apabila yang dihasad mendapat kejayaan.

Antara perkara-perkara yang melalaikan, tetapi tidak disedari ialah, majlis kertas kerja yang tidak menghasilkan kerja, yakni cakap banyak tapi tidak dikota.

Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sebagai sindiran padanya, sebab itu tidak diterimanya.

Antara sikap ulama yang makan gaji pada akhir zaman ialah kurang bergaul dengan masyarakat umum, kalaupun ada di majlis rasmi cepat memberi fatwa apabila orang bawahan membuat kesalahan, tapi memejamkan mata apabila ia melibatkan orang atasan.

Antara tanda-tanda hati telah rosak ialah, selalu menderita dengan dunia, seperti bersedih kerana miskin, susah hati apabila oran kata, menderita tidak dapat pangkat, dukacita suami tidak melayan kehendak-kehendak hati. Tetapi dengan dosa dan dengan akhirat tidak menderita.

Antara watak wanita itu ialah menangis, simpati, merajuk, mudah lupa kebaikan orang, menunjuk-nunjuk, sabar, pemurah, mudah hilang pertimbangan, pemalu, penakut dan suka kepada pakaian lebih daripada suka kepada makan dan minum.

Antara watak-watak salafussoleh ialah, ulamanya menunjuk ajar, orang kayanya pemurah,orang miskinnya sabar, pemuda-pemudinya menjaga maruah, banyak beribadah, suka dengan ilmu pengetahuan, berkasih sayang antara satu dengan yang lain, bertolong bantu dalam kebajikan, suka mengembangkan Islam, menghormati tetamu dan mencintai akhirat.

Apa saja yang kita lihat di dunia ini boleh mengajar kita, dengan syarat kita melihat sambil berfikir dan hati berhubung dengan Allah.Apabila cinta nafsu memuncak, tidak ada kata bahasa lagi yang hendak diucapkan. Apabila cinta hati memuncak, lidahnya akan bercakap meracau-racau. Kedua-dua cinta ini boleh menghilangkan pertimbangan akal.

Apabila hidayah dan taufiq diperolehi oleh seseorang, akan tepatlah semua tindakannya.Apabila hidayah sahaja tidak bertemu dengan taufiq, selalu saja salah dalam bertindak. Hidayah mudah didapati, taufiq susah dicari. Hidayah seperti ilmu, taufiq ialah beramal dapat di tathbiq dengan ilmu.

Apabila ilmu akhirat sudah dijadikan alat untuk mendapatkan dunia, maka akan rosaklah dunia dan manusia, ulamak hilang kehebatannya dan tidak dihormati orang lagi.

Apabila ilmu dan amal ibadah tidak membuahkan akhlak yang mulia, ertinya ilmu dan amal itu tidak ada nilainya di sisi Allah dan manusia.

Apabila ilmu di akal pandai berhujah dan berlojik tentang Tuhan. Apabila ada ilmu di lidah pandai bercakap tentang Tuhan. Apabila ilmu di hati dia takut dengan Tuhan.Apabila jawatan kadhi menjadi rebutan, jawatan mufti menjadi idaman, jawatan imam jadi sumber cari makan, maknanya hati ahli agama sudah tidak takut dengan Allah lagi.

Apabila kasih sayang itu lahir daripada iman, ia akan kekal. Apabila kasih sayang itu kerana keduniaan, ia tidak akan kekal, boleh jadi ia disudahi dengan permusuhan.

Apabila manusia telah rosak, hiduplah mereka dalam ketakutan. Si kaya takut dirompak. Orang yang berilmu takut dijauhi orang. Yang berpangkat dan berjaya takut didengki orang yang berkuasa takut dijatuhkan orang. Si miskin takut dihina orang.

Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Apabila sesebuah jemaah Islamiah kurang mengambil berat tentang sembahyang, sama ada lahirnya mahupun batinnya, waktunya mahupun displin sembahyang jemaahnya, maka jika ia memerintah negara, jangan harap ia akan dapat menegakkan keadilan.

Apabila seseorang memberi tanpa kamu memintanya, ambillah. Itu bererti rezeki pemberian Allah yang disalurkan kepada kamu melalui orang itu.

Apabila sesuatu bangsa itu Allah anugerahkan kemajuan dan pembangunan yang pesat secara istidraj bukan atas rahmat-Nya. Pasti akan berlaku kerosakan di sudut-sudut lain terutama di sudut akhlak, hingga kemajuan dan tamadun fizikal itu sudah tidak ada nilai.

Apabila terasa diawasi Tuhan, rasa berdosa setiap masa, jiwa derita dengan dosa,rasa syukur dengan nikmatNya, rasa kurang beramal,rasa hina diri dengan Tuhan, itulah tanda sudah memiliki sifat kehambaan.

Apakah yang menyebabkan engkau tidak kisahkan agamamu sedangkan engkau sendiri sering melihat daun yang hijau itu pun boleh tertanggal dari tangkainya?

Asam garam, pahit maung di dalam hidup itu, itulah dia pengetahuan tanpa berguru tanpa universiti tanpa degree.

Apabila Allah membantu usaha-usaha hamba-Nya yang mukmin dengan keredhaan-Nya, sama ada di sudut ekonomi, pembangunan, ketenteraan dan lain-lain kerana ketaqwaan hamba-hamba-Nya, terutama pemimpin, di samping mendapat kejayaan dan pahala, ia berlaku sekali dengan sifat-sifat terpuji seperti merendah diri di dalam kejayaan, timbul perpaduan, keharmonian, pemurah, bertimbang rasa, bertolak ansur, jujur, taat, setia, sabar, redha, adil, terlalu sedikit maksiat, masyarakat bersih daripada gejala-gejala tidak sihat. Tapi apabila usaha-usaha kita berjaya dengan kemurkaan (dengan istidraj) justeru di dalam kita membangun masa yang sama kita derhaka kepada-Nya akan berlaku side effect dari kemajuan itu iaitu lahir orang-orang yang jahat, timbul kerosakan akhlak, terjadi perpecahan, perbalahan, perpaduan punah, disiplin hidup tiada, berfoya-foya, pergaulan bebas, menjadi-jadi zina, dadah, masyarakat huru-hara, hidup di dalam kebimbangan dan ketakutan.

Kemajuan yang pesat hanya boleh dimegah-megah dan dibangga-bangga sahaja, namun hidup terseksa. Di sinilah perlunya keredhaan dan berkat dari Allah di dalam semua usaha kita

ASZ
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2021 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved