Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 10 years ago • 1,511 viewed


Seorang pemanjat pokok kelapa berada dalam keadaan sangat bahaya. Ketika dia berada di puncak pokok kelapa, ribut kencang melanda beserta angin kencang sehingga kakinya tergelincir,tetapi dia sempat berpaut pada pelepah kelapa yang terjuntai.

Keadaannya seperti telur di hujung tanduk. Dalam keadaan yang genting itu di berseru, " Ya Allah, selamatkanlah aku daripada jatuh. Jika selamat, aku akan sedekahkan seeekor lembu untuk orang miskin."

Sejurus kemudian, tangannya dapat berpaut kembali pada batang pokok. Namun ribut masih bertiup kencang. Keadaannya walaupun agak lebih baik daripada sebelumnya, tetapi dia masih lagi belum selamat. Berpaut sekuat-kuatnya pada batang pokok, die berseru lagi, "Ya Allah, sekiranya Engkau selamatkan aku daripada jatuh, aku akan sedekahkan seekor kambing untuk orang miskin."

Setelah bersusah payah, dia berjaya turun hingga ke bahagian tengah pokok kelapa. Harapanya untuk selamat kian cerah, walaupuun angin ribut masih bertiup kencang. Kali ini dia berseru, "Ya Allah, kalau Kau selamatkan aku, aku akan sedekahkan tiga ekor ayam."

Akhirnya dia sampai di kedudukan yang lebih rendah, dan doanya berubah lagi,"Ya Allah, sekiranya aku selamat aku akan sedekahkan seekor ayam."
Ribut telah berhenti dan dia telah berada di kedudukan yang selamat. Dia pun melepaskan tangannya daripada batang pokok lalu berpura-pura jatuh. "Ya Allah, rupa-rupanya aku jatuh juga. Maka tidak jadilah aku sedekahkan apa-apapun!"

PENGAJARAN
Dalam keadaan susah manusia sering ingatkan Allah tetapi apabila senang manusia mudah ,melupankan-Nya. Ironi nya, apakah kita tidak malu mengharap bantuan Allah ketika susah sedangkan sewaktu kita senang kita melupakan-Nya.

Dipetik daripada majalah SOLUSI Bil 26 m/s 108

Virtual Friends - Copyright © 2001-2021 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved