Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 10 years ago • 1,389 viewed


Persahabatan, kasih sayang, memang begitu. Ada yang kekal dan ada yang sementara mengikut keadaan, masa, situasi dan keperluan. Dalam diri aku, aku tetap mengingati dan menyayangi insan-insan yang pernah hadir rapat dalam kehidupan aku.

Dalam tingkatan tiga aku berkawan rapat dengan kawan-kawan yang lain. Aku kembali bersahabat baik dengan beberapa kawan sekelasku. Banyak suka duka aku lalui bersama mereka. Aku masih teringat, aku dan mereka tinggal dalam bilik sakit asrama. Di situ adalah tempat aku dan mereka lepak dan belajar. Bilik itu bagaikan sudah menjadi bilik peribadi aku dan mereka. Sehinggalah aku dan mereka di beri amaran agar mengosongkan bilik tersebut. Bilik tersebut adalah bilik sakit dan bukan bilik khas untuk aku dan mereka. Dalam bilik itu juga aku membela kura-kura. Namanya ‘turtle’. Itu adalah kura-kura kesayangan aku. Setiap hari mesti aku akan bermain dengan kura-kura walau sesibuk mana pun aku.

Kawan-kawanlah yang banyak mencorak hidup aku untuk menjadi lebih gembira. Aku selalu keluar asrama tanpa kebenaran warden asrama. Kenakalan zaman persekolahan dulu tetap aku rindui. Banyak perkara aku lakukan bersama mereka.

Dari segi pelajaran, kehidupan dan segala apa yang aku lalui, suka dan duka. Aku mula terasa terisi dengan kehadiran mereka. Aku belajar untuk lebih menghargai.

Aku masih ingat, aku dan kawan-kawan baik aku selalu menghabiskan masa di luar. Makan, sembang-sembang, lepak-lepak. Kami ketawa dan bergurau bersama. Ada ketikanya aku akan berkongsi suka duka bersama kawan-kawan aku. Itulah dunia aku, bersama kawan-kawan.

Peperiksaan PMR sudah dekat, aku masih leka bermain bersama kawan-kawan. Pelajaran, aku hanya acuh tak acuh belajar. Pergi sekolah aku selalu tidur. Peperiksaan makin hampir. Aku barulah belajar bersama kawan-kawan. Malam pun aku belajar juga dalam gelap kerana lampu asrama telah dipadamkan tepat pukul 11.00 malam. Kerana bimbangkan peperiksaan, harapan ibu bapa dan keluarga, aku gagahi juga belajar dengan tekun. Sampai pagi aku belajar. Harapan agar aku mampu mendapat keputusan yang baik.

Satu hari, aku belajar bersama teman sebelah aku. Teman sebelah aku memasang lilin di dalam bekas plastik. Aku sangat mengantuk lalu tertidur. Tanpa aku sedari lilin terjatuh dan telah menyebabkan kebakaran yang hanya di sebelah katil aku. Api makin marak, aku masih tidur dengan lena. Sampailah aku di kejutkan oleh teman sebilik aku... ... PENAT RASE TANGAN NAK MENAIP LG NIH... .HU3... ... AKAN KU SAMBUNG CERITAKU INI...

Virtual Friends - Copyright © 2001-2021 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved