Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 10 years ago • 2,113 viewed


REUNION... . Itulah perkara pertama yang menyapa pandangan mataku ketika aku membuka profile akaun Facebookku malam itu. Terhenti pergerakkan tanganku pada tetikus. Sesak terasa nafas. Mataku kaku pada skrin laptop. Tidak berkelip. Menderu nafas ini apabila kenangan lama itu kembali menerjah fikiran. Kenangan yang tidak mungkin akan dapat dilupakan seumur hidup ini. Kenangan sama yang mengekori setiap langkahku. Walaupun aku sudah mampu mengikisnya sedikit demi sedikit, tetapi kenapa kini ia kembali mengocak ketenangan hidupku ini.

‘Bagaimana mereka tahu akaunku ni? Aku dah lama tak contact mereka sejak peristiwa itu? Macam mana mereka boleh cari aku?’ Soalan demi soalan menerjah fikiran ini. Berkerut-kerut dahiku memikirkan apa yang sebenarnya terjadi kini. Perlahan-lahan tanganku memicit pelipis kepala. Cuba meredakan ketegangan yang melanda. Kenangan itu muncul lagi.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Hei Gia, kau ni memang perempuan tak sedar diri! Cermin la muka tu sikit. Muka tak seberapa nak ade hati nak goda pakwe orang,” kata-kata itu menerjah telingaku serentak dengan curahan air sirap di atas kepalaku. Terkejut. Terhenti suapan yang hampir masuk ke dalam mulut. Ain dan Suhana yang makan semeja denganku terlopong. Ain yang tadinya rancak bercerita terus terdiam. Semua mata memandang ke arah si pelaku.

Aku bingkas bangun dengan rasa sakit hati dan malu yang amat. Mana tak malu bila diserang sebegitu sekali di kafeteria yang sudah tentu penuh dengan umat manusia sementelah sekarang adalah waktu makan tengahari. Suasana yang tadinya hinggar-binggar dengan suara orang berbual kini ibarat sebuah padang yang baharu diserang garuda. Senyap sunyi. Rasanya semua yang sedang menjamu makan tengah hari di kafeteria itu sedang memandang ke arah meja itu dengan penuh minat. Makanan di atas meja sudah tidak lagi menarik perhatian.

Mencerlung mataku memandang ke arah Akmal. Riak wajahnya angkuh, tanpa sedikit pun rasa bersalah. Zaila yang berada di sisi Akmal sedang cuba menyabarkannya. Ain dan Suhana turut bangun. Terpinga-pinga mereka, tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

“Kenapa dengan kau ni, Akmal. Dah hilang akal ke ape?” Soalku lantang pada Akmal. Rasa sakit hati dengan malu mendesakku untuk mengabaikan semua kesopanan yang selama ini cukup terjaga. Rasa melekit air sirap tidak dipedulikan. Apa yang penting sekarang adalah penjelasan daripada Akmal. Ain dan Suhana berpandangan beralih pada Zaila mengharapkan penjelasan. Namun Zaila mengunci mulut. Dia kecut dengan kemarahan Akmal.

Akmal mencebik bibir. “Eh, aku ke kau yang hilang akal! Kau tak payah nak berlakon la. Takde sape nak percayakan kau. Selama ini aku anggap kaulah kawan sejati aku tapi kau? Sanggup kau tikam kawan kau sendiri,” luah Akmal lagi. Dadanya turun naik menahan marah. Ain, Suhana dan Zaila bertindak menenangkan Akmal yang jelas beremosi itu.

“Akmal... Gia, sudah-sudahlah tu. Walauapapun masalahnya, kita bincang elok-elok,” Ain memujuk Akmal. Pandangannya beralih antara ku dan Akmal yang merah menyinga itu.

“Betul cakap Ain tu, Akmal.. Gia. Kita ni kan kawan. Tak eloklah buat macam ni. Lagipun semua orang duk pandang ni. Malu!” Suhana mendekati Akmal, mengusap lembut bahu sahabatnya yang tengah berapi itu. Zaila di sisi Akmal mengangguk-angguk. Manakala Ain bertindak menyabarkanku. Namun rasa sakit hati membuatkan aku melupakan semua yang jadi peganganku selama ini.

“Ape sebenarnya yang kau tak puas hati dengan aku ni, Akmal. Sampai kau ungkit macam ni sekali?” Soalku lagi. Siapa boleh sabar kalau dituduh sampai macam tu sekali. Semakin menyinga Akmal mendengar soalan itu. Dia semakin mendekat. Jarinya menunding tepat ke dadaku.

“Kau ni memang dasar tak sedar diuntung. Kalau bukan mama dan papa aku tolong support kau belajar kat sini, jangan haraplah kau tu boleh sambung belajar sekali dengan aku tau. Dah tu ade hati lagi nak rampas pakwe orang!” teriak Akmal geram.

PANG!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ucapan salam dan usapan lembut di bahu mengejutkanku. Jauhnya aku mengelamun. Beristighfar beberapa kali. Setelah kembali tenang, aku mendongak pandang. Tersenyum.

“Sayang buat ape ni. Abang ketuk pintu banyak kali tapi senyap aje?” Zikri, suamiku memandang tepat wajahku. Ada riak resah di situ. Zikri menunduk mengucup ubun-ubunku.

“Abang, Gia tak perasaan. Sorry. Ni duk ralit tengok Facebook ni,” ujarku tersenyum lagi, memuncungkan bibir ke arah skrin laptop. Cuba menyembunyikan kegalauan hati ketika ini. Tangan yang masih mengusap lembut bahu kutarik dan Zikri kududukkan di kerusi sebelahku. Zikri merapatkan kerusi dan tubuhnya ke arahku. Dia seakan-akan tahu aku perlukan kehadirannya ketika ini.Tangan Zikri melingkar pula ke pinggangku. Kehangatan tubuhnya kuharap mampu meredakan keresahanku ketika ini. Aku pantas melentokkan kepalaku ke bahu Zikri.

“Ade posting menarik ke, sampai abang kat sebelah pun tak sedar?” Zikri mencapai tetikus di tanganku. Mencari dan membaca mana-mana posting.

“Anda dijemput menghadiri reunion pelajar kursus Kewangan dan Perbankan Islam batch 2003/2004 bertempat di Pulau Pangkor pada 18 haribulan hingga 20 haribulan Jun 2010. Sebarang kehadiran dan ketidakhadiran sila maklumkan kepada urusetia reunion,” tangan Zikri mengerakkan tetikus ke bawah. Maklumat tambahan lain dibacanya lagi. Mataku menuruti pergerakkan tangannya.

“Sayang nak pergi ke?” Soal Zikri memandang tepat ke arahku. Aku hanya mengangkat bahu. Zikri tersenyum dengan gelagatku itu. Hidungku ditariknya perlahan. Menyeringaiku dibuatnya. Lantas bahu suaminya kutepuk perlahan.

“Abang ni, sakit tau,” ujarku manja sambil menggosok-gosok hidung. Lengan Zikri pula menjadi sasaran cubitanku. Giliran Zikri pula yang menyeringai sakit. Pedih.

“Aduii... tak sangka isteri abang ni ade bakat jadi mak ketam jugak,” Zikri menggosok perlahan bekas cubitan itu tapi masih mampu tersenyum. Pipiku diciumnya geram.

“Kalau sayang nak pergi, abang takde hal. Boleh jugak bercuti kan,” Zikri mengiringkan tubuhku supaya berhadapan dengannya. Mengharapkan posisi yang lebih baik untuk berbicara. Zikri masih tersenyum memandangku. Lesung pipitnya yang dalam terserlah. Memaniskan lagi wajahnya.

Aku mengerutkan dahi. Pening yang dirasakan tadi kembali menyerang. Tanganku pantas log out dan shut down laptop. Zikri tercengang dengan tingkahku. Tapi dia hanya mendiamkan diri.

“Jom tidur,” aku pantas menarik tangan Zikri keluar dari bilik bacaan yang kuhuni sejak satu jam yang lalu menuju ke bilik tidur kami. Masuk sahaja ke dalam bilik, aku lantas merebahkan tubuh ke katil. Dengan mata terpejam, tanganku ligat memicit kepala yang pening sejak dari tadi.

“Kenapa ni? Ape yang sayang fikirkan sampai pening macam ni sekali?” Zikri mengangkat tanganku dan mula memicit. Mataku yang pejam dikucupnya lembut. Mata itu terbuka.

“Mana ade fikir bukan-bukan. Alahan aje ni,” Zikri tersenyum dengan alasanku. Tangannya beralih ke perutku. Perubahan bentuk sudah agak jelas kelihatan, ditambah dengan baju tidur nipis yang menyaluti tubuhku ketika itu. Mengusap perlahan zuriatnya. Anak kami.

“Ye ke ni? Kebelakangan ni abang dah jarang tengok sayang pening dan muntah-muntah, kenapa malam ni datang balik?” tanya Zikri tidak percaya. Dia juga turut berbaring. Tangannya masih lagi bermain-main di atas perutku walaupun kadang-kadang meliar ke tempat lain. Aku tersenyum dengan soalan itu. Jemari suamiku yang meliar dicapai dan dikucup lembut. Kami saling berpandangan dan tersenyum. Aku merapatkan tubuhku kepada Zikri. Hangat tubuh suamiku itu cukup mendamaikan. Degupan jantungnya pula menenangkan.

“Kadang-kadang aje, bang. Bukan boleh dijangka alahan ni. Lagipun anak abang ni baik, tak menyusahkan ibunya dengan alahan yang teruk-teruk,” ujar aku lagi, tersenyum sambil memandang ke arah Zikri. Hidungku dicuit lembut.

“Ye.. betul! Takde sebab lain,” rambut hitam berkilatku dibelainya lembut. Sayangnya melimpah pada si isteri. Isterinya dilihat masih mengangguk-angguk. ‘Hmm, takpelah kalau sayang tak nak share dengan abang malam ni. Abang akan dengar bila-bila masa sayang nak cerita,’ hati Zikri berbisik perlahan.

Lega tak terkata hatiku apabila Zikri sudah tidak membangkitkan lagi isu peningku tadi. Malam itu bukannya aku tidak mahu berkongsi cerita dengan suamiku tetapi biarlah dulu. Aku nak selidik dahulu macam mana posting reunion itu boleh sampai kepadaku. Lama kami melayani fikiran sehinggalah aku mula menguap kecil. Zikri pantas menutup mulut isterinya.

“Penat ke? Dah ngantuk ye?” Soal Zikri tersenyum. Aku hanya mengangguk, tersengih.

“Okey, jom tidur,” ujar Zikri lagi tetapi gelengganku membuatkan keningnya terangkat. Jari-jemari Zikri kucapai dan dikucup satu persatu, sebelum melarikan tangan ke dadanya yang terdedah. Sengaja ingin menggoda. Zikri pantas menangkap jemari isterinya. Matanya memandangku, tepat.

“Sayang jangan goda abang macam ni. Nanti kita berdua tak dapat tidur malam ni,” jelas Zikri dengan tindakan isterinya ketika itu. Aku buat-buat tidak faham sebaliknya, tanganku beralih melingkari pinggangnya pula. Entah kenapa malam itu aku ingin menduganya. Selalunya Zikri tidak akan mendesak jika aku penat. Namun,

“Sayang... .” Suara Zikri sudah tenggelam dalam keasyikan.

Mahu sahaja aku menghamburkan ketawa melihat reaksinya tetapi tindakan Zikri selepas itu membuatkan aku tergaman. Akhirnya, jemari zikri pantas mencapai suis lampu, menutupnya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ain, Suhana, Zaila, Akmal dan aku. Lima sekawan yang bertemu pada hari pendaftaran dan menjadi rapat seiring dengan waktu yang berlalu. Persahabatan mereka sememangnya diketahui oleh semua teman sekuliah mahupun teman sekolej. Malahan lecturer tahu mengenai keakraban kami seumpama belangkas itu.

Ain dan Suhana berasal dari negeri yang sama, Selangor manakala Zaila dari negeri Perak. Kami semua bertemu ketika aku dan Akmal sedang mencari tempat duduk kosong dalam dewan yang dipenuhi dengan selautan manusia ketika hari pendaftaran pelajar. Sejarah aku dan Akmal pula kerana mereka berdua teman sekampung dari negeri Pahang. Dia berada di situ atas ehsan dan bantuan keluarga Akmal.

Akmal bersungut kerana aku lambat masuk ke dalam dewan itu sehinggakan kami sukar mencari tempat duduk. Tidak henti-henti dia bersungut. Aku hanya mendiamkan diri sambil mata meliar mencari mana-mana kerusi yang masih kosong.

“Kaulah punya pasal ni. Lambat sangat berjalan. Tengok, kerusi semua dah penuh! Mana nak duduk ni?” Sungut Akmal memandangku, tepat. Aku hanya buat selamba. Aku sudah masak dengan perangai Akmal itu. Mataku masih meliar sehinggalah ternampak kerusi yang belum terisi. Pantas sahaja tangan Akmal kutarik. Tidak dihiraukan pandangan tajam Akmal.

“Maaf, tumpang tanya. Kerusi ni ade orang ke?” Tanyaku sopan pada pelajar perempuan yang sedang asyik berborak dengan teman di sebelahnya. Mereka berdua memandang ke arah kami. Aku dan Akmal memaniskan muka.

“Eh, duduklah. Kerusi tu kosong lagi,” ujarnya tersenyum. Aku dan Akmal pantas duduk, mengucapkan terima kasih. Sesi perkenalan bermula antara kami berempat. Ain Maisarah dan Suhana, kedua-duanya berasal dari negeri yang sama, walaupun berbeza tempat. Mereka bertemu di dalam dewan ini. Sememangnya dewan ini boleh menemukan sesiapa sahaja.

“Nama saya, Ain Maisarah dan ini Suhana. Kami dari Selangor,” ujar Ain yang manis bertahi lalat di pipi. Bersalaman dengan kami dan memperkenalkan temannya di sisi.

“Saya Harlina, boleh panggil Gia dan ni kawan saya, Akmal Farhana,” Aku memperkenalkan diriku dan Akmal yang sedang ralit memandang ke arah barisan pelajar lelaki. Aku menyikunya perlahan. Kurang sopan pula bila tangan yang dihulurkan tidak bersambut. Akmal memandangku hairan sebelum melihat pada tangan Ain dan Suhana yang masih belum bersambut. Dia menyambut dan terus memperkenalkan dirinya.

Sesi perkenalan antara kami terganggu dengan ucapan salam dari pengerusi majlis. Tanda majlis sudah bermula. Selesai majlis pengenalan itu, sementara menunggu pembahagian kolej, kami dibawa ke dewan kecil untuk jamuan ringan. Gamat semula suasana. Kami berempat beriringan ke arah kerusi yang disediakan dengan air kotak dan roti di tangan. Baru hendak menyuap roti, kami ditegur.

“Assalammualaikum, err... boleh saya join sekali?” Suara lunak itu memancing perhatian kami. Semua pandangan terarah kepada pelajar kecil molek itu.

“Waalaikummussalam, duduklah,” ujar kami hampir serentak.

“Saya Zaila, Ummi Zailah,” dia memperkenalkan diri. Kami bersilih ganti memperkenalkan diri masing-masing.

“Kamu semua ni ambik kos ape?” Soal Zaila lagi. Bagaikan tersedar, kami semua berpandangan sesama sendiri. Lupa sebenarnya untuk bertanya kos apa sedangkan dari tadi berborak sakan.

“Saya ambik kos Kewangan dan Perbankan Islam. Akmal pun sama,” beritahuku sambil mengerling ke arah Akmal yang jelas tidak menumpukan perhatiannya pada topik perbualan kami. Entah apa yang dia perhatikan sejak dari tadi. Apa yang aku perasaan sudut pandangan Akmal itu banyak tertumpu pada kumpulan pelajar lelaki yang sedang rancak berbual.

“Eh, saya pun sama!” Ujar Ain, Suhana dan Zaila serentak. Akmal berpaling, mengangkat keningnya. Bertanya apa yang berlaku. Dia kembali memfokuskan pada kumpulan kami.

“Wah, tak sangka kita semuanya satu kos rupanya!” Aku teruja namun dalam masa yang sama cuba memberikan klu kepada Akmal. Harap-harap dia faham.

“Seronoknya kita semua satu kos. Nanti bolehlah kita ambik kelas yang sama kan?” Akmal nyata teruja. Kami terus berbual sehinggalah dipanggil masuk kembali ke dalam dewan. Di hadapan pintu masuk, aku ditegur seseorang.

“Hai... .” aku berpaling, memandang ke arah orang yang menegur. Si dia tersenyum manakala aku hanya memandang kosong. Malas melayan, aku melajukan langkah menuju ke arah tempat dudukku tadi. Apa yang pasti, si dia masih lagi tersenyum sebelum duduk di barisan ketiga hadapan. Aku memandang pula ke arah Akmal. Dia sedang tersenyum-senyum. Berkerut dahiku.

“Err... Akmal!”

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ketukan di pintu mengejutkanku daripada lamunan yang panjang. Berkecai semua. Tidak sampai sesaat kemudian, terjengol kepala Aida, pembantuku. Dia tersenyum sebelum melangkah masuk.

“Maaf, Puan Harlina. Saya tahu dah hampir waktu pulang ni. Tapi kita baru dapat memo dari pihak atas, kata kena audit satu syarikat ni. Arahan terus dari big boss. Nampaknya ade fraud case kali ini,” beritahu Aida sambil menghulurkan fail hitam tebal di tangannya kepadaku. Aku mengangguk sambil membelek fail yang diberikan.

“Baiklah, saya akan teliti dulu fail ni. Tapi kalau dah memang fraud case, nampak gayanya minggu ni kena kerja lebih masa sikit la ye,” ujarku pada Aida. Gurauan tak seberapa itu menyuntik senyuman di bibirnya.

“Puan ni, time gini sempat lagi buat lawak,” kami sama-sama ketawa.

“Baiklah puan, saya akan beritahu staf kita yang lain. Ade ape-ape lagi arahan, puan?” Aida mencatat sedikit di buku notanya sebelum memandang ke arah ketuanya, menunggu arahan.

“Setakat ni takde lagi tapi esok pagi saya akan adakan meeting berkenaan dengan fail ni. Semua make sure ade,” aku memerhatikan Aida yang pantas mencatat.

“Tapikan Puan, selalunya akhir-akhir tahun baru kita dapat kes-kes macam ni. Kenapa kali ni awal pulak ye?” Aku tersenyum dengan soalannya.

“Memanglah tapi rasanya saya tahu sebab ape?” Aku berhenti seketika. Aida ternyata berminat ingin tahu.

“Kalau tak salah saya, syarikat ni akan diambil alih. Selalunya sebelum proses itu berlaku, pemilik dan bakal pemilik akan lakukan audit untuk pastikan aset tetap dan aset cair serta liabiliti syarikat dapat dikenalpasti bagi mengelakkan sebarang masalah dikemudian hari,” terangku ringkas. Aida mengangguk-gangguk faham.

“Okeylah Puan, saya minta diri dulu,” Aku hanya mengangguk. Serentak itu, lagu Jelita berkumandang. Aku pantas mengagau telefon bimbitku yang berada di dalam beg. Perkataan ‘Hubby’ di skrin mengundang senyuman. Pantas butang hijau ditekan.

“Assalamualaikum, sayang. Dah ready ke? Abang dah ade kat bawah ni,” suara garau Zikri menerjah telinga.

“Waalaikummussalam, abang. Dah siap dah. Tapi abang boleh naik atas sekejap tak. Ayang nak mintak tolong sikit ni,” renggekku manja, mengharapkan pertolongan.

“Okey, abang naik,” ujar Zikri sebelum memutuskan talian. Tidak sampai lima minit, kepalanya sudah terjengol di muka pintu. Bukan tinggi pun pejabatku ini, hanya di tingkat dua.

“Hai... Ni nak abang tolong ape?” Tanya Zikri pantas. Aku kemudian bangun menghampiri sebelum mencapai tangan Zikri dan mengucupnya lembut. Zikri menghadiahkan kucupan sayang di dahiku.

“Ni, ayang nak mintak tolong abang bawak fail ni balik. Baru dapat tadi. Tak sempat nak baca pun lagi. Esok nak kena meeting dah,” ujarku menunjuk pada fail hitam tebal di atas meja.

“Boleh tahan,” Zikri mengangkat fail itu sementara aku mencapai beg di atas meja. Aku hanya senyuman.

“Abang kan tak bagi ayang angkat benda berat-berat,” Aku menghampiri Zikri di muka pintu sebelum memeluk lengannya. Zikri memicit hidung isterinya. Kami berjalan melintasi kakitangan yang masing-masing turut sudah bersedia untuk pulang. Kami bersapaan seketika. Kebanyakan mereka sudah mengenali Zikri yang sememangnya rajin dan semakin bertambah rajin berkunjung ke pejabat ini sejak aku mengandung.

Kami berjalan menuruni tangga perlahan-lahan. Berhati-hati Zikri memimpin tanganku. Itupun sebab malas nak menunggu lif yang penuh dengan manusia tu. Lagipun, pejabat yang berada di tingkat dua itu, tidaklah tinggi mana.

“Hari ni baby terasa nak makan ape-ape tak?” Sempat lagi Zikri mengusap perutku sebelum memulakan pemanduan. Aku ketawa. Ada-ada sahaja suamiku ni.

“Hari ni baby terasa nak makan nasi ayam la, papa,” aku mengecilkan suara. Meletus ketawa kami.

“Kebetulan, kawan abang ade bagitau tentang satu restoran yang baru bukak ni. And their special dish is nasi ayam. Kita cuba ye. Mana tau kena dengan selera sayang,” Zikri pantas memulakan pemanduan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kami tiba di sebuah restoran yang keseluruhan senibinanya berukiran kayu. Sungguh cantik. Tidak jemu aku menilik setiap ukirannya sehinggalah Zikri menarik tanganku memasuki restoran. Bertambah-tambah terpukau dengan senibina dalaman restoran itu. Sejuk mata memandang. Menyamankan dan menimbulkan suasana tenang. Kami bergandingan melangkah masuk. Pelayan restoran menyapa kami sebelum ditunjukkan tempat duduk. Ketika menuju ke tempat yang ditunjukkan, tubuhku dirempuh dengan tiba-tiba. Walaupun rempuhan itu tidak kuat mana tetapi dalam keadaan yang tidak bersedia itu, tubuhku seakan hilang imbangan. Mujurlah Zikri sempat menyambar tubuhku. Terus dipeluknya erat. Menggigil rasa kaki ini dengan apa yang berlaku tadi. Menderu darah. Pucat muka seketika.

“Abang..” Aku menyeru lemah. Mengharapkan perlindungannya.

“Sshh... abang kat sini. Abang pegang sayang,” jemari Zikri mengusap lembut belakangku. Memujuk dan menenangkan jiwa yang hampir sahaja melayang. Kejadian tadi kiranya mengundang perhatian pengunjung di restoran itu. Mungkin terkejut dengan jeritanku. Memang aku takut dengan apa yang berlaku. Aku tidak tahu berapa lama Zikri memelukku. Aku hanya tersedar bila ada suara meminta maaf. Namun, aku masih belum mampu mengangkat muka. Masih gementar.

“Cik tak ape-ape? Maafkan saya,” ujar suara itu berkali-kali memohon maaf di atas apa yang berlaku. Melihatkan keadaan yang sudah reda, pelayan yang tadinya menunjukkan meja, beredar setelah mengambil pesanan kami. Pengunjung lain pula mula menghadap makanan mereka kembali.

“Isteri saya okey. Dia terkejut aje,” Aku hanya mendengar sahaja Zikri bercakap dengan lelaki itu, sebelum turut memandang ke arahnya. Dia sedang mendukung seorang anak kecil. Bulat mata kanak-kanak itu menarikku agar memandangnya terus. Lelaki itu mempelawa kami duduk di mejanya. Beria-ia dia mempelawa. Aku hanya menurut apabila Zikri memaut bahuku kemas sebelum melangkah mengikut lelaki itu.

“Saya mintak maaf sekali lagi. Biarlah saya belanja ye. Tanda mintak maaf. Anak saya ni baru dapat kaki. Tu yang laju aje berlari tadi. Tak sempat nak kejar langsung. Saya mintak maaf sekali lagi,” bersungguh-sungguh dia meminta maaf.

“Tak apelah Encik... err,” terdengar suara Zikri pula.

“Afzan. Nama saya Afzan,” lelaki itu memperkenalkan dirinya. Bertingkah dengan suamiku. ‘Afzan!’ Nama itu seakan-akan dekat di telinga tetapi tidak terjangkau akal fikiranku. ‘Argh... malas la nak fikir. Buat pening kepala aje,’ bisikku sendiri.

“Saya Zikri dan ni isteri saya, Harlina,” Zikri memperkenalkan kami. Mataku memandang lelaki itu sekali lagi sebelum beralih kepada anak kecil di ribaannya. Comot mulutnya dengan aiskrim. Asyik benar dia makan walaupun suapan banyak yang kena baju daripada masuk ke mulut.

“Sebenarnya isteri saya terkejut aje tadi, Encik Afzan. Tiba-tiba kena rempuh macam tu. Bukan ape, isteri saya ni mengandung. Takut juga kalau jatuh. Tu yang kalut sedikit tadi,” Zikri menerangkan jujur. Tenang sahaja.

Terkedu sebentar lelaki bernama Afzan itu. Tergeleng-geleng sebelum memandang ke arahku. “Saya mintak maaf banyak-banyak, Puan Harlina. Anak saya ni aktif sangat. Tengokla ni. Comot. Saya nak suap tak bagi, nak jugak makan sendiri. Haziq.. Haziq,” dia mengesat pipi, mulut dan baju Haziq dengan cermat. Si kecil yang dengar namanya disebut memandang tepat ke arah ayahnya. Terkebil-kebil dia sebelum tersengih. Bijak sungguh. Dia lantas mengucup pipi Haziq sampai terkekeh-kekeh ketawa anak itu. Kami berdua turut ikut sama ketawa. Terhibur.

“Abang!” Suara perempuan tiba-tiba mencelah. Pandangan kami tertumpu padanya. Terhenti semua gelak ketawa. Suara perempuan itu seakan-akan pernah kudengar.

“Ni hero kita ni. Dia pergi rempuh isteri Encik Zikri tadi. Nasib baik tak jadi ape-ape,” beritahu Afzan pada perempuan itu. Haziq yang melihat perempuan itu terus tergawang-gawang tangannya minta didukung.

“Hei.. anak mama ni, comotnya,” pipi tembam Haziq dicium sekali sebelum didudukkan di ribaannya pula.

“La ye ke, abang?” Soalnya tidak percaya. Matanya beralih pandang antara kami dan suaminya. Bila memandang berdepan begini, aku semakin yakin. Namun, masih berharap tekaanku tadi silap. Pandangan perempuan itu juga sudah lain macam. Berkerut-kerut dahinya.

“Oh.. lupa nak kenalkan. Ni isteri saya, Suhana dan hero ni pulak Haziq Haikal,” Afzan memperkenalkan kami pula sambil jemarinya mengusap-usap mesra rambut Haziq. ‘Suhana!’ Aku semakin yakin. Tak senang duduk ketika itu. Kenangan itu menjelma lagi. Tidak mampu ditepis lagi.

“Saya Zikri dan ni isteri saya, Harlina,” Zikri bertindak memperkenalkan kami sekali lagi. Suhana agak terkejut apabila Zikri menyebut nama penuhku. Kiranya nama itu masih tersemat di ingatannya. Aku masih memandangnya. Memang betullah, dia Suhana. Temanku ketika di univesiti dulu. Tepatlah tekaanku tadi. Mulut Suhana sedikit terbuka. Aku semakin gelisah namun, hidangan yang datang menyelamatkan keadaan.

“Abang, ayang rasa tak sihatlah. Kita balik ye?” Aku memandang Zikri dan berbisik perlahan di telinganya. Zikri agak tercengang dengan permintaanku tetapi pantas mengangguk apabila melihat aku mula memicit kepala. Saat itu aku perlu pergi cepat dari keadaan yang menyesakkan dada ni. Aku perlu pergi sebelum Suhana mula membuka mulut. Zikri pantas meminta pelayan itu membungkus hidangan kami.

“Maaf, cik. Boleh tak bungkuskan aje makanan ni. Isteri saya kurang sihat,” pintanya pada pelayan itu. Tanpa banyak soal, hidangan kami diangkat masuk kembali. Aku semakin laju memicit dahi. Lakonan sebenarnya. Zikri kelihatan kalut sedikit. Khuatir dengan kesihatan isterinya yang berubah mendadak.

“Maaflah, Encik Afzan. Nampak gayanya kita tak sempat nak makan sama-sama kali ni. Isteri saya tiba-tiba tak sihat. Mungkin kesan terkejut tadi,” bahuku dipaut kemas, membantuku bangun.

“Tak pe. Saya faham. Saya minta maaf sekali lagi. Eh, tak payah bayar. Kan saya kata nak belanja tadi,” Afzan pantas menghalang duit yang dihulurkan Zikri pada pelayan yang membawa bungkusan makanan kami. Dengan beberapa kali anggukkan, Zikri mengalah. Berterima kasih. Belum sempat kami melangkah, dia memanggil lagi.

“Err.. Encik Zikri. Ni kad saya,” Afzan menghulurkan kad putih itu kepada Zikri. Diteliti kad itu seketika sebelum Zikri menghulurkan pula kad dia. Mereka bersalaman seketika. Suhana juga sudah bangun dan menghampiri suaminya. Aku buat-buat lembik. Semakin kuat pula Zikri memaut bahuku. Kami melangkah perlahan. Namun langkah itu terhenti bila dia memanggil.

“Gia... !” Suhana memanggil. Langkah kaki terhenti tapi kukeraskan hati untuk tidak berpaling. Aku dan Zikri saling berpandangan. Berkerut dahi Zikri. Air mata serasa ingin mengalir saat itu. Semakin berkerut Zikri melihat mataku bergenang. Serentak itu, aku memicit lagi kepala sebelum menyambung langkah. Laungan Suhana yang memanggil namaku berulang kali tidak dipedulikan. Biarlah apa yang berlaku, aku tidak mahu berpaling. Walaupun kudengar pujukan Afzan menyuruh isterinya bangun, aku masih melangkah. Walaupun aku dengar rayuan dan tangisan Suhana yang berlagu sayu, aku tetap melangkah. Kerasnya hati aku ketika itu.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Gia, aku ade benda nak bagitau kau ni. Hei, kau dengarlah!” Akmal menepuk lenganku. Kuat. Bila aku memandangnya tajam, dia hanya tersengih. Terbantut bacaanku. Nota kecil di sisi, aku lipat kemas sebelum menutup buku AUDIT I yang sedang aku baca ketika itu. Sedikit mengeluh dengan kedatangan Akmal ke bilikku malam itu. Menganggu tumpuan telaahanku. ‘Berani pulak dia ni naik bilik aku malam-malam macam ni,’ hatiku berbisik nakal.

Ketika di semester pertama, aku, Akmal, Ain, Suhana dan Zaila ditempatkan di kolej kediaman yang sama. Satu kebetulan yang memang merapatkan lagi hubungan aku dan teman-temanku ini, walaupun kami berbeza tingkat. Sudah menjadi tradisi pelajar junior selalunya akan ditempatkan dengan pelajar senior pada semester pertama. Walaupun Akmal mengamuk kerana tidak puas hati dengan aturan itu, dia terpaksa terima. Kerap juga dia menjengah ke bilikku sebelum betul-betul boleh menyesuaikan diri dengan kehidupannya. Segala keluh-kesahnya aku dengar.

Masuk semester kedua, Akmal merayu-rayu supaya aku tinggal di bilik yang sama dengannya namun aku menolak kerana aku sudah berjanji untuk terus kekal dengan roommate asalku, Kak Jihah. Dia senior aku, beza antara kami hanya dua semester. Lagipun dia pelajar kursus Pengurusan Perakaunan. Kursusnya yang tidak banyak berbeza dengan aku, memudahkan kami berbincang dan mudah juga bagi aku merujuk kepadanya jika ada permasalahan dalam memahami sebarang subjek yang aku ambil.

Akmal melancarkan mogok selama seminggu dengan aku kerana menolak permintaannya itu. Zaila yang menawarkan diri untuk duduk sebilik dengannya juga tidak mampu mendamaikan kami. Ain dan Suhana yang akhirnya masuk campur berjaya meredakan keadaan. Kami diletakkan berbeza tingkat. Aku dan Kak Jihah di tingkat dua manakala Zaila dan Akmal di tingkat bawah. Ain dan Suhana yang pada mulanya merungut kerana bilik mereka di tingkat tiga sudah boleh tersenyum. Boleh menguruskan badan, kata mereka.

Bilik aku yang terletak di tengah-tengah selalu menerima kunjungan mereka. Walaupun kadang-kadang mereka segan dengan Kak Jihah. Tingkah laku mereka selalu terkawal jika kebetulan Kak Jihah ada ketika kunjugan mereka. Malam ni, Akmal datang melawat dengan senyum simpul. Kak Jihah yang kebetulan sedang bersiap untuk keluar memandang ke arahku. Pelik. Aku hanya menjungkit bahu. Melihat Akmal berbual mesra dengan Kak Jihah, aku meneruskan bacaanku. Poin-poin penting, aku catat dalam nota kecilku. Memudahkan revision nanti.

Aku tidak sedar bila Kak Jihah keluar sehinggalah Akmal menepuk lenganku.

“Berani pulak kau datang malam-malam macam ni? Zaila mana?” Apa yang aku fikirkan kiranya tercetus jua di bibirku. Akmal memuncungkan bibir.

“Zaila sakit perut. Dia tidur aje dari tadi. Ni pun aku buat-buat berani aje. Dah tak sabar nak kongsi cerita ni dengan kau,” Akmal ceria semula. Dia semakin merapatkan diri. Dibetul-betulkan baju tidurnya. Semakin pelik aku dengan mood Akmal yang berubah-ubah ceria.

“Ape dia? ceritalah,” aku memusingkan badan mengadapnya. Bersedia untuk mendengar ceritanya.

“Err... ,” teragak-agak dia.

“Eh, kenapa kau malam ni. Selalunya rancak aje bercerita,” Akmal ketawa dengan kataku itu.

“Hmm... kau ingat tak budak lelaki yang aku asyik usha masa kita semester satu dulu?” Melihat aku seolah-olah sedang berfikir, Akmal menyambung lagi. “Ala, yang dulu kau temankan aku cari biodata dia dalam sistem tu. Budak Faiz tu. Hish.. kau ni, budak lelaki sama yang aku tunjuk kat kau dulu. Ingat tak masa kita makan kat kafe hari tu. Aku ada tunjuk. Budak yang pakai baju kemeja belang merah tu. Yang makan mengadap kita tu,” tak jemu Akmal cuba mengingatkanku.

Aku berfikir-fikir seketika. ‘Mungkinkah budak itu. Oh, tidak!’ Hatiku berkali-kali menafikan.

“Budak yang pakai cermin mata tu ke?” Antara pasti atau tidak aku menyoal Akmal. Semakin bersinar mata dia. ‘Betullah budak tu!’ Aku terkedu. Menarik nafas perlahan kemudiannya.

“Err.. kenapa dengan budak tu?” Setenang mungkin aku menyoal. Akmal kulihat masih tersenyum-senyum.

“Kalau kau nak tahu, budak tu tegur aku tadi. Kitorang bertembung kat pintu masuk library. Terkejut aku, kau tahu. Yelah, selama ni aku bertungkus lumus cari maklumat pasal dia. Satu semester aku cuba usha dia. Tapi dia buat tak layan. Hampir putus asa aku. Alih-alih masuk semester kedua ni, dia tegur aku. Siapa tak seronok. Kitorang siap tukar-tukar nombor phone lagi tau,” penuh perasaan Akmal bercerita. Aku mengangguk-angguk. Tumpang gembira.

“Habis tu, kau dah contact dia belum?” Aku menyoal Akmal yang kelihatan seperti tengah berkhayal tu. Dia tersengih.

“Belum. Kenalah jual mahal la sikit. Kalau aku contact dia dulu, nampak sangat aku ni terhegeh-hegeh nak kat dia. Walaupun memang itu kenyataannya,” ketawa Akmal gamat pada malam itu.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Gia... sayang, bangun!” terpisat-pisat aku membuka mata. Memandang sekeliling sebelum berpaling pada Zikri di sebelah. Dia tersenyum memandangku.

“Kat mana ni?” mamai aku bertanya. Zikri yang baru hendak melangkah keluar dari kereta berpaling semula ke arahku. Tergeleng-geleng dia.

“Kita kat rumah kita la. Baru aje sampai ni. Itu lah, sayang tidur lagi senja-senja ni. Dalam kereta sempat lagi tidur,” Zikri keluar, dicapainya bungkusan makanan kami dan beg kerjanya. Dibuka pintu di sebelahku pula. Lenganku dipegang lembut. Membantu aku keluar dari kereta. Pintu pagar dikuncinya sebelum membuka pula pintu rumah. Aku hanya memerhatikan. Masih berfikir-fikir. Perlahan-lahan ingatanku kembali jelas. Barulah aku teringat apa yang berlaku tadi, aku tertidur semasa melayan khayalan rupa-rupanya.

“Dari mula abang start kereta, sampailah kat rumah ni sayang tidur aje. Lepas tu siap sebut-sebut nama Faiz lagi. Siapa Faiz tu, sayang?” Zikri menghampiriku. Tudung di kepalaku dibukanya. Lega. Dia menghuraikan pula ikatan rambutku. Rambutku lepas bebas bawah tuipan angin kipas. Begitulah kami bila pulang kerja. Berehat-rehat dulu sebelum mandi dan makan. Menghilangkan penat dan tekanan sepanjang hari bekerja.

Aku memandang Zikri. Sedikit pelik. ‘Bila pulak aku sebut nama Faiz ni?’ soalku hairan. Zikri masih memandangku. Ikatan tali lehernya aku longgarkan sebelum bersandar padanya.

“Faiz?” Aku menyoal kembali. Hanya anggukan Zikri sebagai jawapan.

“Bila pulak ayang sebut nama Faiz ni, bang?” Aku masih hairan.

“Masa sayang tidur tadi,” beritahunya pantas, mengundang rasa terkejutku. Bingkas aku bangun, memandangnya. Anggukkan lagi. Aku gigit bibir.

“Ye ke, ayang ade sebut. Entah la abang. Tak ingat la,” aku tersengih dengan jawapanku itu. Zikri memandang tepat ke arahku. Mencari kebenaran sebelum tersenyum.

“Tak pelah kalau macam tu. Jealous abang tau, dalam tidur sayang sebut nama lelaki lain,” sedikit merajuk nadanya ketika itu. Aku ketawa lepas sebelum memeluknya.

“Ayang sayangkan abang seorang aje. Mana ade masa nak fikir pasal lelaki lain. Ayang laparlah, bang,” aku mengosok-gosok perut setelah melepaskan pelukan. Zikri tersenyum sebelum menarik tubuhku bangun. Beriringan kami ke meja makan. Aku membancuh air sementara dia menghidangkan makanan. Rasa lapar sudah tak tertahan lagi. Aku makan dengan berselera sekali. Zikri hanya tersenyum dengan gelagatku itu. Kami makan dengan perbualan yang minima. Ternyata petang itu, makanan menjadi tumpuan utama.

Usai mandi dan bersolat Maghrib serta Isyak, aku ke bilik bacaan. Fikiranku tertumpu pada fail hitam tebal yang dibawa balik petang tadi. Khusyuk aku mencatat maklumat-maklumat penting sehinggalah dulang berisi sepinggan hirisan pelbagai jenis buah dan segelas air susu menghalang bacaanku. Zikri menolak sedikit fail hitam itu ketepi sebelum meletakkan dulang itu. Tersenyum dia.

“Makan ni dulu. Lepas tu sambung balik baca,” dia menyuakan hirisan epal kepadaku. Aku mengunyahnya perlahan-lahan. Hirisan belimbing pula aku sua ke mulutnya. Buah kegemarannya.

“Ayang ingat abang tengah mengaji lagi,” selesai solat Isyak tadi, aku tidak menyertainya mengaji. Fikiranku banyak tertumpu pada fail hitam itu. Lalu aku tinggalkan dia sendirian mengaji di dalam bilik. Manakala aku memerap dalam bilik bacaan ini.

“Dah abis dah buat malam ni. InsyaAllah, esok sambung lagi. Abang nak turun minum air, intai ayang dulu tadi. Ralit sungguh sampai tak sedar ye! Itu yang abang naik bawak buah dan air susu ni,” jemarinya mencapai pula buah epal, disua kepadaku. Air susu di dalam dulang aku minum. Bila disua kepada Zikri, ditolaknya. Diunjukkan gelas lain di tangan.

“Tu susu untuk ibu mengandung. Sedap tak? Kawan abang rekomen,” dia memerhati aku minum susu itu.

“Sedap. Lain dengan susu sebelum ni. Pandai kawan abang rekomen,” gelas kuletakkan kembali ke dalam dulang.

“Betul sedap? Bolehlah terus kekal dengan yang ni ye? Yang dulu tu sayang asyik tolak aje,” tersengih dia dengan pujianku.

“Hmm, beza. Tak bau sangat yang ni,” jemariku mencapai lagi buah belimbing sebelum menolak dulang itu ke tepi. Fail hitam ditarik kembali. Melihatkan aku mula menumpukan perhatian kepada fail itu, Zikri mengangkat dulang, di bawanya turun. Aku memandang kelibatnya yang menghilang di sebalik pintu. Sedikit pelik. ‘Kenapa suamiku itu tak sebut langsung pasal kejadian kat restoran tadi?’ Hatiku bersoal jawab sendiri. Kesudahannya aku mengangkat bahu. Malas nak bebankan kepala. Pembacaan yang terhenti aku sambung kembali.

“Abang borak dengan siapa tadi tu?”Aku memandang ke arahnya bila Zikri melangkah masuk ke dalam rumah dan duduk di sisiku. Telefon bimbit diletakkan di meja kopi. Setelah dia meninggalkan aku kira-kira satu jam yang lalu di bilik bacaan, aku ralit membaca fail. Tekak yang haus memaksaku turun meneguk air di dapur. Ketika aku turun menjengah tadi, kulihat televisyen terpasang tetapi kelibatnya tiada.

Suara yang sayup-sayup, menarikku menuju ke arah laman rumah. Zikri sedang berbual di telefon. Macam serius aje. Aku memandang ke arahnya. Dia ketawa.

“Sayang jealous ye?” Sempat lagi dia melawak. Aku menjelingnya geram. Semakin kuat ketawanya.

“Sayang ni... Abang gurau ajelah. Abang borak dengan member lama abang. Member study. Baru-baru ni, jumpa balik. Diorang cadang nak buat reunion. Ingat sayang aje ade reunion, abang pun ade tau,” tertarik aku dengan kata-katanya itu.

“Ye ke abang? Bila tu?” lupa sudah rajukku tadi. Zikri menarikku ke dalam pelukannya. Ubun-ubunku dikucupnya lembut.

“Hmm... tak tau lagi bila tapi around cuti sekolah rasanya. Yelah, kebanyakan dah kahwin. Dah beranak-pinak. Kena ambik kira hal-hal macam tu. Bestnya kalau jadi kan, sayang,” semakin erat pelukannya. Membayangkan perancangan kawan-kawannya. Aku menganggukkan kepala. Memang seronok.

“Tapi kalau clash dengan reunion sayang, macam mana ye?” Dia bersoal sendiri. Aku bingkas duduk. Memandangnya.

“Ayang tak cakap pun nak pergi reunion ayang tu. Tak payah fikir la, bang. Kita pergi abang sudah. Tentu lagi best,” pantas sahaja aku membuat keputusan.

“Betul ni? Tak menyesal?” Dia seakan tidak percaya dengan keputusanku. Aku mengangguk yakin. Kalau boleh aku tidak mahu berjumpa lagi dengan mereka walaupun kadang-kadang rindu mencengkam kalbu.

“Okeylah kalau sayang dah cakap macam tu. Eh, ni turun bawah ni, dah siap ke kerja tadi tu?” Zikri mencapai remote mencari-cari siaran yang menarik.

“Dah,” aku kembali menyandar padanya. Zikri menekan-nekan siaran, akhirnya televisyen gelap. Kosong. Dia dah tutup rupanya.

“Jom tidur!” Zikri bangun dan menarik tubuhku bangun sama. Dia memastikan pintu rumah dikunci sebelum menutup semua suis televisyen dan lampu ruang tamu. Beriringan kami menuju ke bilik tidur.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Awak... Awak tunggulah dulu. Saya ade benda nak cakap dengan awak ni,” dia masih lagi memanggil dan mengejarku. Aku semakin mempercepatkan langkah. Kenapalah lelaki ini susah sangat nak faham yang aku tak nak ade ape-ape hubungan dengan dirinya.

“Awak!” Dia mencapai beg sandangku, memaksa aku berhenti. Aku mendengus kuat. Tanda tidak senang dengan kelakuannya ketika itu. Dia tersengih-sengih melihat mukaku yang sudah tentunya masam mencuka ketika itu. Aku memandangnya tajam. Terkesan dengan pandanganku itu, tawanya berhenti.

“Saya mintak maaf. Saya nak cakap dengan awak tapi yang awak lari tu kenapa?” Rambutnya dilurut.

“Ape yang penting sangat awak nak cakap dengan saya ni?” Aku menyabarkan hati dengan karenah lelaki ini.

“Tak elok la kita nak bincang kat sini. Ape kata kita duduk kat sana?” Dia menunjuk pada bangku yang disediakan di laluan pejalan kaki, menghubungkan perpustakaan dan kafeteria itu. Aku memandang sekeliling, ramai orang yang lalu lalang. Kami pula berdiri di tengah-tengah jalan. Aku mengangguk. Kami duduk. Senyap seketika.

“Saya sukakan awak. Saya cintakan awak, Gia!” Kata-katanya menyentak hatiku. Serasa bagaikan titisan air hujan membasahi hati yang kering kontang selama ini. Aku terbuai seketika. Namun lintasan bayangan Akmal menyedarkanku.

“Awak jangan main-main. Akmal tu kawan baik saya tau,” aku memberinya amaran. Satu kenyataan agar dia sedar. Dia tersenyum lagi. ‘Aduh, manis sungguh!’

“Saya tak cintakan dia. saya cintakan awak!” Lantang dia bersuara. Yakin. Aku mengeluh. Lagi dan lagi.

“Kalau awak tak cintakan dia, kenapa awak couple dengan dia? Kenapa awak usung dia ke hulur ke hilir. Lagipun korang kan dah couple dari semester tiga lagi. Sekarang ni dah semester enam. E.N.A.M. Baru sekarang awak cakap awak tak cintakan dia!” Aku meluahkan rasa geram, sakit hati yang terbuku.

“Buruk baik Akmal tu, dia tetap kawan saya!” Aku tertunduk lemah. ‘Ya Allah, kenapa semua ni harus terjadi padaku?’ Bertalu-talu persoalan itu menjengah hatiku.

“Saya tak pernah pun declare ape-ape dengan dia. Dia yang syok sendiri. Saya sukakan awak dari kita semester satu lagi,” bagaikan tiada kesalahan, kata-kata itu dia luahkan.

“Ya Allah!” Hanya itu yang mampu keluar dari bibirku. Air mata seolah-olah tunggu masa hendak keluar.

“Memanglah saya rapat dengan dia selama ni tapi saya berkawan aje dengan dia. Tak lebih dari tu. Lagipun niat saya rapat dengan dia pun sebab saya nak kenal awak. Saya dah lama sukakan awak, Gia!” Semakin berani dia meluahkan perasaan. Aku semakin kaku.

“Saya sanggup berterus-terang dengan dia kalau itu yang awak nak,” dia bingkas berdiri. Aku tersentak. Terkejut dengan ayat terakhirnya tadi. Aku turut sama berdiri.

“Tidak! Akmal tak boleh tahu. Faiz, tolonglah. Saya tak cintakan awak. Akmal yang cintakan awak. Kita ni dah semester akhir. Tak lama lagi dah nak final exam. Saya tak nak lah serabutkan kepala otak saya dengan hal-hal macam ni. Satu lagi saya mintak tolong sangat-sangat dengan awak, tolong jangan kacau saya lagi,” kucapai beg sandang dan terus berlari ke arah kafeteria. Jeritan Faiz yang memanggil namaku tidak kupedulikan. Lantaklah semua orang nak fikir apa. Yang penting sekarang ni aku perlu pergi jauh dari Faiz.

“Gia, saya akan beritahu Akmal hal ni. Itu janji saya. Ape nak jadi, jadilah!”

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hujung minggu itu, aku dan Zikri pulang melawat mak dan ayahku di kampung. Memang jika ada kelapangan hari dan waktu, aku dan Zikri akan bergilir-gilir pulang melawat orang tua kami. Berada di kampung membuatkan aku berasa seolah-olah dicas semula. Hilang segala tekanan kerja. Menghirup udara segar membuatku tenang. Aku melangkah perlahan ke pangkin di bawah pokok jambu air tu. Merah warna jambu menarikku memetiknya. Manisnya! Makan sambil duduk mengambil angin petang.

Aku ingat lagi, di sinilah. Di pangkin inilah, mak memberikan sekeping sampul berwarna ungu kepadaku. Tak kusangka kepulanganku setelah enam bulan bekerja di syarikat audit di ibu kota, disambut dengan kad berbau wangi itu. Setelah tamat pengajian dan latihan industri, sementara menunggu majlis konvokesyen, aku mengambil keputusan mencari kerja. Nasib aku baik, syarikat tempat aku menjalani latihan industri menawarkan peluang pekerjaan kepadaku. Tawaran yang sememangnya dengan senang hati kuterima. Aku semakin sibuk dengan kerjaku dan dengan ijazah yang kini sudah dalam genggaman, aku semakin yakin melangkah.

Majlis konvokesyen itu menemukan kembali aku dengan teman-teman seperjuanganku. Gelak tawa dan tangis mengiringi kami pada hari itu. Walaupun aku sedaya upaya cuba untuk mengelak daripada bertembung dengan mereka yang meninggalkan kenangan hitam di dalam hatiku namun sejauh manalah aku boleh lari. Memang ternyata kami akan bertemu jua. Susunan kedudukan kami telah ditentukan terlebih dahulu. Tetapi dalam majlis yang formal itu, menyukarkan mereka untuk bercakap denganku.

Selesai sahaja majlis, aku terus buru-buru keluar. Meliar mataku mencari kelibat mak dan ayah. Aku ingin menunjukkan kepada mereka hasil pembelajaranku selama ini. Akhirnya kelibat mereka kutemui. Mak dan ayahku sedang bercakap-cakap dengan seseorang. Aku pantas mengatur langkah ke arah mereka namun langkah kakiku terhenti. Pautan kemas di bahu memaksaku untuk berpaling.

“Gia, tunggu dulu!” Wajah Ain dan Suhana menyapa pandanganku. Serba salah.

“Gia, kenapa kau asyik lari aje dari kitorang. Ape sebenarnya dah berlaku?” Suhana memandangku. Ain terangguk-angguk. Ingin tahu. Aku menggigit bibir. Membuat pertimbangan. Keadaan sekeliling yang hinggar dengan pelajar mempengaruhi moodku untuk bercerita.

“Kau tak payah tanya dia. Orang dah salah mana berani nak berterus-terang. Huh!” Entah dari mana, Akmal muncul. Mencebikkan mulut. Zaila muncul tak lama kemudian. Teragak-agak merapati. Ain dan Suhana tersentak dengan bahasa Akmal yang kasar itu. Aku hanya mendiamkan diri. Cuba menyabarkan sekeping hati yang sudah hancur lumat.

“Kenapa kau asyik nak salahkan Gia aje ni, Akmal? Selama ni kami hanya dengar cerita dari mulut kau aje. Sekarang ni kami nak dengar dari mulut Gia pula. Barulah adil,” Ain bengang dengan ketegangan antara kami ketika ini. Berpandangan dia dengan Suhana.

“Eh, Ain! Ape lagi yang kau nak tahu. Kalau korang berdua nak tahu, ape sahaja yang keluar dari mulut dia ni, tak boleh dipercayai. Kau tahu tak!” Jari telunjuk Akmal tepat di dadaku. Ain, Suhana dan Zaila kaku dengan kata-kata Akmal. Melihatkan ada yang menjeling ke arah kami, aku terus angkat kaki. Malas nak melayan perangai gila Akmal. Panggilan Ain dan Suhana tidak aku pedulikan. Aku terus berjalan ke arah ahli keluargaku yang telah menunggu. Lebih baik aku bersama mereka. Tidak sakit hati. Suara jeritan Ain dan Suhana tenggelam dalam lautan manusia. Hanya Ain dan Suhana. Bukan Zaila ataupun Akmal. Aku yakin.

“Ape yang kamu duk tenung aje kad tu. Bukak la, baru tahu siapa punya,” suara mak memecahkan lamunanku. Aku memandang sekilas ke arah mak di sisi. Wajah redupnya penuh pengertian. Aku mengeluarkan kad itu perlahan-lahan. Memerhatikan nama yang bertinta emas itu. Hatiku menangis. Air mata mengalir.

“Ape niat dia hantar kad ni pada Gia, mak?” Petang itu di pangkin ini aku menangis dan menangis lagi.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Gia tak sihat ke, Zikri?” Mak Temah, ibu mentuanya yang datang membawa dulang berisi air kopi dan ubi kayu rebus bersuara. Terhenti terus perbualan Zikri dengan ayah mentuanya, Pak Hassan. Berpandangan mereka sebentar sebelum tiga pasang mata itu memandang ke arah Gia yang sedang ralit mengunyah jambu air.

Zikri ketawa. Pak Hassan mengeleng. “Awak ni Timah. Saya tengok elok aje si Gia tu. Sihat aje,” tersengih dia memandang isterinya yang menjeling geram.

“Awak ape tau. Saya ni emak dia. Saya taulah kalau ade benda tak kena dengan anak saya. Hah Zikri, kamu ni ketawa aje. Mak tanya tak jawab lagi,” tangannya menghulur cawan-cawan berisi air kopi kepada suaminya dan menantunya. Zikri meneguk air itu. Nikmatnya.

“Nampak dari luar macam sihat tapi entahlah. Kebelakangan ni asyik termenung aje. Nak kata pembawakan budak pun, rasanya tak. Tapi sejak dia dapat email perjumpaan kawan-kawan dia masa study dulu. Macam tu lah,” Zikri beralih pandang ke arah isterinya. Dia risau. Tekanan darah isterinya naik ketika mereka membuat monthly check up minggu lepas. Agak merunsingkan sehingga doktor mencadangkan agar isterinya itu banyak berehat dan tidak fikirkan benda yang bukan-bukan. Sebab itulah, dia membawa isterinya itu pulang kampung. Supaya udara kampung yang segar boleh memulihkan kembali semangat isterinya itu.

“Perjumpaan kawan-kawan universiti dia dulu ke?” Ubi kayu rebus dicapai Pak Hassan. Mak Timah masih memandang ke arah Gia.

“Ye, ayah. Kawan-kawan masa dia belajar dulu. Saya risau sebenarnya mak, ayah,” Zikri memandang mak dan ayah mentuanya.

“Saya risaukan kesihatan dia akan terjejas kalau semua ni berterusan. Doktor pun dah nasihatkan. Suruh Gia banyakkan berehat. Tekanan darah dia naik masa pergi check up hari tu,” jujur dia memberitahu. Sudah puas dia cuba mengajak Gia bercakap tapi Gia tetap mengunci mulut. Perkara lain boleh pulak mereka bercakap tapi hal yang satu tu buat dia buntu. Buntu kerana Gia tetap tidak mahu berkongsi. Dia boleh membiarkan tetapi jika perkara itu sehingga mendatangkan kemudaratan pada isteri dan bayinya, dia harus berkongsi dengan mak dan ayah Gia. Mungkin mereka boleh membantu.

“Sampai macam tu sekali. Gia... Gia!” Menggeleng kepala Mak Timah mendengar kata-kata Zikri. Tak sangka anaknya itu masih membawa luka lama.

“Mak ingatkan dia dah lupakan semua yang berlaku dulu. Macam mana pulak dia boleh dapat berita perjumpaan tu?” Mak Timah bersuara kesal.

“Tak tau lah, mak. Dunia sekarang ni, senang aje nak cari. Semua di hujung jari,” Zikri mengeluh kesal. Kalau bukan kerana email tu, Gia takkan berkeadaan begini.

“Saya ingatkan dia dah lupa, bang. Tak sangka selama ni dia masih fikirkan lagi benda tu,” kesalnya melimpah-limpah pada nasib Gia. Pak Hassan terangguk-angguk dengan kata-kata isterinya.

“Saya pun sama, Timah. Yelah, benda dah lama. Manalah kita tau dia masih simpan dalam hati,” Pak Hassan menggeleng kesal. Menantu di hadapannya di pandang. Zikri berhak tahu. Walaupun sebelum ini, Gia ada memberitahu yang dia sudah menceritakan kepada Zikri tentang kisah hidupnya, dia pasti anaknya itu masih menyimpan sebahagian lagi cerita. Tidak semuanya dia beritahu pada Zikri. Kini, biarlah dia yang bercerita. Baru dia hendak membuka mulut, Gia sudah melangkah menghampiri mereka.

“Ape yang sebenarnya berlaku ayah, mak?” Reaksi mak dan ayah mentuanya mengundang rasa ingin tahu Zikri.

“Sebenarnya... err... Gia datang tu. Nantilah ayah dan mak cerita kat kamu,” Pak Hassan menghirup air kopinya. Sekilas dia menjeling pada isterinya yang sedang mengunyah ubi kayu. Berpandangan seketika.

“Borak ape ni? Rancak aje,” tersenyum Gia menyambut huluran tangan suaminya. Zikri mengucup jemari isterinya. Mak Timah dan Pak Hassan tersenyum dengan tingkah menantunya itu. Memang Zikri sayangkan Gia. Tak salah pilihan mereka.

“Tak borak ape pun. Hei, sayang mana boleh makan ni. Kesian baby nanti,” Zikri menepuk tangan isterinya yang mencubit sedikit ubi kayu itu. Gia tersengih.

“Hehehe... . ayang acah ajelah,” tercetus gelak tawa, gamat suasana petang beransur senja tu.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Assalamualaikum. Hah Zikri, kamu sorang aje, Gia mana?” Melihatkan kelibat Zikri yang berseorangan sedang mengambil angin di beranda rumah, Pak Hassan bertanya. Dia yang baru pulang daripada mesyuarat di balai raya melabuhkan punggung di sisi menantunya itu.

“Waalaikummussalam. Gia dah tidur, ayah. Dia penat,” Zikri mengensot sedikit. Memberi ruang. Dia memerhatikan suasana malam yang berbintang cantik. Tentu seronok kalau dapat berdua-duaan dengan isterinya ketika itu. Mengambil angin malam. Tapi dia faham Gia penat. Lagipun doktornya sudah berpesan supaya Gia banyak berehat. Sebut pasal Gia, dia teringat tentang perkara yang ayah mertuanya janji hendak beritahunya petang tadi.

“Oh ya, ayah. Tadi ayah kata ade benda nak beritahu saya pasal Gia. Ape dia ayah?” Zikri bersila mengadap ayahnya. Dia tidak sabar untuk tahu tentang kisah hidup Gia yang tersorok selama ini. Walaupun Gia ada bercerita tapi itu hanya sebahagian sahaja. Ibarat buku yang terkoyak di tengah-tengah. Ada permulaan dan penamat tetapi lompong.

Pak Hassan menarik nafas panjang. Berat rasanya nak bercerita tetapi mengenangkan ini semua untuk kebaikan anaknya, dia perlu teruskan. Tak mahu bertangguh-tangguh lagi. Baru hendak membuka mulut, isterinya datang membawa dulang minuman.

“Kalau pun nak bercerita pun, minumlah dulu. Baru lancar, tak kering tekak,” Mak Timah menyuakan cawan air kopi kepada suami dan menantunya. Tersenyum mereka dengan gurauan Mak Timah.

Mak timah mengambil tempat di sisi suaminya. Sesekali dia menjeling ke arah dalam rumah. Memerhati dan mendengar sebarang bunyi. Bukan apa. Kalau boleh malam ni, biarlah selesai. Takut juga kalau-kalau Gia bangun. Mesti terbantut lagi macam petang tadi. Bunyi dehaman suaminya, membuatkan dia berpaling. Pak Hassan memandang isterinya seketika. Anggukan dari Mak Timah memberikan dia keyakinan. Perkara ini memang telah lama tertangguh.

“Err... begini ceritanya,” Pak Hassan memulakan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Assalammualaikum... Mak o mak! Gia dah balik ni!” Mak timah bergegas membuka pintu. Terpancul wajah yang dirinduinya. Salam dijawab, terus tubuhku diraih ke dalam pelukan. Tangisan bergema.

“Mak ni.. sampai tak sempat Gia nak salam,” aku menyapu air mata di pipi emak. Dalam ketawa, aku mencapai tangan emak dan terus menyalaminya. Ketawa emak dengan kata-kata anakku itu. Dia terlampau gembira. Kami beriringan masuk ke dalam rumah. Aku mengitarkan pandangan. Rumah jatuh bangunku. Tempat asalku. Walaupun sederhana, aku bangga. Tiada siapa yang boleh menidakkannya.

“Ayah mana, mak?” Aku melabuhkan punggung di kerusi yang terdapat di ruang tamu. Bahu emak kupeluk. Emak mengosok-gosok pula kepalaku.

“Ayah ke pasar. Nak cari ikan keli. Kamu kan suka,” aku hanya tersengih. Terbayang-bayang di mataku ikan keli goreng garing. ‘Emm.. sedapnya,’ telan air liur seketika.

“Satu beg ni je kamu bawak balik Gia?” Beg beroda yang tersandar di tepi pintu dipandang lagi. Beg pemberian Haji Samsul itu masih elok dipakai Gia.

Aku memandang emak sebelum beralih ke arah beg itu. “A’ah, mak. Barang-barang yang lain semua Gia pos aje. Bukan banyak pun, buku aje. Lagipun cuti hari tu kan Gia dah bawak balik separuh. Jadi senang la sikit,” emak hanya mengangguk. Memang cuti semester hari tu, Gia ada membawa balik sebahagian barang-barangnya.

“Emm... mak, laparla. Mak dah masak ke?” Aku membuntuti langkah emak menuju ke dapur.

“Kamu tak makan lagi ke? Tak sarapan dulu kat bandar tadi?” Emak mengeluarkan kuih muih dan disuakan padaku. Tangannya pantas pula membancuh air milo.

“Terima kasih mak. Ni yang buat Gia sayang kat mak ni,” aku menghirup air milo panas itu Emak hanya mengeleng dengan telatahku. Kuih donut aku kunyah perlahan.

“Gia makan roti aje, mak. Malas pulak nak sarapan kat bandar tu. Baik makan kat rumah,” tersengih aku dengan kata-kataku sendiri. Aku bukan apa, mataku bengkak akibat menangis sepanjang malam tadi. Sampaikan penumpang di sebelahku naik risau. Tapi aku tiada daya untuk menahan, kata-kata yang mencarik hati bagaikan tergiang-giang di telinga. Akhirnya, kolam air mataku pecah dan aku tidur dalam sedu sedan. Akibatnya, sampai sahaja di Kuantan, mataku bengkak. Setelah solat subuh, barulah surut sedikit. Setelah hari siang, sebelum naik teksi balik ke rumah, berkali-kali aku mencuci muka dengan harapan agar bengkak itu tidak nampak sangat. Nasib baik emak tidak menegur mataku yang masih merah.

“Kamu ni... Mak tunggu ayah kamu balik bawak ikan keli kamu tu. Nasi mak dah tanak. Kamu lapar sangat ke ni? Ni makan bihun goreng ni dulu. Mak goreng banyak, ingatkan kamu sampai awal. Ni matahari sejengkal baru sampai. Kenapa lewat sangat?” Disenduknya pula bihun goreng.

“Gia tunggu siang dulu. Lagipun ramai orang kat surau tu. Beranilah sikit,” dengan mulut penuh bihun, aku menjawab. Tersedak. Emak cepat-cepat menepuk belakangku. Mulutnya terkumat-kamit.

“Kamu ni Gia. Kalau pun lapar sangat, sopanlah sikit. Ni tak, dengan mulut penuh tu jugak dia nak bercakap!” Dihulurkan segelas air untukku. Aku meneguk dengan rakus, menghilangkan rasa perit. Leganya.

Aku berpaling. Tersengih memandang emak. Emak sudah tidak terkata dengan telatahku itu. Dia meneruskan kerjanya. Tidak lama kemudian ayahku, Pak Hassan pulang. Semakin gamat rumah kecilku dengan gelak tawa kami bertiga. Tengahari itu, kami makan bersama sambil bertukar-tukar cerita. Suasana rumah yang selalunya sepi, meriah dengan kepulangan satu-satunya permata hati mereka. Masa yang pantas berlalu sememangnya tak menunggu sesiapa. Ketenanganku terganggu dengan panggilan telefon pada malam itu. Baru sebentar tadi, aku mampu menarik nafas lega. Melihat nombor sahaja yang terpapar di skrin telefon, membuatkanku teragak-agak untuk menjawab panggilan itu tetapi khuatir bunyi deringan akan menganggu tidur emak dan ayah, aku pantas menekan butang hijau.

“Assalammualaikum,” salam diberi. Namun, orang di talian sana hanya senyap. Sekali lagi salam diberi.

“Gia... ,” akhirnya setelah seketika barulah kedengaran suara dan suara itu mengundang debar di hatiku. ‘Kenapa dia masih lagi mengganggu aku, Ya ALLAH!’ Hatiku berbolak-balik. Aku sudah berkira-kira untuk menamatkan panggilan tetapi suara yang sayup-sayup memanggil namaku mematikan niatku. Aku menunggu.

“Gia, saya tahu awak tak nak dengar suara saya lagi. Saya merayukat awak, awak dengarlah dulu ape yang saya nak cakap ni,” suara itu merayu-rayu. Tumpah simpatiku.

“Baiklah, ini peluang terakhir awak. Lepas ni saya taknak ade ape-ape kaitan lagi dengan awak. Awak faham ape yang saya cakap ni, Faiz?” Aku mengeraskan suara, tanda sememangnya aku serius. Sepi seketika.

“Saya tak kisah kalau awak nak menambahkan kekayaan syarikat komunikasi di Malaysia ni, sebab saya tahu awak ni orang senang tetapi awak dah menganggu masa saya berehat. Boleh tak daripada senyap macam ni, awak straight to the point aje,” aku mendengus kasar.

“Gia, saya mintak maaf kalau panggilan saya ni mengganggu awak tapi ape yang saya nak beritahu awak ni penting. Sebelum tu, saya nak tanya kenapa awak balik kampung macam tu aje? Senyap-senyap awak pulangkan kunci dan naik bas tinggalkan saya. Bukan ke saya dah pesan banyak kali kat awak yang saya akan hantar awak balik. Susah sangat ke awak nak faham pesanan saya tu?” Bertubi-tubi soalan dari Faiz menambahkan sakit hatiku.

‘Dahlah, ganggu aku malam-malam ni. Lepas tu marah-marah aku macam la aku ni makwe dia. Memang jenis tak faham bahasa la dia ni,’ terkumat-kamit mulutku. Belum sempat aku membalas, Faiz dah memotong.

“Gia, ape yang awak cakap sorang-sorang ni. Saya tak dengar la,” Faiz ketawa. Manakala aku yang mendengarnya, menepuk-nepuk dahi. ‘Parah memang parah.’ aku sudah bingung. Akhirnya aku diam, mendengar sahaja apa yang bakal diperkatakan oleh Faiz.

“Okey-okey saya minta maaf. Saya tak patut tinggikan suara dan marah-marah awak macam ni. Saya cuma kesal sebab awak tak sudi nak jumpa saya buat kali terakhir. Dahlah kita lepas ni memang susah nak berjumpa lagi. Sampai hati awak ,Gia,” sayu suara Faiz menjamah telingaku. Aku masih berdiam.

“Awak tahukan saya sayang awak dan saya jugak tahu, awak pun sayangkan saya. Perasaan kita sama but still you ignore all those feeling. Just because of your so called beloved friend. Wake up Gia. Sampai bila awak nak nafikan perasaan awak ni. Kawan awak tu tak peduli sikit pun perasaan awak. Duk mengutuk belakang awak lagi la,” sedikit menjerit suara Faiz. Geram dengan keadaan antara kami sekarang ini.

Panas hatiku mendengar sindiran Faiz itu. Berapi-api telingaku.

“Faiz, kalau awak telefon saya malam-malam ni semata-mata nak mengutuk kawan saya, baik tak payah. Saya kenal kawan saya tu lebih lama dari awak, jadi tak payahlah awak nak jadi batu api pulak,” aku semakin geram dengan sindiran Faiz.

Dalam diam aku mengakui sememangnya kata-kata Faiz itu betul. Selama ini memang aku tahu yang Akmal selalu tidak puas hati denganku. Terutama sekali apabila melibatkan Faiz. Walaupun sudah puas aku mengalah, tetapi ada sahaja yang tidak kena di mata Akmal sehinggakan membawa pertengkaran antara kami. Persahabatan kami berlima semakin renggang bila semakin banyak kata-kata dusta ditabur. Aku mengalah dan pasrah. Bukan aku tidak sayang dengan persahabatan kami, namun apabila hanya kata-kata sebelah pihak diambilkira, aku merajuk dan membawa diri.

“Akmal suruh saya masuk pinang dia bulan depan!” Kenyataan itu menyentap hatiku. Terdiam. Diatur nafas supaya bertenang.

“Gia.. Gia... ,” Faiz memanggil apabila aku menyepi.

“Hmm.. ya. Awak cakap ape tadi? Akmal suruh awak masuk pinang dia. Eh, baguslah tu! Korang pun dah lama kawan kan. Kena la ikat cepat-cepat. Kan dikebas orang, awak pulak yang gigit jari,” aku cuba berlagak tenang. Nasib baik kami bercakap di telefon, bolehlah kesedihan yang melanda ditutup. Aku meletakkan tangan ke dada, berharap ketenangan boleh menjadi milikku lagi selepas ini.

“Tapi saya tak nak. Saya nak awak. Saya masuk pinang awak ye. Kalau awak nak, esok jugak saya suruh mak dan ayah saya datang rumah awak, pinang awak. Awak setuju ye, Gia?” Pujuk Faiz lagi. Tanpa jemu dia memujuk, mengharapkan persetujuan insan tersayang.

“Eh, awak ni dah buang tabiat ke! Awak sedar tak ape yang awak cakapkan ni. Ke awak ni mamai?” Aku terkejut dengan kata-kata Faiz itu. Kiranya malam ni, Faiz memang nak buat aku tak boleh tidur. Pelbagai kejutan dikhabarkan sehingga mengubah rentak jantungku. Sesaknya kian terasa.

“Tak, Gia. Saya sedar dan saya masih waras lagi. Saya memang nak pinang awak. Saya nak awak yang jadi isteri saya, bukannya perempuan tu. Saya tak sanggup nak hidup bersama dengan perempuan yang hanya ikut kepala dia sahaja. Hanya pendapat dia aje orang nak kena dengar, hanya perasaan dia aje orang nak kena jaga. Habis tu, perasaan dan pendapat saya nak dicampak ke mana?” Aku hanya diam. Mengumpul kekuatan untuk membalas.

“Saya dah dapat bayangkan kehidupan saya nanti. Seksa saya nanti. Kesianlah kat saya, Gia. Sanggupkah awak tengok saya terseksa dalam hubungan yang macam tu?” Ujar Faiz lagi, memancing simpati Gia.

Aku menarik nafas seketika sebelum menghembus perlahan-lahan. Diatur ayat agar apa yang bakal diucapkan dapat menamatkan perbualan yang semakin menyesakkan perasaan ini.

“Faiz, dengar sini. Awak dengar betul-betul ape yang saya nak beritahu awak ni. Ya, memang saya sukakan awak... ,

“Yes!! Kan saya dah cakap dari dulu lagi, awak memang sukakan saya. Kalau macam tu, saya suruh keluarga saya datang pinang awak ye,” teruja Faiz dengan pengakuanku yang ditunggunya selama ini. Aku mengucap panjang dengan telatah Faiz itu.

“Dengar dulu. Kalau ya pun, biarlah saya habis cakap dulu,” ketawa Faiz dengan gurauanku.

“Okey..okey. awak cakap. Bukan ape Gia, saya gembira sangat sekarang ni,” aku hanya mampu menarik nafas. Menyeru ketenangan dan kesabaran.

“Memang saya sukakan awak dulu tapi sejak saya tahu Akmal juga sukakan awak, saya rela undur diri. Lagipun saya tengok awak melayan Akmal lebih daripada kawan-kawan perempuan awak yang lain termasuklah saya sendiri. Dari cara awak melayan dia tu, saya dah tahu memang awak pun ada hati dengan dia.

“Tapi... ” Faiz cuba membantah.

“Dengar... . awak dengar dulu! Selama ini saya asyik beri peluang kat awak bercakap, kali ini saya mintak sangat-sangat awak pulak beri saya peluang untuk bercakap. Boleh?” Pintasku, tidak memberi peluang. Aku pantas menyambung apabila Faiz diam sahaja.

“Tapi awak nak cakap yang selama ini awak takde perasaan langsung kat Akmal, begitu? Faiz.. Faiz.. bila awak ke hulu-ke hilir dengan dia, tak pulak awak fikirkan itu semua. Awak tahu tak, pada sayalah malam-malam Akmal datang bercerita tentang korang berdua. Ape yang korang berdua buat dan macam-macam lagi, jadi awak nak saya fikirkan ape lagi? Dah terang-terang korang berdua ade hubungan kan? Satu universiti boleh jadi saksi hubungan korang tu dan sekarang Akmal nak memaknakan lagi hubungan korang berdua,” menarik nafas seketika.

“Faiz, anggaplah antara kita memang tidak tercipta untuk satu sama lain. Jodoh awak bukan saya tapi Akmal. Dia mengharapkan awak, janganlah hampakan dia. Antara kita dah berlalu. Kalau memang ade jodoh antara kita, dari dulu lagi kita dah bersama tapi tak kan. Itu tandanya antara kita memang bukan ditakdirkan bersama,” semakin kendur suara, sayu menyusup ke dalam hatiku memikirkan saat perpisahan semakin nyata kini. Sepi hanya deruan nafas Faiz menyapa telingaku.

“Awak tahu tak, awak ni baik sangat. Semakin susah saya nak lupakan awak, Gia. Awak selalu fikirkan tentang kawan-kawan awak tapi ade mereka fikirkan pasal awak. Mengutuk belakang awak adelah tapi itu antara awak dan kawan-kawan awak, saya tak nak masuk campur. Satu pesanan terakhir saya, jangan terlalu mementingkan perasaan orang lain, dahulukan perasaan awak supaya nanti awak tak dipijak kepala,” menitis air mataku dengan kata-kata Faiz itu.

“Faiz, saya percaya Akmal mampu bahagiakan awak. Dia cintakan awak, awak kena ingat tu,” Aku sudah tidak mampu bersuara lagi. Tidak berdaya. Bagaimana aku hendak memujuk Faiz, jika hatiku jua turut menangis.

“Saya tak cintakan dia, Gia. Saya tak pernah pun cakap saya cintakan dia. Saya hanya cintakan awak sorang aje. Dulu, hari ini dan selamanya. Kalau awak dah kata macam tu, saya tak dapat nak buat ape-ape lagi. Saya terima keputusan awak. Saya harap inilah yang terbaik buat kita berdua dan saya akan sentiasa doakan yang terbaik buat awak. Mungkin saya yang tak matang, mungkin saya yang tak bertuah dan mungkin saya yang keliru dalam mengatur langkah sampaikan saya tak sedar saya dah kehilangan orang yang paling saya sayang. Walau apapun yang berlaku di masa depan, saya nak awak tahu yang saya selamanya sayangkan awak. Satu lagi pesan saya, jangan terlalu mempercayai ape yang nampak di mata kasar kerana selalunya ia bukan realiti yang sebenarnya. Selidik dahulu sebelum menjatuhkan hukuman. Assalamualaikum... ,”

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Perihal jemputan ke reunion telah aku tolak ke tepi. Malas nak memikirkan tentang sesuatu yang akan memberatkan fikiranku. Namun, entah kenapa mata dan hati ini gatal benar nak mengambil tahu sebarang perkembangan mengenai reunion itu. Malam itu, sekali lagi aku mengurung diri dalam bilik bacaan. Melayari alam maya. Laman Facebook aku buka. Beberapa kali klik terbentang info mengenai reunion tersebut. Semakin ramai yang komen. Setiap komen kubaca satu-persatu tanpa jemu. Ramai rakanku berminat dan telah mengesahkan kehadiran mereka. Nama-nama yang terpapar aku baca satu persatu. Terhenti pada nama Akmal. Ketar tanganku. Hatiku berbolak-balik. Separuh hati mendesak untuk mengetahui tentang dirinya tetapi tanganku kaku.

Nafas kutarik perlahan-lahan. Tanpa berfikir lagi aku pantas klik pada nama yang terpapar. Profile Akmal terpampang dengan gambar dia memangku anak kecil. ‘Anak dia ke?’ Hatiku bertanya tanpa pasti. Tidak puas hati dengan apa yang kulihat aku klik lagi pada gambar yang seterusnya. Rasa ingin tahu ternyata menguasai diriku saat ini. Namun aku hampa kerana hanya aksi comel anak kecil itu terpapar dalam semua gambar yang ada. ‘Mana suami dia?’ Kepala yang tidak gatal, kugaru perlahan.

Berfikir sejenak. “Bukan ke Akmal dan Faiz tak jadi kahwin tapi anak itu anak siapa?” Soalan itu tergantung di hujung bibirku tanpa jawapan yang pasti. Tidak mahu membebankan fikiran, aku log out dan menutup laptop. Lampu bilik bacaan kututup sebelum menjengah ke ruang tamu. Senyap dan gelap.

“Mesti abang dah naik ke bilik ni.” Aku mengatur langkah kembali ke arah bilik tidur kami.

“Awalnya abang ma... ,” ayat itu tak sempat kuhabiskan bila terpandangkan suamiku yang sedang mengemas bagasi. Zikri mengangkat kepalanya apabila menyedari kehadiranku. Senyuman dihulur. Pandangan pelikku tidak dia pedulikan.

“Abang kemas baju ni nak pergi mana? Abang tak cakap pun kat ayang yang abang kena pergi outstation?” Aku duduk dibirai katil sambil memandang tepat ke arahnya. Suamiku itu masih lagi berkemas. Semakin berkerut dahiku apabila melihat pakaianku sekali di masukkan ke dalam beg itu.

“Kenapa baju ayang pun abang kemas sekali? Ayang tak bolehlah nak ikut abang kali ni. Ayang mana apply cuti lagi!” Aku mencebik bila perasaan pakaianku pun turut dikemas oleh suamiku. Zikri memasukkan pakaian terakhir yang berselerak di atas katil dan terus dizipnya.

“Abang dah tolong applykan cuti untuk sayang,” Zikri meraih sayang tubuhku sambil tersenyum. Aku semakin pelik, suamiku itu banyak tersenyum malam ni. Macam ada sesuatu yang disorokkannya.

“Eh, bila masa pulak abang apply cuti untuk ayang? Macam mana ayang boleh tak tau pulak?” Aku beralih pandang pada Zikri yang sedang tersengih-sengih.

“Baby nak pergi bercuti tak? Papa nak bawa mama dan baby pergi bercuti esok!” Zikri menunduk mendekatkan telinganya pada perutku. Aku hanya menggelengkan kepala dengan tingkahnya itu. Tanganku mengelus mesra rambut suamiku pula. Terhibur dengan tingkahnya sehinggakan gelak kecil meletus dari bibirku.

“Abang, baik abang cakap betul-betul dengan ayang. Ape maksud abang nak bawa ayang dengan baby bercuti? Abang jangan nak mengelat lagi?”

“Bila masa pula abang mengelat ni. Abang cakap yang betul. Kita bertiga akan pergi bercuti esok,” Zikri mengusap lagi perutku lembut.

“Tapi ayang tak apply cuti, macam mana nak pergi bercuti pulak?” Berkerut-kerut dahiku.

“Ai.. takkan sayang dah lupa Puan Zaiton, bos sayang tu member abang. Abang telefon dia minta luluskan cuti sayang. So dah settle kan, sekarang kita tidur. Esok kita nak jalan jauh. Jom,” Zikri mencuit hidungku yang sudah tersenyum-senyum. Dia bangun menutup suis lampu.

“Nanti dulu, abang belum bagitau lagi kita nak pergi bercuti ke mana?” Zikri tidak jadi bangun. Si isteri dipandang.

“Surprise. Abang takkan bagitau sayang sekarang. Nantis ayang akan tahu sendiri. Okey?” Dahiku dikucupnya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Aku dan Zikri tiba di Permaisuri Hotel & Resort menjelang tengahari. Setelah check in dan makan tengahari, mereka hanya berehat-rehat di dalam bilik. Pelbagai perkara muncul di benakku ketika ini tetapi memandangkan kami datang ke sini untuk berehat, segala persoalan itu ditolak ketepi buat sementara waktu. Apatah lagi apabila melihat suamiku bersungguh-sungguh merancang percutian kami. Aku tak mahu spoilkan moodnya.

Petang itu, aku menarik Zikri berjalan-jalan di sepanjang pantai. Damainya suasana dengan tuipan angin laut. Kamera di tangan pantas memainkan peranan. Pelbagai pose menarik dan romantis ditangkap. Kami berjalan-jalan sambil memerhatikan telatah pengunjung yang lain. Penat berjalan dan bergambar, aku mengajak Zikri berehat-rehat di kerusi yang disediakan di sepanjang pantai. Masing-masing membisu menikmati panorama matahari terbenam. Berkilau-kilau lautan dibuatnya. Pancaran flash kamera masih tidak henti-henti menimpa wajahku, namun aku hanya membiarkan. Aku leka dengan keindahan alam di depanku kini.

“Jom balik bilik. Abang jealous sayang asyik pandang depan aje. Abang kat sebelah ni sayang tak endahkan pun,” Zikri berkira-kira untuk bangun apabila aku mengapai tangannya.

“Gia sayang abang,” tersengih Zikri dengan pengakuanku.

Malam itu, setelah usai solat Isyak, Zikri mengeluarkan persalinan merah hitam berupa jubah labuh lengkap dengan tudung dan meminta aku memakainya. Terpana sejenak. Jubah itu aku ambil dan diteliti. Menarik dengan hiasan manik dan labuci. Aku memandang pula ke arah suamiku. Lengkap bersut. Tampan sekali.

“Kita nak pergi mana ni, bang? Bukan nak pergi makan malam aje ke?” Semakin pelikku bila suamiku mengenakan topeng muka pula.

“Eh, nape tak siap lagi ni? Nanti kita lambat. Tak syok pulak nanti. Sayang siap dulu, abang janji abang akan terangkan segalanya pada sayang. Sekarang yang penting, sayang abang ni siap dulu,” gesa Zikri. Aku menurut dalam kekeliruan yang amat.

Dua puluh minit kemudian, usai mengoles gincu di bibir aku bangun menghampiri Zikri yang sedari tadi berbual di telefon. Panggilan telefon ditamatkan. Matanya terpaku padaku yang sedang tersenyum memandangnya.

“Cantiknya isteri abang!” Puji Zikri ikhlas.

“Terima kasih. Pandai abang beli baju ni. Selesa sangat. Tapi kita nak pergi mana ni?” Aku masih musykil. Zikri tidak menjawab. Dia masih memerhatikanku. Serius sahaja lagaknya. Seolah-olah berfikir.

“Hmm... Sayang dah cantik-cantik macam ni, abang fikirlah kan kita tak payah la pergi dinner tu. Kita dinner dalam bilik aje la ye?” Terangkat-angkat keningnya. Nakal sungguh.

Aku membulatkan mata. “Abang jangan... ayang dah penat siap cantik-cantik ni. Abang ni... geram tau!” dicubit lengan suaminya. Zikri menjerit kecil.

“Ouch... . okey, Okey! Abang gurau ajelah. Malam ni kan special tapi sebelum itu, sayang kena pakai topeng,” dihulurkan topeng kepadaku.

“Okey, perfect. Jom kita pergi,” tangan dihulur setelah memakai topengnya pula. Bergandingan kami berjalan menuju ke tempat yang masih menjadi rahsia bagiku.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dari jauh aku mendengar sayup-sayup bunyi muzik. Berpaling ke arah suamiku. Tiada reaksi melainkan tepukan perlahan di tanganku. Semakin hampir semakin berdebar dirasakan. Aku dapat melihat ramai orang memasuki dewan yang bergemerlapan dengan cahaya itu. Kala itu aku terfikirkan sesuatu. ‘Mungkinkah?’ Aku menggeleng-gelengkan kepala sebagai balasan bagi andaian yang bermain di kepalaku. Kaki semakin menggeletar dan tangan pula semakin sejuk. Perlahan-lahan di sebalik topeng, aku menarik nafas perlahan-lahan.

Di hadapan dewan, kami berhenti sejenak untuk mendaftar. Semuanya diuruskan oleh Zikri, aku hanya menurut apabila Zikri menarik tanganku menuju ke arah meja yang telah disediakan. Dalam pada itu, aku hanya menganggukkan kepala apabila berpapasan dengan mereka yang berada di dalam dewan itu walaupun rata-rata sedang mengenakan topeng. Aku cuba mencari banner atau sesuatu yang boleh memberikan aku maklumat mengenai acara ini, namun dengan suasana yang agak kelam di dalam dewan, aku tidak berupaya. ‘Menyesal pulak tak tumpukan perhatian pada banner kat luar tadi,’ aku mengeluh sendirian.

Saat pengerusi majlis memulakan acara diikuti dengan bacaan doa, aku masih diam. Mengutuk kecuaian sendiri. Kemudian lampu dipadamkan atas arahan pengerusi majlis. Tersentak sedikit. Terus tangan Zikri kucapai. Zikri merapatkan kerusinya. Meredakan kejutan. Dalam hati sebenarnya dia pun turut berdebar, tak tahu bagaimana reaksi Gia nanti. Dia amat berharap Gia tidak marah, namun dah sampai ke saat ni, dia tidak mampu menarik diri lagi. Sebentar lagi semuanya akan terbongkar.

“Okey, dengan kiraan saya semua kena buka topeng!” Suara pengerusi majlis bergema lagi.

“1... 2... 3.. boleh buka sekarang!” Serentak itu lampu diterangkan perlahan-lahan. Aku menuruti dan menunggu. Menunggu sesuatu berlaku. Tidak lama kemudian, suasana dalam dewan gamat dengan sorak tawa dan tangisan.

Aku memandang ke arah suamiku namun wajah yang menyapa pandangan mataku membuatkan mataku bergenang. Di sebelahku kini bukan wajah suamiku tetapi wajah yang selama ini cuba dipadamkan dalam ingatanku. Malah bukan hanya wajah itu sahaja tetapi aku kini dikelilingi dengan wajah-wajah yang dirindui selama ini. Mereka semua memandang ke arahku. Mata masing-masing sudah bergenang. Aku hanya memandang mereka satu persatu sebelum memandang ke arah suamiku yang tersenyum mesra. Aku memandang pula ke arah pentas utama. Perlahan-lahan aku membaca apa yang tertera di situ.

“PERJUMPAAN PELAJAR KURSUS KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM BATCH 2003/2004”

“Ya Allah,” beristighfar aku seketika. Mereka yang berada di situ cuba memeluk tubuhku namun aku pantas bangun. Aku tidak tahu nak berbuat apa ketika itu. Apa yang difikiranku kini hanya ingin pergi dari situ. Suara yang memanggil namaku tidak dipedulikan.

“Gia!!!” Air mata kini bercucuran di pipi. Namun langkahku tidak jauh apabila dihalang Zikri. Suamiku itu memeluk tubuhku kemas.

“Gia jangan lari lagi, sayang. Perkara ni takkan selesai selamanya kalau kali ini pun Gia larikan diri. Perlahan-lahan ia akan memakan diri Gia. Sayang yang akan susah nanti,” lembut Zikri memujuk isterinya. Belakangku diusapnya lembut.

“Kita semua ade kat sini nak jernihkan keadaan. Abang tahu sayang rindukan mereka semua. Sekarang jalan dah terbuka untuk sayang. Abang tahu, sayang kuat jadi janganlah sayang lari lagi ye,” dengan kata-kata itu, Zikri memusingkan tubuhku menghadap rakan-rakan yang masih menanti dan mengharap.

Air mata menjadi bukti perhubungan yang pernah terputus dahulu kini jernih. Kini aku tenggelam dalam pelukan teman-temanku. Zikri meminggir memberi peluang kepada isterinya. Dia mendekati sekumpulan lelaki yang melihat isteri masing-masing berendam air mata. mereka bersalaman dan bertukar senyuman. Tanda rancangan yang diatur selama ini menjadi.

“Jom kita duduk dulu. Banyak hal nak cerita ni. Kesian kat mak buyung berdiri lama-lama,” kata gurauan daripada Suhana mengundang ketawa semua. Masing-masing menyapu air mata yang masih belum mahu berhenti. Aku hanya menurut bila tanganku ditarik Akmal. Ya, Akmal yang suatu ketika dahulu mencarik lumat perasaanku.

“Gia, aku nak mintak maaf daripada kau. Aku banyak lukakan hati kau dulu. Aku lupa kaulah sahabat aku yang paling banyak berkorban untuk teman-temannya. Aku buta hanya kerana seorang lelaki. Aku menyesal, Gia,” Akmal menangis lagi. Sungguhn dia menyesal dan perasaan itu dibawanya sehingga kini.

“Tak, aku pun salah. Aku tahu kau sukakan Faiz tapi aku tetap kawan dengan dia,” aku menarik tubuh Akmal ke dalam pelukanku. Memujuknya. Ain, Suhana dan Zaila turut menangis sebak.

“Gia, saya pun nak mintak maaf kat awak,” suara Zaila membuatkan aku meregangkan pelukan.

“Zaila, awak tak salah ape pun dengan saya. Kenapa nak mintak maaf pulak?” Mendengar ayat yang keluar dari bibirku membuatkan Zaila semakin teresak. Suhana mengusap belakangnya.

“Sebenarnya, saya yang jadi batu api antara kita semua. Saya jealous. Korang semua rapat sampaikan kadang-kadang saya rasa terpinggir. Bila saya nampak Faiz kejar awak dan luahkan perasaannya kat awak, saya terus bagitau pada Akmal yang awak cuba rampas Faiz. Saya mintak maaf Gia,” sungguh aku terkejut dengan pengakuan Zaila.

“Saya terima maaf awak. Awak tak salah cuma masa tu kita semua masih muda. Banyak bertindak ikut kata hati. Dahla jangan nangis. Buat malu aje, dah jadi mak orang pun perangai masih macam budak-budak,” tubuh Zaila kuraih. Esakkan Zaila kedengaran sayu. Dia memang kesal kerana mulutnya, persahabatan mereka berlima berkubur tanpa nisan.

“Gia, saya pun nak mintak maaf kat awak. Saya tak tanya awak dulu, terus jump to the conclusion. Maafkan saya ye?” Aku hanya menganggukkan kepala tanda menerima ucapan maaf Ain. Dalam esak tangis kami, aku mula terfikirkan sesuatu.

“Tapi macam mana saya boleh hadir majlis ni, sedangkan saya tak pernah accept pun invitation dalam Facebook tu?” Soalanku membuatkan mereka berpandangan sesama sendiri. Pelik. Seolah-olah ada sesuatu yang disorokkan daripadaku.

“Hmm, kalau yang itu Gia kena tanya mastermind di sebalik semua ni,” aku menurut pandangan Suhana dan mataku terpaku pada suamiku yang sedang memandang ke arah kami. Seakan sedar dirinya menjadi topik perbualan kami, dia mendekat. Senyuman mekar di bibir. Tetapi bukan dia sahaja, kumpulan lelaki dan anak-anak kecil yang sebentar tadi galak berborak sesama mereka turut sama menyertai kami. Zaila yang duduk di sebelahku bangun dan memberikan tempatnya kepada Zikri.

“Abang ade benda nak bagitahu sayang tapi sebelum tu sayang kena janji takkan marah ye?” Soalnya perlahan. Aku hanya mengangguk kepala dalam kebingungan.

“Ala, kau tak payah risaula Zikri. Kami semua ade kat sini. Boleh back up nanti,” ujaran itu mengundang tawa mereka di mejaku. Lelaki yang bersuara itu seakan kukenal. ‘Ya, lelaki ini yang aku jumpa bersama Suhana dulu,’ hatiku mengiakan.

“Betul tu. Kami ade. Gia tak boleh nak marah punya,” sokong Suhana pula. Malas nak menyesakkan fikiran, aku memfokuskan pandangan pada suamiku.

Zikri mengusap lembut tanganku. Seketika dia menarik nafas perlahan, menyusun kata barangkali. “Sebenarnya, abang senyap-senyap buka akaun Facebook sayang. A’ar.. jangan potong dulu, biar abang habis cakap dulu,” aku yang baru hendak membatalkannya. Spontan aku menarik mulut. Gelagat kami berdua mengundang tawa rakan-rakan semeja.

“Hai Gia, sejak bila awak ni pandai merajuk. Dulu tak main la merajuk ni,” giat Suhana. Sekali lagi tawa mereka terburai.

“Ehem... boleh saya teruskan,” Zikri mencelah bila isterinya digiat. Semua menganggukkan kepala. Zikri memandangku dan tanganku diraih kembali.

“Kat mana tadi ye. Oh, pasal akaun Facebook tu. Sebenarnya hal ni bermula masa kita balik kampung hari tu. Ayah dan mak ade tanya kat abang kenapa sayang murung. Mak dan ayah risau, abang pun risau. Tambah-tambah lagi bila kesihatan sayang pun terjejas kerana hal ini. Secara tak sengaja mak ade sebut tentang hal sayang masa study dulu. Jadi abang tanya ayah dan malam tu ayah cerita.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++kedamaian petang itu sirna dengan suara maki hamun dan jeritan yang datang daripada halaman rumahku. Emak dan ayahku sudah menjengahkan muka. Mungkin hatiran dengan tingkah Akmal yang sedang memarahiku. Kemudian muncul pula kereta BMW 3 Series kepunyaan Haji Samsul dan Hajah Jamilah yang menjalar masuk ke halaman rumah kami. Emak dan ayahku kemudiannya buru-buru turun. Tidak tahu hujung pangkal apa yang berlaku ketika itu.

“Sudah..sudahla tu Akmal. Buat malu aje orang tengok. Mari kita balik,” pujuk Hajah Jamilah, mama Akmal menarik tangan anaknya. Haji Samsul, papanya pula hanya diam memerhati.

“Biar semua orang tengok. Biar semua orang tahu. Lagi elok kalau semua orang tahu!” Akmal menyentak tangan mamanya dengan kasar. Aku tahu emak dan ayahku terkedu dengan apa yang dilihat mereka saat itu. Hajah Jamilah apatah lagi. Kaku dia dengan kelakuan anak kesayangan. Manakala, Haji Samsul sudah terbuntang matanya.

“Ape... ape sebenarnya yang berlaku ni?” Emak memandangku. Tubuhku yang sedang menangis digugah lembut. Namun aku hanya diam.

“Tak payahla Mak Timah tanya dia. Dia takkan mengaku punya. Kalau Mak Timah dan Pak Hassan nak tahu, anak kesayangan Mak Timah dan Pak Hassan ni dah rampas tunang saya. Entah ape la dia dah hasut Faiz sampaikan Faiz nak putuskan pertunangan kami, Mak Timah tahu tak?” Mencerlung mata Akmal memandang ke arah Gia. Semakin meluat dia melihat air mata yang mengalir itu.

Semua yang berada di situ terkejut dengan tuduhan Akmal. Emak terus sahaja meraih tubuhku.

“Betul ke Gia, ape yang Akmal cakapkan tu?” Soal Mak Timah debar. Mintak-mintak ianya tidak benar. Pak Hassan pula mendekat. Mahu mendengar jawapan Gia. Tiada suara yang keluar melainkan gelenggan dari Gia. Melihat gelenggan Gia, Akmal semakin naik hantu.

“Eh, perempuan ape lagi yang kau nak nafikan, Hah! Mengaku ajelah yang kau tu memang dengki dengan aku. kau puas hatilah sekarang ni kan. Faiz dah putuskan pertunangan kami! Tu, persiapan majlis nikah aku, kad kahwin yang aku dah edarkan siapa nak jawab. Malu aku. Mana aku nak letak muka aku ni. Kau cakap! Kau takpelah, memang dah muka tak tahu malu,” berapi-api marah Akmal ketika itu.

“Akmal!”

PANG!!!

“Kurang ajar punya anak. Papa dan mama tak pernah tahu ajar kau kurang ajar dengan orang. Memanglah kau ni bongkak. Sekarang barulah papa faham, maksud kata-kata Faiz bila dia telefon papa nak putuskan pertunangan kamu. Memang elok pun, Faiz putuskan pertunangan itu. Kalau papa pun, papa tak nak ambil kau ni jadi isteri. Takde adab langsung. Tak tahu nak hormat kat orang!” bergetar tubuh Haji Samsul. Merah mata tanda menahan marah. Sungguh dia geram dengan perangai anaknya. Tersentak semua yang berada di situ.

“Dah... . Milah awak bawa anak awak ni masuk dalam kereta,” Hajah Jamilah patuh dan dengan pantas dia menarik tangan Akmal. Dia pun sebenarnya kecut perut dengan tingkah suaminya ketika itu. Suaminya itu jarang marah tapi kalau dah marah, mahu ketar lutut. Akmal memegang pipinya yang merah bekas tamparan papanya. Tak pernah papanya marah begitu sekali. Air mata perlahan-lahan mengalir lesu.

“Gia, pakcik minta maaf ye. Sebenarnya semua ni salah Akmal. Gia tak salahpun. Faiz dah terangkan segalanya pada pakcik. Pakcik pun tak salahkan dia. Elok jugak dia putuskan pertunangan ni sekarang, kalau nanti dah nikah, lagi haru. Hmm... pakcik tak dapat nak bayangkan..,” Haji Samsul menepuk bahuku yang sedang menangis dalam pelukan emak.

“Kak Timah... Bang Hassan, saya mintak maaf ye. Saya memang tak pandai nak didik anak. Jadi macam tu la,” Haji Samsul memandang ke arah keretanya. Kelihatan isterinya itu sedang memujuk Akmal.

“Kami faham, Haji,” Pak Hassan menepuk bahu Haji Samsul lembut. Mak Timah hanya mengangguk.

“Saya harap abang dan kakak tak salahkan Gia. Memang anak saya tu takde jodoh dengan Faiz. Bukan Gia penyebabnya. Sudah memang ketentuan-Nya begitu. Saya terima dengan redha. Tapi tau ajelah budak-budak ni, bukan nak fikir pakai akal. Bertindak melulu, ikut suka dia aje,” dengan kata-kata itu, Haji Samsul meminta diri.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Berlinangan kembali air mataku. Zikri pantas mengesat air mata itu. Semua seakan kaku mendengar cerita Zikri. Akmal menangis. Pantas tubuhku dipeluk lagi. Kesalan muncul lagi. Memang salah dia. Tak henti-henti kesalan itu menimpa hati kecilnya. Aku menepuk-nepuk belakang Akmal, air mata yang mengalir disapu.

“Dan mak dan ayah bagitahu abang yang sejak dari peristiwa petang tu, sayang jadi pendiam. Dah takde cerita keluar dari mulut sayang tentang teman-teman sayang ni,” Zikri menyambung cerita lagi.

“Mak dan ayah ingat sayang dah lupakan tentang hal tu tapi rupa-rupanya sampai sekarang sayang bawa kelukaan tu. Sebab tu abang tekad nak sayang hadiri perjumpaan ni. Biar semua selesai kat sini dan sayang boleh balik menjadi diri sayang yang dulu,” Zikri memandang sayang padaku. Sekuntum senyuman terbit daripada bibirku, menandakan semuanya sudah berakhir.

“Abang senyap-senyap bukak akaun Facebook sayang. Accept invitation ni. Lepas tu abang cari kawan-kawan sayang. Jenuh jugak nak cari. Bukannya abang kenalpun. Nasib baik, mak ade bagi abang album lama sayang masa study dulu. Berpandu pada gambar yang ada itulah abang jejak semua kawan-kawan sayang ni. And you know something?” Sengaja dia menyoal. Seakan teruja Zikri melihat riak ingin tahu terbit di wajahku ketika ini. Bahkan bukan aku sahaja tetapi semua yang berada di situ.

“Ape dia? Cakaplah cepat!” Ain menggesa bila merasakan Zikri berteka-teki dengan mereka. Meletus tawa dari bibir Zikri. Memandang sekilas pada isterinya yang sedang dipeluk oleh Akmal.

“Pertemuan kita di restoran dengan Suhana dulu pun rancangan abang dengan Afzan. Kalau sayang dan semua nak tahu, saya dan Afzan ni dulu kawan masa belajar kat matriks. Mula-mula tu abang tak cam jugak masa abang bukak page Suhana tapi lepas abang tengok info yang ade, baru abang pasti. Abang usaha cari nombor contact dia dan akhirnya dapat. Lepas tu semua according to the plan, tak gitu Afzan?” Soal Zikri kepada Afzan yang sudah tersengih-sengih. Semua memandang pula kepada Afzan.

“Abang tak bagitahu Su pun. Pandai abang simpan rahsia ye!” Suhana mendekati suaminya dan dengan mesra lengan suaminya itu dipeluk manja.

“Tapi tak pe. Terima kasih abang!” Semua bertepuk tangan. Rakan-rakan lain yang sedang menjamu selera dan berbual memandang ke arah meja kami. Raut kegembiraan ada di mana-mana.

“Tapikan Gia, saya nak mintak maaf pasal Haziq rempuh awak. Yang tu memang takde dalam perancangan langsung. Kalaulah ape-ape jadi kat awak masa tu memang saya tak dapat nak maafkan diri saya,” Afzan memandangku dan Zikri. Sesalnya dibawa sehingga ke hari ini. Semua yang ada tercengang. Masing-masing bertanya kepada Afzan apa yang berlaku. Terpaksalah Afzan bercerita secara ringkas. Ungkapan Istighfar dan Alhamdulillah meluncur dari bibir masing-masing.

Zikri memeluk tubuh Gia lembut. Dia bersyukur kerana isterinya itu dapat menerima semuanya dengan tenang. Senyuman isterinya mengundang rasa senang di jiwanya. Isterinya kini dikelilingi oleh insan-insan yang selama ini senantiasa dirindui. Mereka kemudiannya beralih pula ke meja hidangan. Setelah penat menangis, baru kini terasa lapar.

Bila semua kekeruhan telah dijernihkan, suasana hanya dipenuhi dengan gelak ketawa. Riuh meja mereka dengan suara yang bercerita. Kini semua rakanku telah mempunyai keluarga masing-masing. Aku tersenyum melihat telatah mereka melayan anak dan suami masing-masing. Dalam enak menjamu selera tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.

“Eh... kalau Faiz tak kahwin dengan Akmal. Dia kahwin dengan siapa?” Soalan yang meluncur laju dari bibirku merencatkan suasana riuh tadi. Semua memandang antara satu sama lain.

“Ehem... suami sayang ade kat tepi pun, sayang masih fikir pakwe lama ke?” Aku tersenyum dengan rajuk suamiku itu. Gelak-gelak kecil memenuhi meja makan.

“Ayang bukan fikirkan dia. Ayang cuma nak ambil tahu aje. Ala, jangan la merajuk!” Aku pantas merapatkan diriku pada Zikri. Memujuk.

“Kalau tak salah saya, last saya jumpa dengan dia dua tahun lepas. Masa tu terserempak dengan dia kat klinik. Ingat tak bang, lelaki yang selisih dengan kita masa kita nak jumpa Doktor Wardah. Dia cakap nak buat check up isteri dia,” Zaila memandang suaminya, Imran. Kelihatan dia berfikir seketika. Kemudian dia mengangguk.

“Masa tu isteri dia dah sarat, jadi rasanya dah dekat dua tahun la anak dia sekarang. Faiz cakap isteri dia tu kawan sama tempat kerja dengan dia. Ha.. lebih kurang gitulah,” Zaila meneruskan suapannya.

“Patah hati ke, pakwe lama dah kahwin, hmm?” Terburai lagi ketawa mereka. Aku menarik muka dengan gurauannya. Dari tadi tak habis-habis aku kena giat.

“Okey... abang zip!” Zikri membuat aksi menarik zip di bibirnya. Sekali lagi ketawa mereka terburai.

“Okey, kita tiba ke acara kemuncak. Sekarang kita akan mengambil gambar kenang-kenangan,” suara pengerusi majlis mematikan ketawa mereka. Semua menumpukan pada apa yang diucapkannya.

Aku memandang Zikri. “Terima kasih abang. Gia sayang abang!” Ujarku tulus buat suamiku yang banyak berusaha mengembalikan cahaya dalam hidupnya. Zikri mengucup jemariku lembut.

“Abang pun sayangkan Gia,”

Mereka semua berkumpul di hadapan pentas. Pelbagai pose diberikan. Gelak tawa mengiringi waktu yang berjalan. Kini, aku mampu tersenyum bila mengingati kenangan kami berlima. Terima kasih kepada Zikri yang membuka peluang dan terima kasih kepada teknologi yang mengumpulkan kami kembali. Merapatkan yang jauh. Menjernihkan yang keruh. Kini hanya satu harapanku, persahabatan yang terjalin, jangan ada lagi sengketa yang akan memisahkan kami lagi. Gia, Akmal, Ain, Suhana dan Zaila memandang satu sama lain dan berikrar menjadikan pengalaman lepas sebagai panduan yang berharga. Sebagai ingatan di atas kealpaan masa silam. Sesungguhnya kasih itu tak akan putus.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2021 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved