Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 10 years ago • 2,648 viewed


Percaya atau tidak, kulit tembikai boleh dijadikan satu resepi yang menyelerakan. Halwa juga boleh dibuat dengan menggunakannya. Jangan dibuang begitu sahaja. Kulit tembikai yang dimaksudkan ialah kulit tembikai merah atau kuning.( Bukan tembikai susu ea.) Resepi nenekku yang plg sedap abad ni..Hidangan ni boleh dinikmati dengan ikan masin/kering dan sambal belacan….So, sesuai dgn orang yg nk save budget (hujung-hujung bulan especially smntara tgu duit gaji kan) atau nk ikat perot…hekhek…sabar jela..leh je mkn dgn apa2…jgn cirit birit sudeyh..

Bahan-bahan:

  1. ½ biji tembikai (kulitnya sahaja)-kupas dan potong mcm kiub buah kundur, tp lebarkan sedikit…(xnk potong or letak sejelepuk pon xpe …tp mcm x selera lah pulop kn…hekhek..)
  2. 3-4cwn air..ikot sukatan brape byk kulit tembikai yang direbus...
  3. Segenggam daun selasih
  4. Sehelai daun kunyit (siat kasar, klo kecik2 pon leh je)
  5. Sebatang serai (dititik)
  6. Ikan bilis ditumbuk sederhana halus(anggaran ¾ genggam atau 40-50 ekor, pepandai la bg….jgnla bawak kalkulator lak…jgn smpi ade parents yang pnc sy n marah2 sbb ikan bilis diorg cpt habes sbb anak mereka suka masak resepi ni…adodoi...
  7. 3 ulas bawang putih (dimayang)
  8. 2 ulas bawang merah (dimayang)
  9. Garam secukup rasa
  10. Suhun direndam dan ditos


Cara-cara:
  1. Rebus kulit tembikai dengan air dan serai…biarkan smpi lembut…jgn lembik sudeyh…
  2. Masukkan ikan bilis dan bawang-bawang yang dimayang tu..
  3. Masukkan daun selasih dan kunyit (jgn lupa cerai-ceraikan n basuh…kemproh tol..lg2 org bujang)
  4. Masukkan garam
  5. Rasa dulu, x cukup pepandai la author..nk rasa kfc, tmbh la tepung..serius, masuk tong sampah la kulit2 tembikai itu..
  6. Bila rasa dah empuk dan masak, masukkan suhun tadi... .tutup api dan sedia untuk dihidang.

  • Boleh dihidang dengan nasi panas dengan sambal belacan dan ikan kering... sedap sgt! Ada telur goreng or ikan masak sambal memang ur lunch sgt perfect..
  • Kepada suami soleh dan isteri solehah, selamat memasak ye... enjoy ur meal walaupun xcukup budget ke ape... xpe dan jgn sedih.. rezki tu ada dimana-mana..pelbagaikan apa yang ada..



  • Sekian dpd chef Adda yang comey ni…cuba, jgn x cuba…selamat menghirup kuah-kuah itu dengan jayanya... ..

    Virtual Friends - Copyright © 2001-2021 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved