Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 10 years ago • 2,292 viewed


Lokasi: Stesen bas

Waktu: Around 11 am
Cuaca: Panas-panas kurang dari suhu badan
Kelihatan seorang makcik dan dua anaknya tengah membelek-belek handphone baru warna pink. Ye. Warnapink.Anda semua tak salah baca. Macam mana tau handphone tu baru? Kita ikuti dialog di bawah ini. Moh kite!
Makcik:Ish. cemana la nak pasang lagu ni. Tokei kedai tu cakap leh pasang lagu.
Makcik tu bercakap-cakap dengan anak-anaknya yang aku rasa baru berusia 4-5tahun. Terkebil-kebil mata budak-budak tu.
Anak-anak:Mak! Mak! cepat la pasang lagu tango tango. Mak cepat la.
Makcik:Ish. sabo la. Mak tengah cuba cari mana lagu tu la sekarang ni. Haaa.. boleh pon. Cuba dengar. Sedap jugak.
Kedengaran lagu yang tak penah aku dengar. Lagu cina. Tapi tak tau lagu apa.
5 minit kemudian...
Makcik:Dik dik, leh mintak tolong tak?
Makcik tu tegur seorang gadis kat stesen bas itu.
Gadis:Ye akak. Boleh. Akak nak mintak tolong ape?
Makcik:Adik leh tak tolong stop-kan lagu dalam hp akak ni ha. Dari tadi akak xreti nak berentikan lagu ni. Ni hp baru ni. Tak pandai sangat guna lagi. Baru je beli tadi. Ada la dalam RM 600++.
Gadis:Ohh. boleh je akak. Meh saya cuba.
Makcik:Haaa.. boleh pon stop lagu ni. Time kaseh dik.
Gadis:Sama-sama kak. Hehe.
Makcik itu kemudian merenung sesuatu di tangan gadis.
Makcik:Eh. Canggih beno handphone kamu? Kecik je. Senang pegang. Butang sikit lak tu. Fuhh. Handphone jenama apa ni? Berape ratus adik beli?
Gadis:Err... ni mp4 kak.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2021 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved