 |
Salam Mahabbah Fi Mardhotillah buat rakan VF sekalian. Apa khabar iman anda hari ini? Mungkin sebelum ini anda telah membaca artikel program khatam al-Qur’an sebelum ini yang hanya dicopy paste oleh saya melalui blog ustaz Sobri. InsyaALLAH, saya kongsikan tentang cara mengenali sistem dalam bacaan al-Qur’an khususnya cara untuk kita mengetahui permulaan setiap cerita dalam al-Qur’an. Sepertimana yang diketahui: 1 al-Qur'an= 30 Juzuk 1 Juzuk= 2 Hizb 1 Hizb= 4 Maqra’ (pecahan 1/4 hizb , 1/2 hizb) , 3/4 hizb dan 1 hizb penuh) 1 Al-Qur’an = 240 maqra’ @ pecahan Al-Quran mempunyai 30 juzuk. Setiap juzuk mempunyai 2 Hizb dan setiap Hizb pula mempunyai 4 pecahan atau maqra’. Paling mudah untuk tahu ada perkataan hizb ( حزب). Kerapkali anda akan berjumpa dengan tanda, 1/4, 1/2, 3/4 dan hizb penuh. Apabila anda menjumpai hizb itu (selalunya berada di luar kotak ayat), bermakna ianya merupakan tanda yang menunjukkan permulaan kisah atau cerita yang baru. Sebagai contoh, ayat 123 surah al-Baqarah dan sebelumnya menceritakan tentang perihal Bani Israel. Petunjuk hizb: tedapat tanda bunga selepas ayat 123. Bermula ayat 124 surah yang sama, Allah menceritakan pula tentang kisah nabi Ibrahim dan Ismail. Selalunya kita akan berhenti membaca al-Qur’an mengikut surah atau halaman. Seeloknya berhenti pada setiap عatau maqra’ hizb. Apa yang baik itu datangnya daripada ALLAH, dan buruk itu datangnya daripada saya sendiri walaupun hakikatnya, kedua-duanya datang daripada-Nya. WALLAHualam Bis Sowwab. Moga manfaatnya diperoleh oleh kita bersama. InsyaALLAH… Diriwayatkan dalam Musnad Imam Ahmad bahwa 'Ubadah Ibn Al-Shamit berkata kepada salah seorang sahabatnya; "Akan segera tiba suatu masa yang sekiranya kamu masih hidup, kamu akan meyaksikan seseorang yang membaca Al-Quran dengan bahasa Muhammad SAW, mengulang-ulang bacaan, memerintahkan yang dihalalkan dan melarang yang diharamkannya. Statusnya kemudian akan direndahkan dan kedudukannya akan diabaikan oleh kalian. Ia akan dianggap seperti keldai yang sudah mati." Tepuk dada, tanya iman... ..Sama-samalah kita berusaha untuk tergolong dalam kelompok yang 'sedikit' itu... Wassalam... |  |