Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 10 years ago • 1,497 viewed


Pada 8/1/11 - Bandar Kajang menyaksikan pasangan Farah Nadiah dan Mohd Suhalil Omar disandingkan di Dewan Besar Mpkj yang terletak di pekan Kajang. Pekan kajang bukan asing bagi kami sekeluarga dibesar dan bersekolah di sini. Pekan kecil yang sentiasa sibuk, sesibuk sate Kajang yg terkenal seantaro Malaya.


Farah Nadiah merupakan anak kedua aku tetapi menantu pertama dalam keluarga. Seawal jam 11 pagi tetamu telah datang, since semua makanan yang dihidangkan adalah air tangan mak aku dengan kerjasama keluarga Pak Teh, keluarga Pak Su dan semua saudara-mara terdekat serta ipar duai yang bertungkus lumus dalam memastikan lauk untuk 1,500 orang tetamu terhidang.
Purple was the theme for the wedding ambience. The lavender effects of calmness menyerikan suasana majlis. Antara menu2 nya rendang daging, ayam masak madu, pajeri nenas, acar buah, dalca dan acar bijan serta nasi briyani. Side dish pula 'roasted lamb' Minuman pula air anggur sempena tema majlis kami. Local delights ie cendul, talam tokio, suji coklat, karipap, tembikai susu dan papaya. Tidak ketinggalan Kopi O dan Teh.

Tepat 1.30 pm pengantin di arak dengan kompang masuk ke dewan. Sambil menuju ke pelamin, bacaan selawat oleh Ustaz Asri Ibrahim dimainkan mengiringi pengantin. Kemudian bacaan doa dan biodata pengantin dibacakan oleh Alfathil Ustaz Salleh Hassan merupakan sepupu aku. Sejurus selepas itu slideshow (sila tengok segmen video) pengantin di pertontonkan kepada tetamu. Diikuti dengan memotong pulut kuning dan makan beradap.
Terharu dan terkesima menyambut dan bertemu kembali kengkawan lama from various Public Bank branches. Pn Fakriah, kawan semasa sama2 pergi Umrah in 2001, came all the way from Temerloh, Pahang. Begitu juga dengan kengkawan sekolah Convent yang datang meraikan majlis tersebut. Terima kasih jugak untuk kengkawan dari Public Bank & ex-Public Bank, DBKL, TV3 serta semua saudara-mara, orang2 kampung yang datang.
Jauh di sudut hati kehadiran anda amat kami alu2kan dan petunjuk pada persahabatan yang berkekalan. Dengan rasa rendah diri, kami sekeluarga merakamkan jutaan terima kasih pada semua saudara-mara dan kengkawan yang hadir meraikan perkahwinan anak aku Farah Nadiah dan Mohd Suhalil. Dengan izin Allah semuanya berjalan lancar. Tapi kalau ada yang kekurangan dan layanan kurang memuaskan aku sekeluarga memohon ampun dan maaf. Kami semua mampu merancang tapi Allah jua menentukan arah tuju sempurnanya majlis tempuh hari. Selamat Pengantin Baru buat anakanda ku Farah Nadia dan Mohd Suhalil (Mario). Ibu dan ayah doakan semoga anda berdua sentiasa bertolak ansur serta menjaga keperibadian masing2 dalam melayari alam rumahtangga ini. Semoga berkekalan jodoh dari dunia hingga akhirat... InsyaAllah.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2021 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved