Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 matain88 • 10 years ago • 2,422 viewed


Fakta Yang Anda Harus Tahu

Apa yang handa harus tahu tentang revolusi rakyat di Tunisia?



Ianya bermula dengan protes maut Mohammed Bouazizi (26).Mohammed Bouazizi ialah seorang graduan sains perkomputeran yang menjual sayur dan buah-buahan di bandar Sidi Bouzid. Kerana menganggur dan kesempitan wang, Bouazizi berniaga di tepi jalan tanpa permit bagi menyara hidup keluarganya. Gerai beliau disita dan dia dilaporkan dikasari oleh pihak berkuasa tempatan. Cubaan beliau untuk melaporkan kekejaman pihak berkuasa tempatan tidak diendahkan. Sebagai tanda protes Bouazizi membakar dirinya pada 17 Disember tahun lalu dihadapan sebuah bangunan kerajaan. Beliau meninggal dunia pada 4 Januari lalu dan kematian Bouazzizi mencetus kemarahan rakyat marhaen.


Di Tunisia dianggarkan 1/3 graduan akan menganggur akibat ketiadaan kerja. Kadar pengangguran pula dikatakan setinggi 14%. Masalah ekonomi Tunisia dikatakan berpunca dari amalan korup Presiden Zine el-Abidine Ben Ali (74). Beliau menyimpan harta peribadi di Perancis yang dianggarkan bernilai GBP 3.5 billion! Isteri beliau Leila Ben Ali, dicop sebagai Imelda Marcos negara Arab kerana terkenal dengan hobinya yang suka shopping terutamnya di Dubai.


Didalam laporan Wikileaks, keluarga Ben Ali menerbangkan YOGURT dari St Tropez dengan menggunakan pesawat peribadi semata-mata untuk sebuah parti. Keluarga Ben Ali juga dikatakan mencuri sebuah yacht bernilai GBP 2 juta sesuka hati dari seorang ahli perniagaan berbangsa Perancis.

Ben Ali mengharamkan semua parti Islam serta pemakaian hijab. Corak pemerintahan sekular beliau direstui kuasa barat terutamanya USA yang mahukan sekutu dalam menentang "extremis Islam". USA memandang sebelah mata penyelewengan keluarga Ben Ali yang digelar "THE MAFIA" oleh rakyat Tunisia. Ben Ali mengamalkan pemerintahan despotik kuku besia. Nisbah pegawai polis kepada rakyat dewasa di Tunisia ialah 1:40



Tunisia memenjarakan paling banyak wartawan berbanding negara-negara Arab yang lain. Kebebasan bersuara dan media tidak wujud sama sekali. Tidak seperti di Malaysia yang adil dan saksama.

Revolusi ini ditunjangi golongan muda. 1/4 penduduk Tunisia berumur antara 15-24 tahun. Suara anak muda tidak boleh dipandang enteng dan amarah mereka terbukti menbawa bencana kepada keluarga Presiden yang korup


Presiden Zine el-Abidine Ben Ali pada mulanya melarikan diri ke Perancis untuk bersama dengan anak-anak beliau yang kini menetap disebuah hotel di Disneyland. Kos menetap sehari di hotel mewah ini ialah GBP 300.

Kapal terbang yang membawa
Presiden Zine el-Abidine Ben Ali dilarang dari mendarat di Perancis oleh Presiden Sarkozy. Akibatnya gerombolan Presiden dan konco-konco terpaksa berambus ke Jeddah, Arab Saudi. Kapir anti Islam macam Sarkozy pun tak sudi menerima Ben Ali tapi negara Islam sejati sanggup pula memberi perlindungan kepada hamjad ini.

Ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana Saudi pernah memberikan suaka politik kepada Idi Amin dan Nawaz Sharif selepas kedua-dua pemimpin "Islam" ini ditendang keluar oleh kebangkitan rakyat.This is the same ISLAMIC COUNTRY that lent Iraq billions of dollar in the war with Iran. They also kept their kurma chewing mouth shut when Iraq gassed to death the poor Kurds of Halabja. It is FUCKED UP that the leader of this Islamic country is also the custodian of The Two Great Mosques. The King of Saudi got blood in his hands and yet every year he was given the HONOUR of sweeping the interior of the Holy Kaaba'. Does that make your fucking heart boil in disgust?

Beberapa penganalisa politik menjangkakan mungkin berlaku teori domino di semua negara Afrika Utara. Rakyat tertindas di Libya, Algeria dan Mesir pula mungkin akan terpengaruh untuk melakukan revolusi mereka sendiri.

Ini amat ditakuki pemerintah barat kerana ianya mungkin berakhir dengan ISLAMIFIKASI seperti yang berlaku di Revolusi Iran 1979. Pihak Barat tidak mahu kehilangan anjing-anjing belaan yang pro barat/Israel seperti Hosni Mobarak.

Nantikan dalam masa beberapa minggu lagi, revolusi sejati rakyat yang mahu melepaskan diri dari penindasan ahlil politik pro-barat ini bakal dilabel sebagai REVOLUSI EXTREMIS ISLAM

Nantikan juga massive clampdown di Libya, Algeria dan Mesir. Semua pemimpin negara "Islam" ini sudah ketar lutut.



Oh dan nantikan juga video propaganda di SALURAN TV MALAYSIA yang bakal melebel kebangkitan menentang korupsi oleh RAKYAT ini sebagai sesuatu yang negatif. Saya yakin visual kematian dan huru-hara "Revolusi Si Penjual Sayur dan Buah" ini bakal diulang banyak kali sampai berkulat.


Ingat dan ketahui semua fakta yang saya lampirkan disini. Jangan biarkan cerita sebenar disebalik kekacauan di Tunisia ini dibobrokkan media arus perdana. Baca dan sebarkan. Knowledge is power and the more you know the easier your mind will be free from the MANIPULATED STORIES THAT WILL be repeated ad nauseum later

Akhir kata kita bersyukur kerana mempunyai Perdana Menteri yang kudus serta isteri beliau yang tidak ada persamaan langsung dengan Leila Ben Ali. Sesunggunya negara kita Malaysia diterajui kerajaan yang tulus lagi prihatin. Di Malaysia TIADA rakyat akan dipukul oleh pihak berkuasa. Jika ianya berlaki pasti sudah ada seorang rakyat Malaysia yang membakar diri seperti
Mohammed Bouazizi!Ini adalah fakta yang tidak boleh disangkal.

Selain daripada itu Dato Seri Najib adalah lebih cool dari
Presiden Zine el-Abidine Ben Ali . Saya yakin Presiden Zine el-Abidine Ben Ali tidak santai dan punya masa menjawab soalan crucial yang menguji intelek seperti "Kalau Ninja lawan Pirate siapa menang ek?".

Alhamdulillah negara kita diberkati Allah yang maha Esa. Mana ada bencana alam di Malaysia? Aman damai sepanjang tahun adalah. Ini BUKTI AQLI yang tuhan approve corak pemerintahan DS1M yang selari dengan pemerintahan Khalifah Ar Rasyidin. Kalau tak approve mesti kena bala bencana macam Kelantan sekarang. Banjir sambung menyambung.

You have been told!

Laporan dikumpul, diolah dan dialih bahsa dari sumber asal BBC , Guardian, Daily Mail, CNN dan Al Jazeera

Virtual Friends - Copyright © 2001-2021 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved