Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 10 years ago • 1,913 viewed


Thankfully, the majlis did not turn out as bad as we had feared. Kehadiran kawan-kawan, saudara-mara serta ahli keluarga kedua2 belah pihak dalam majlis yang kami menjadi hosnya, punyalah rasa suka sehingga aku rasa macam tidak menjadi aku. Baru make up "Up" sikit dari biasa dah orang mistaken aku dengan pengantin... aishhh.
Aku baru tau bahawasanya mak/bapak pengantin ni memang busy like mad. I've been walking back and forth in the Dewan with my high heels for almost 4 hours. Loteh... ., melampaulah ungkapan aku ni. Salute dengan semua kaum kerabat aku yang menyambut tetamu, memakai lengkap baju melayu dan songkok seperti yang aku pinta.
Begitulah yang dapat aku gambarkan perasaan apabila mengendalikan majlis, apatah lagi majlis pertama kali mengahwinkan anak. Tapi biasalah majlis pertama adalah yang tak kena. As the old saying goes... "there's always a first time". Pasti ada kekurangan walaupun majlis tu berjalan dengan lancar.
Memang aku perhatikan siapa-siapa yang hadir. Dan memang terdetik di dalam jantung aku dan amat berbesar hati apabila aku lihat mereka hadir.
Pakatan keluarga memang sangat perlu dalam kenduri kahwin ni. Dalam keadaan yang kelam kabut tu sedara-mara aku ni lah yang sama2 bertungkus lumus tolong membasuh pinggan, mengangkat cawan dan pinggan kotor. Tanpa pertolongan mereka-mereka ini, amat mustahil untuk menjadikan majlis ini berjalan lancar walaupun aku menggunakan khidmat caterer yang mereka pun tak terkawal during peak hours.
Antarakekurangan yang dikenalpasti semasa kenduri kahwin tempoh hari:

  • kekurangan meja dan kerusi (ini memang x dapek nak nolong dewan tu boleh accomodate for 32 tables only)
  • dessert dan cendul corner sepatutnya di asingkan daripada main menu (mengganggu yang 'que up' untuk makan nasi)
  • tetamu2 yang datang yang tak bangkit2 untuk bagi laluan pada tetamu lain (akak tak boleh buat apa lah - walaupun dah announce dengan cara berhemah)
  • walaupun pinggan dan gelas memang at any one time can serve up to 500 pax tapi banyak yang terbiar atas meja selepas tetamu bangun so tetamu lain terpaksa menunggu untuk pinggan bersih (dah complaint kat caterer yang minah Indon basuh pinggan memang lembap)
  • tetamu sepatutnya masuk ikut entrance, ini ada yang ikut tepi dewan menyebabkan ada tetamu tak dapat door gift (mintak maaf lah akak mungkin usherette tak perasan lah tuh)
  • Surau dewan tak mesra alam dan patut naik taraf (MPKj should do something)
  • Miscommunication during pembacaan biodata & slideshow (it should be biodata then follow by slideshow)
    Apa2 pun aku bersyukur pada 'Tuan Punya Dunia' kerana sangat ramai kenalan, sahabat dan kengkawan jauh dan dekat, lama dan baru datang meraikan majlis perkahwinan anak aku, anggaran sekitar 1,500 - 1,600 orang hadir berdasarkan pada 'door gift' yang aku sediakan. Kerja keras aku anak beranak selama tiga bulan sebelum majlis ini ternyata berhasil. Kerjasama dan sokongan ipar duai, sepupu2, jiran2 sangat2 aku hargai dalam memungkinkan majlis perkahwinan yang sederhana ini berlangsung dengan selesa dan sempurna sekali.

    Apa yang aku boleh nasihatkan pada pembaca2 blog ni yang nak mengahwinkan anak atau diri sendiri yang nak kahwin. Perkara penting yang mesti diambik kira ialah Budget, pakatan keluarga, catering yang bagus dan kerap solat hajat...InsyaAllah... !
  • Virtual Friends - Copyright © 2001-2021 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved