 |
(garapan ini aku karang buat menenangkan diri, bermuhasabah, dan berkongsi pengalaman dengan teman2 yang masih ada atau sudah kehilangan insan mulia ini..) TERIMA KASIH AYAH 24 tahun 6 bulan yg lalu, aku diterima menjadi sebahagian dari keluarganya makan pakaiku cukup sempurna aku mahu baju Kiko yg masa tahun 1990 dikira mahal, RM39.90 dibalik tirai langsir,aku lihat malam tu dia kira syiling dengan mak esoknya aku dapat baju Kiko itu terima kasih ayah 18 tahun lalu, masa aku dpt no.1 dlm aliran masa pertengahan tahun darjah 1 mak puji depan keluarga dan jiran2,tapi dia cuma ucap tahniah, dia beri kamus dewan setebal tilam spring, aku masam rupanya kamus itu yang aku guna hingga tamat sekolah.. terima kasih ayah 13 tahun lalu, aku berlari pulang dari ambil keputusan UPSR soalan pertama aku ajukan pada dia :- "ayah nk bagi orang hadiah apa ni..?" dia ambil tupperware dari bawah katil dia buka,penuh dengan duit, mmg dia kumpul sejak awal tahun untuk aku "ni, untuk belanja naik tingkatan 1,gunalah beli mana yang perlu" aku senyum hingga ke telinga,dalam fikiran suda terbayang barang apa mau beli terima kasih ayah 7 tahun lalu, hari pertama aku kerja,mak bangun awal pg buatkan bekal sarapan aku aku tengok dia mundar mandir di luar rumah risau fikir mcm mana aku tempuh hari pertama keje kilang tp dia langsung tak cakap atau pesan apa2 kecuali mak yang mengomel2 dan bebel2 pesan suruh keje elok2 aku senyum kerana sudah lali dengan egonya,tp tau yg dia sangat mengambil berat terima kasih ayah 4 tahun lalu, teringat ada skali tu masa aku demam teruk, batuk dan selsema tak henti2 tiap malam dialah yg akan ketuk pintu bilik aku,bertalu2 hingga aku terbangun dan akan siapkanubat batuk, air dgn ubat demam ohh anak perempuan awak ni mmg pemalasss makan ubat walaupun merungut tidurku diganggu, tp aku tau itu cara dia tunjukkan sayang pada anak2 rupanya dia tidak senang melihat aku lambat sembuh terima kasih ayah 3 tahun lalu, aku bercerita dgn emak tentang persiapan bertunang dia sangat teruja, dirasakan anak gadisnya sudah dewasa mulanya aku risau tentang perbelanjaan tapi segalanya lancar sehingga majlis selesai rupanya dia simpan duit bantuan JKM yang diterima tiap bulan untuk sempurnakan majlis aku #39;( walaupun pertunangan tu tidak kekal mcm yang dia harapkan aku amat yakin yang dia sudah berkorban apa yg termampu untuk sempurnakan tanggungjawab seorang ayah terima kasih ayah, terima kasih... . #39;( Tahun lalu, aku lihat langkahnya mulai longlai dan lemah berdirinya tidak setegap dulu badan membawa kakinya menyusun langkah emosinya mula meragam,seringkali kami tidak sependapat kerap juga aku melawan dan menidakkan katanya pun begitu, kemahuanku tidak pernah diabaikan sering sahaja pintaku akan dipenuhinya "ayah,org nk mkn nasik goreng ayah yg sdap dan lazat mcm aritu bleh" "yah,tlg parutkan kelapa..org nk masak kari,tp malas nk parut kelapa" "yah, org da basuh baju,tp x sempatla nk sidai... bleh tak tlg org yah?" "yah, nti sok pg kejutkan org awal leh?org asek lmbt bgn je minggu ni" "yah,nak 100 leh?gaji nti org ganti..takut nk mintak mak" "yah,tlg kopek nenas ni bleh,org nk mkn cicah ngn serbuk asam" dia memang hebat kopek nanas,aku sangatlah bodoh mengopek nenas kerana selalu tak berjaya untuk segala2nya, terima kasih ayah semalam, malamku ditemani bunyi turun naik nafas ayah,dan bunyi2 mesin disebelah dia bertarung nyawa,mengumpul kekuatan untuk teruskan baki hidupnya aku cuma mampu dengarkan bacaan yasin dan memohon Tuhan beri aku peluang untuk nikmati saat2 akhir ini dengannya.. aku tenung wajahnya sepuas hati, usap rambutnya sebagaimana yg dia pernah buat padaku satu masa dulu aku genggam erat tangan dia, seperti aku dapat rasakan yang ini genggaman terakhir aku buatnya.. genggaman itu longgar,tidak seerat genggamannya sewaktu memimpin aku melintas jalan 20tahun dahulu.. tapi aku buang rasa negatif itu,aku yakin dia akan pulih seperti sediakala kesedihan tidak dapat digambarkan,aku cuba untuk tidak mengalirkan air mata didepannya, tapi aku tidak cukup kuat aku sangat terluka melihat dia terseksa menanggung kesakitan disebalik tiub2 dan tusukan jarum ditubuh tua itu satu ketika,aku terlelap didakapan lengan lesunya pagi itu, kurasa dadanya berombak,nafasnya tidak selaju malam tadi semakin lemah dan perlahan Ya Allah,rupanya aku sedang menghadap saat2 nyawanya diambil air mata bercucuran ,aku tidak kuat menghadapi semua ini seorang diri Ya Allah kubisik Lailahaillallah berulangkali ditelinganya kepala aku sandarkan didadanya,sehingga saat nafasnya yang terakhir Innalillahi wainna lillahi roji'un... dia telah pergi.. Ayah yang kusayangi, Terima kasih atas segala pengorbanan masa,titik peluh,wang ringgit,kudrat,dan segala2nya yang telah ayah berikan dari org 2bulan,hinggalah 25tahun.. Pengorbanan seorang ayah yang tak ternilai,yg org langsung x dpt balas sebanding dgn apa yg ayah telah berikan.. Semoga roh ayah tenang,dan tergolong bersama golongan2 yang disayangi Allah.. Insyallah org akan selalu ber'sedekah' untuk ayah... walaupun ayah dah tak ada di mata org,tapi ayah selalu akan ada ditempat paling istimewa di dalam hati org.. org sayang ayah sangat-sangat tau.. Ya Allah, aku bersyukur kau berikan dua nikmat terindah sepanjang hidupku dan aku sangat2 bertuah memilikinya... hari ini aku redha memulangkan kembali insan mulia yang telah kau pinjamkan kepadaku selama 25 tahun ini.. aku pohon kau berikan peluang aku berkasih dengan nikmat yang satu lagi ini sepuasnya sebelum kau ambil dia atau aku kembali kepadaMu..aminn... ... ... Al-Fatihah buat Ayahanda Ariffin @ Kamal bin Abu Bakar 06-09-1942 hingga 20-01-2011 |  |