Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 3 years ago • 10,764 viewed


Sugar glider adalah haiwan 'marsupial' yang telah diambil sebagai binatang peliharaan eksotik di kebanyakan negara. Mereka tidak tergolong dan berbeza dari keluarga 'rodent', contohnya tikus, hamster dan lain-lain. Mereka mempunyai karakter, perasaan dan segala sifat yang paling manis untuk seekor binatang peliharaan yang kecil. Sering kali disalah anggap sebagai tupai terbang, memelihara sugar glider adakalanya mudah dan adakalanya leceh. Penjagaan umum mereka jauh lebih rumit dari 'rodent' dan mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada pemiliknya. Bayangkan karenah budak berumur 3 tahun? Adakalanya seronok melayan mereka, ada kalanya menyakitkan hati. Mereka pintar mengambil perhatian kita dan gemar bermain.

Sugar glider berasal dari Indonesia, New Guinea, New Zealand dan Australia. Kebanyakan sugar glider yang diambil sebagai binatang peliharaan di Malaysia berasal dari Indonesia kerana kebanyakan negara lain tidak membenarkan sugar glider dieksport. Sugar glider liar hidup di pokok atau membuat sarang di tumbuh-tumbuhan dan mereka tinggal dalam koloni seramai 6 - 15 ekor.

Mereka adalah haiwan yang berjaga malam dan menghabiskan kebanyakan waktu siang untuk tidur. Sugar glider dewasa berukuran lebih kurang seekor tupai terbang, kira-kira 5 - 7 inci panjang daripada hujung hidung hingga ke hujung badan (tidak termasuk ekor). Sugar glider dewasa yang normal selalunya mempunyai berat badan dalam lingkungan 120gm. Ekor sugar glider panjang dan gebu, selalunya lebih panjang daripada badan mereka.

Baby sugar glider (dikenali sebagai 'joey' selalunya berwarna kelabu, dan warna mereka akan berumur seiring dengan penambahan usia mereka. Di Malaysia kita ada sugar glider yang kelabu dan juga yang coklat. Kebanyakan yang coklat terjadi kerana tinggal di dalam tempurung. Oleh itu kalau tak nak sugar glider soklat, jangan letak dalam tempurung ye. Apa pon warna sugar glider, itu adalah keunikan mereka. Jadi anda tidak perlu risau tentang ini.

ok, basicly sugar glider nih bukan dari keturunan tupai atau tikus, diorg nih lebih kepada kangaroo. Asal usul dia pon Australia. Ape pon kebanyakan yang ade kat Malaysia ni dari Indonesia. Tapi yang baby semuanye breed kat Malaysia. Sugar glider betina ade kantung dekat perut dia macam kangaroo.

Sugar glider makan buah2an & ulat utk protein. Diorg nih golongan haiwan berjage malam. Kalau yang liar memang gigit dan lari tapi kalau yang jinak punye dia lebih suka duduk dgn kite.

Popo



Fifi

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved