Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 3 years ago • 3,423 viewed


Bab 1

Suasana rumah Tengku Hishamuddin sangat sunyi sekali. Hanya sesekali bunyi ngiau si Ayyu, kucing parsi milik Tengku Zahariah kedengaran. Barangkali Ayyu sangat lapar. Tiada siapa mahu melayan permintaan si kucing itu saat ini. Semua isi rumah Tengku Hishamuddin sangat sedih dengan pemergian ayahandanya, Tengku Hasanuluddin. Yang paling terkesan sekali di atas pemergian allahyarham adalah cucuandanya, Tengku Hanis Zulaikha yang paling rapat dengan beliau. Tengku Hanis bukan sahaja paling rapat tetapi juga merupakan cucu tunggal allahyarham.
Mulut Tengku Hanis tidak henti-henti membaca surah yassin daripada semalam selepas pengebumian nendanya. Satu-satunya penyokong setia dan pemberi semangat padanya telah pergi meninggalkannya.

"Kenapa nenda pergi cepat sangat? Nendakan Hanis punya old boyfriend!" rintih hati Tengku Hanis.

"Sabar Hanis. Yang pergi tetapkan pergi. Mummy kan ada ni... " Pujuk Tengku Zahariah seakan mengetahui rintihan anak kesayangannya itu. Tengku Zahariah memeluk bahu Tengku Hanis.

"Hanis tahu itu tapi nenda tak tunjuk pun tanda-tanda dia nak meninggal mummy. How can I expect that!"

Memang allahyarham tidak sakit. Dia meninggal dalam tidur sesudah solat subuh dan tiada siapa menjangka allahyarham telah meninggal dunia. Tengku Hanis yang menjumpainya sewaktu dia mahu ke pejabat. Bila dipanggil, nendanya tidak menyahut. Bila disentuh, tubuh nenda sudah sejuk dan kaku. Apalagi, meraunglah Tengku Hanis bagaikan isteri yang kematian suami.

Tengku Hishamuddin menjengah ke bilik allahyarham bapanya. Dia sayu melihat anak dan isterinya duduk bertelingkuh di sebelah katil allahyarham. Walaupun dia tinggal serumah dengan bapanya, malah dia satu-satunya anak tunggal allahyarham, tapi Tengku Hishamuddin bukanlah rapat dengan bapanya seperti Tengku Hanis. Itulah satu perkara yang sangat dikesalkan oleh Tengku Hishamuddin. Mungkin disebabkan dari kecil dia dilatih duduk di asrama sehingga merantau ke negara orang, hubungan kekeluargaan menjadi renggang. Lagipula Tengku Hasanuluddin merupakan seorang yang tegas dan terlalu sibuk membina empayar STH Holdings Sdn Bhd sehingga menjadi salah sebuah syarikat kontraktor pembinaan kelas A yang sangat terkenal di Malaysia. Tengku Hasanuluddin juga merupakan antara 10 orang yang terkaya di rantau Asia. Kesibukan itu membataskan pergaulan mereka anak-beranak dan perbualan mereka hanya terbatas kepada hal-hal syarikat sahaja.

"Kalau Hanis sedih, ayah lagi sedih. Ayah jauh sekali dengan nenda, ayah ingat masih ada masa untuk mendekatkan jurang ayah dengan nenda tetapi ayah silap sekali." Tengku Hishamuddin mengesat air-matanya.
Tengku Hanis lantas memeluk ayahnya. "Nenda sayang ayah. Ayah jangan risau, okay!"

Pintu bilik diketuk dan dikuak. Wajah bibik Jamilah, pembantu rumah Tengku Hishamuddin muncul. Mata bibik turut merah dan bengkak. Agaknya bibik juga menangis teruk. Maklumlah bibik yang selama ini menjaga makan minum Tengku Hasanuludin, dia mesti terkesan dengan pemergian Tengku Hasanuluddin yang dipanggil Tuan Besar.

"Maaf tuan, Encik Aidil, peguamnya Tuan Besar ada di bawah. Mahu jumpa semuanya tuan."
Tengku Hishamuddin mengangguk-angguk.

"Zah, Hanis... peguam dah tunggu bawah. Nak bacakan wasiat nenda. Jom kita turun. Lagi cepat kita selesaikan, lagi cepat kita selesaikan semua ini."
Tengku Hishamuddin bangun dan terus menuruni tangga ke ruang tamu di bawah. Turut bersamanya Tengku Zahariah dan Tengku Hanis. Masing-masing berwajah sayu dan sedih. Lebih-lebih lagi Tengku Hanis yang berkulit putih. Hidung dan matanya nampak merah sangat!

"Assalamualaikum semua. Semuanya sudah ada disinikan."

"Semuanya sudah ada Encik Aidil. Perlukah panggil semua sanak saudara yang lain?" tanya Tengku Hishamuddin.

"Tak perlu Tan Sri. Wasiatnya hanya untuk keluarga ini sahaja. Pertamanya saya ingin mengucapkan takziah ke atas pemergian allahyarham Tengku Hasanuluddin. Keduanya, allahyarham ada berkata pada saya seminggu sebelum beliau meninggal. Beliau minta saya membacakan wasiatnya sehari selepas pemergian beliau. Macam dia tahu sahaja dia mahu meninggal. Tapi, macam mana pun ini ketentuan ilahi, kita kena terima dan redha ya. Tan Sri, boleh saya teruskan?" ucap Encik Aidil dari Aidil & Associates. Encik Aidil bukan sahaja merupakan peguam peribadi Tengku Hasanuluddin tetapi juga peguam bagi keluarga Tengku Hishamuddin.

"Ya, teruskan."

"Ini adalah video dari allahyarham yang sempat dirakamkan beliau kira-kira seminggu yang lalu." Encik Aidil memasukkan cakera padat di dalam dvd player.

"Ehem... dah okay ke? Macam cerita P Ramlee pula saya rasa ni, Aidil!" kata Tengku Hasanuluddin sambil tergelak di dalam rakaman video itu.
Tengku Hanis tersenyum melihat rakaman itu. "Oh! Old boyfriend!" bisiknya.

"Assalamualaikum semua. Semasa rakaman video ini disiarkan, ayah agaknya sudah tiada di muka bumi ciptaan Allah ini. Ayah sudahpun pergi mengadap ilahi. Ayah berharap jangan ditangisi pemergian ayah dan biarkan ayah pergi dengan tenang. Jangan nangis Hanis ya!"

Tengku Hanis terus meraung. Dipeluknya Tengku Zahariah disebelahnya.
Encik Aidil menghentikan sebentar rakaman tersebut.

"Tengku Hanis okay ke? Boleh saya teruskan?"
Tengku Hanis mengangguk-angguk. Lantas Encik Aidil meneruskan rakaman tersebut.

"Tengku Hishamuddin, ayah minta maaf dengan apa yang telah terjadi di atas segala-galanya. Tindakan ayah dengan tidak memanjakan kamu adalah bertujuan untuk menjadikan kamu manusia. Tetapi ayah silap anakku. Kalau ayah tidak terlalu tegas, mungkin hubungan kita anak beranak boleh menjadi bertambah baik. Ayah minta maaf. Ayah harap bukan ini yang terjadi antara kamu dan Hanis, satu-satunya cucu ayah.

Tengku Hishamuddin, ayah serahkan pada kamu jawatan sebagai Penasihat ke atas syarikat kita. Untuk setakat inilah jawatan kamu sebagai Pengarah Urusan di STH. Jawatan Pengarah Urusan ayah serahkan kepada bakal suami Tengku Hanis. Ayah berterima kasih kepada kamu kerana sanggup menggantikan ayah dan menjalankan tanggungjawab yang baik selama ini. Ayah rasa tiba masanya kamu berehat dan bawa Zah makan angin. Tengku Zahariah, terima kasih kerana menjadi menantu ayah yang baik dan menjaga semua keperluan ayah selama ini. Ayah minta maaf sekiranya ayah ada buat salah pada Zah. Tiada apa yang ayah wasiatkan pada Zah, cuma Zah jagalah maruah keluarga kita dan pergi makan angin dengan Hisham. Dah lama Zah tak pergi holiday kan, asyik terperuk di rumah saja."

Tengku Zahariah tersenyum sambil mengangguk-angguk. Dia sudah bersedia menjadi menantu Tengku Hasanuluddin sejak dahulu lagi. Dia juga sudah berjanji pada ayah mertuanya untuk menjadi menantu yang baik dan menjaga maruah keluarga. Lagipula, Tengku Zahariah bukannya siapa-siapa bagi Tengku Hasanuluddin. Tengku Zahariah merupakan sepupu dengan Tengku Hishamuddin. Oleh kerana kedua orang tuanya meninggal awal akibat kemalangan, Tengku Zahariah terus sahaja dinikahkan dengan Tengku Hishamuddin seawal umurnya 17 tahun.

"Tengku Hanis Zulaikha, my beloved young girlfriend! Nenda minta maaf atas apa yang nenda akan katakan ini. Mungkin Hanis akan ingat nenda gila membuat keputusan ini tapi nenda tahu ini merupakan keputusan yang betul untuk dilakukan. Tengku Hanis, dengar baik-baik. Nenda akan menyerahkan seluruh harta kekayaan nenda pada Hanis dengan syarat iaitu Hanis akan menikah dengan lelaki pilihan nenda. Pernikahan ini perlu berlangsung dalam tempoh 3 bulan dari sekarang dan perlu mempunyai keturunan dalam tempoh 2 tahun. Sekiranya ini tidak berlaku dengan serta merta harta ini akan jatuh ke rumah anak-anak yatim."

"Hah! Ayah? Mummy? Betul ke ni?"

"Setelah harta ini jatuh ke tangan anak-anak yatim, seluruh keluarga Tengku Hasanuluddin tidak berhak menuntut dan tidak boleh lagi tinggal dirumah tersebut. Taraf keluarga akan jatuh dan perlu berdiri di atas kaki sendiri. Ingat pesan Nenda ini Hanis. Hanis ingat tak gambar budak lelaki yang nenda tunjukkan dulu? Atuknya dulu merupakan kawan baik nenda dan juga kawan yang membantu nenda membesarkan empayar STH. Semua orang ingat STH merupakan singkatan pada Syarikat Tengku Hasanuluddin tetapi sebenarnya Syaifullah Tengku Hasanuluddin. Hisham tentu ingat pada keluarga Encik Syaifullah kan? Semua butiran keluarga Syaifullah ada pada Encik Aidil bahkan keluarganya pun telah diberitahu tentang hal ini. Hanis masih ingat pada Johan? Kawan Hanis masa kecil dulu? Nenda harap ini merupakan pilihan tepat nenda. Belajar mencinta lebih baik daripada mencintai kan? Salam sayang buat semua termasuk Bibik Jamilah dan Pak Said. Terima kasih saya ucapkan pada bibik dan pak said kerana menjaga rumah ini dan keseluruhannya. Saya harap jangan tinggalkan rumah ini dan bekerjalah sebaiknya. Atas kebaikan anda dan keikhlasan anda, saya serahkan tanah saya di Sungai Petani tu untuk anda berdua. Gunalah sewajarnya. Hingga akhirnya, salam terakhir. Assalamualaikum."

Rakaman itu berhenti. Tengku Hanis termanggu. Terkejut! Rasa sedihnya belum habis, rasa lain pula yang datang. Apa yang Hanis tahu, "Nenda tak adil!!" dengusnya lalu berlalu ke biliknya. Dia lupa kesedihannya tadi, dia lupa mummy, ayah dan Encik Aidil yang ada di situ.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved