Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 Ida_Azhari • 6 years ago • 4,047 viewed


Imam Al-Ghazali berkata, kawan dibahagikan kepada 3 jenis :-

1.Kawan yang ada ilmu

Bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat kepada kita. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini.

Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.

2.Kawan yang tidak ada ilmu tapi terima ilmu kita bagi.

Dia tidak berimu tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu dan nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini.

Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu dan nasit kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah.

3.Kawan yang tidak ada ilmu dan tidak mahu menerima ilmu.

Kita ada ilmu tapi bila kita bagi ilmu dan nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam lagi alasan iaitu dia menolak ilmu dan nasihat yang kita bagi.

Iman Al-Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manafaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita pula yang terikut cara dan tingkahlaku dia yang membawa kemaksiatan kepada Allah s.w.t


Nabi s.aw. bersabda...

"Seseorang itu akan ikut siapa yang dia kawan. Jika kamu berkawan dengan tukang jual minyak wangi dan kamu tidak mampu membeli minyak wangi itu tetapi setidak-tidaknya bau harum minyak wangi akan kena juga pada pakaian kamu DAN jika kamu berkawan dengan tukang ketuk besi, biarpun percikan api daripada ketukan tidak kena pada kamu tetapi bau asap api akan kena juga pada pakaian kamu "


Kesimpulan hadis: -

Umpama berkawan dengan tukang jual minyak wangi iaitu kita berkawan dengan orang yang baik-baik iaitu orang yang selalu ingat pada Allah, orang yang selalu pergi masjid, selalu ikut kuliah agama, selalu bagi nasihat dan ajak ke arah kebaikan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut dia pergi masjid dan buat perkara-perkara yang disuruh oleh Allah dan tinggal perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.
Umpama berkawan dengan tukang ketuk besi iaitu kita berkawan dengan orang yang tidak ingat kepada Allah, orang yang selalu buat maksiat dan selalu ajak kita ke arah kejahatan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut cara dia. Kalau dia kaki karaoke, kita pun akan jadi kaki karaoke, kalau dia kaki perempuan kita pun akan jadi kaki perempuan dan sebagainya.

Oleh itu, ambillah iktibar, dan jangan tersilap pilih kawan di dunia ini.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2017 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved