Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 hjhzae • 3 years ago • 1,203 viewed


Alhamdulillah, hari ini kita telah memasuki hari ke-4 bulan Ramadhan. Sebagaimana yang direncanakan.. padajam 12.30 tengah hari tadi (04/08/11) telah diadakan siri ceramah Ramadhan Public Bank yang pertamatahun ini dari 5 siri ceramah yang telah disusun.

Ceramah yang pertama oleh Imam Muda Hassan, yang merupakan juara Imam Muda musim ke2 dengan tajuk "Ihya Ramadhan". Beliau menggantikan Datuk Dr Harun Din yang sepatutnya memberi ceramah tapi di saat akhir terpaksa tarik diri atas sebab kesihatan. Semoga kesihatan Datuk beransur pulih.

Ceramah dimulakan dengan surah Al-Fatihah oleh IM Hassan yang begitu merdu sekali. Begitu cool and compose menyampaikan ceramah yang tak lokek dengan senyuman. Memang menantu idaman Malaya lah. Beliau menyarankan agar perbanyakkan doa di bulan yang penuh barakah ini dan Nabi Muhammad SAW adalah orang yang paling banyak berdoa.


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Seperti Surah Al-Baqarah di atas ini, yang katanya, telah berulang kali disebut disetiap ceramah. Ada 4 perkara untuk menilai sejauh mana taqwa kita kepada Allah:
  • Secara umumnya, taqwa bererti takut iaitu takutkan azab dan siksa Allah. Lantaran itu, orang yang hendak mencapai darjat taqwa harus berusaha sedaya upaya mengerjakan segala perkara yang diperintahkan Allah dan pada masa yang sama menjauhi perkara-perkara yang dilarang-Nya. Dengan perkataan lain, taqwa juga mendukung maksud memelihara diri daripada menghampiri ataupunmelakukan apa jua bentuk kemungkaran dan maksiat zahir dan batin
  • Beramal dan memahami Al-Quran - Orang yang memiliki sifat taqwa dikategorikan sebagai orang yang berjaya kerana akan sentiasa beroleh pertunjuk dari Allah SWT.

  • Sifat Qanaah ialah kita merasa cukup dengan apa yang kita terimawalaupun sedikit dan kita bersyukur walaupun hanya sedikitsahaja dari bahagian dunia ini yang kita dapat

  • Bersediakah kita menghadapi hari akhirat. Oleh itu, antara pesanan Rasulullah SAW kepada umatnya dalam menelusuri titian hidup ialah sentiasa mengingati mati.


  • Bulan Ramadhan merupakan bulan yang istimewa buat umat Islam. Katanya, Seperti yang kita ketahui, dalam bulanRamadhan kita, umat Islam diwajibkan berpuasa, ia amatlah berbeza dengan bulan Islamyang lain. Selain itu, pelbagai peristiwa penting berlaku dalam bulan ini antaranya,Perang Badar Kubra dan Nuzul Quran. Disamping itu, ia mempunyai pelbagai kelebihanserta keistimewaan seperti dikurniakan Lailatul Qadar dalam salah satu malam, pahaladilipatgandakan, solat terawih dan syaitan diikat.

    Memang sudah maklum kepada kita bahawa bulan Ramadhan itu mempunyai keutamaan yang istimewa. la lebih istimewa daripada bulan-bulan yang lain. Ini adalah kerana bulan Ramadhan itu adalah dikatakan sebagai bulan ibadah. Namun demikian bukan bererti yang pada bulan-bulan yang lain itu kita tidak beribadah. Allah tetap memerintahkan kita supaya beribadah pada bulan-bulan yang lain. Sebab itulah dikatakan yang bulan Ramadhan itu sebagai bulan ibadah.

    Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved