Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 fai5_007 • 8 years ago • 6,048 viewed


Judi adalah perbuatan yang dilarang keatas mereka yang beragama Islam. Tidak perlu keluar fatwa mengatakan ianya haram , kerana ianya jelas dinyatakan dalam Al Quran. Namun orang Melayu di Malaysia ini yang beragama Islam masih ada yang berjudi samada secara terbuka di kedai ekor atau tersembunyi walaupun mereka tahu ianya haram.

Orang Melayu yang berjudi pun tahu mereka tidak akan menjadi kaya dengan berjudi. Orang Melayu yang berjudi pun tahu , duit hasil judi tidak berkat. Namun mereka tetap berjudi dan terus berjudi kerana mereka ini telah sampai ke satu tahap ketagihan judi.

Oleh itu kita sepatutnya kasihan melihatkan orang Melayu yang ketagih berjudi ini , dalam pada masa yang sama kita bencikan perbuatan mereka yang berjudi ini.

Tidak pernah kita dengar setakat ini klinik untuk merawat ketagihan judi. Sudah sampai masanya semua kita mengusahakan kaedah rawatan samada secara individu , melalui persatuan mahu pun Majlis Agama Islam untuk merawat orang Islam yang ketagihan berjudi ini.

Orang yang ketagihan judi , mereka sendiri tidak mahu berjudi , apabila mereka dalam keadaan waras atau beriman.

Judi secara tidak langsung adalah merupakan “dadah” kepada mereka yang ketagihan judi.

Terdapat dua kategori kaki judi iaitu :
“Action gamblers” iaitu “Kaki Judi Aksi” yang ketagih bermain judi untuk melihatkan risiko dan aksi. Seperti bertaruh dalam perlawanan sukan dan bermain daun terup.

Kedua ialah “Escape gamblers” iaitu “Kaki Judi Melarikan Diri” iaitu kaki judi yang berjudi kerana masalah tekanan emosi , kesunyian dan kerungsingan.

Berikut ialah Program 5 Langkah untuk merawat ketagihan judi.

Langkah 1 : Menyedari keinginan untuk berjudi adalah merupakan tanda kepada penyakit ketagihan judi dan yakin ianya boleh dirawat.

Langkah 2 : Jangan salahkan diri sendiri dan cuba fahami bahawa keinginan untuk berjudi boleh menyebabkan kerosakan fizikal pada otak.

Langkah 3 : Tumpukan perhatian. Apabila keinginan untuk berjudi datang jangan tunggu ianya akan hilang. Alihkan perhatian untuk melakukan perkara yang bermanafaat.

Langkah 4 : Lama kelamaan apabila tiga langkah di atas diamalkan penagih judi akan menyedari bahawa judi tidak lagi mempunyai kuasa untuk membuatkan mereka ketagih. Keinginan berjudi hanyalah “sisa toksik” dalam otak.

Langkah 5 : Doa. Doa adalah merupakan senjata paling utama untuk orang Islam. Sentiasa berdoa setiap waktu , setiap hari agar dipulihkan dari penyakit ketagihan judi.

Tip kepada ahli keluarga penagih judi untuk membantu penagih judi :
Berterus terang dengan mereka yang ketagih judi
Galakkan mereka yang ketagih judi berjumpa kaunselor , ustaz atau pendakwah
Beritahu mereka yang ketagih judi ini ALLAH Maha Pengampun

Sayanglah umat manusia. Kita merasa amat kasihan apabila mereka mencampakkan diri mereka sendiri dalam kebinasaan. Yang kita benci hanyalah perbuatan mereka yang melanggar perintah ALLAH. Pandanglah semua insan dengan perasaan belas kasihan.
Bantulah mereka yang zalim dan dizalimi.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2019 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved