Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 ayu_84gurlz • 2 years ago • 14,066 viewed


Kisah Benar..sy dpt dari blog..ingin berkongsi dengan para isteri dan suami..

Begini kisahnya…
Saya dan isteri sebenarnya ada masalah susah dapat anak walaupun sudah 2 tahun berkahwin. Sudah puas kami berusaha, sudah banyak buku (ebook) kami baca, sudah bermacam-macam jenis ubat kami makan, sudah berurut dengan beberapa orang tukang urut kampung, malah kami juga pernah pergi ke LPPKN beberapa kali, bagi membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan bagi mengatasi masalah sukar mendapat anak ini.


Namun, semua usaha kami gagal. Dalam masa 2 tahun menunggu berita gembira, tak juga kunjung tiba. Kami berasa betul-betul kecewa dan hampir berputus asa.
Sehinggalah pada pertengahan tahun 2009, Allah Subhanahu wata’ala telah mentaqdirkan arwah mak dan arwah ayah saya untuk pergi menunaikan umrah.

Sebelum ini, saya pernah dengar dalam 1 ceramah mengatakan bahawa, salah satu tempat yang paling mustajab untuk berdoa ialah di Baitullah (depan Kaabah). InsyaAllah, kalau doa dipanjatkan dengan tulus ikhlas mengharapkan belas ihsan dan rahmat daripada Allah di depan kaabah, doa itu PASTI akan dikabulkan.
Kemudian, saya juga pernah mendengar dalam 1 ceramah lain mengatakan bahawa DOA IBU UNTUK ANAKNYA ADALAH ANTARA DOA YANG PALING MUSTAJAB, dimana kalau seorang ibu itu berdoa untuk anaknya, tiada hijab langsung. Doa itu akan sampai terus kepada Allah dan Allah pasti akan kabulkan doa tersebut.
Teringat isi kandungan ceramah tersebut, hati saya seolah-olah meronta-ronta dan menjerit-jerit kepada saya ;
“Inilah peluangnya! Inilah peluangnya Syukri. Ko jangan lepaskan peluang ini.”
Saya dengan rasa penuh yakin, merasakan inilah peluang terbaik saya untuk mendapatkan pertolongan daripada ALLAH subhanahu wata’ala bagi memperkenankan hajat saya dan isteri.
Lantas, tanpa berlengah lagi, saya telah berjumpa dan bercakap dengan arwah mak saya tentang hajat kami.
Ini yang saya lakukan setelah berjumpa dengan arwah mak (sebelum arwah dan arwah abah berlepas ke Tanah Suci) :
  1. Saya minta arwah mak maafkan semua dosa-dosa saya dengannya. Segala kekasaran, tingkah laku saya yang tidak baik dengan arwah mak, saya minta sungguh-sungguh supaya arwah mak dapat maafkan saya.
  2. Saya minta sungguh-sungguh supaya arwah mak dapat berdoa khusus untuk saya dan isteri (sebut nama kami dalam doanya) di depan Kaabah, agar Allah kurniakan zuriat kepada kami.
  3. Saya ada juga minta arwah mak saya, kalau boleh, arwah mak berdoa pada selepas pertengahan malam (iaitu selepas tahajjud). Sebab saya ada pernah dengar dalam 1 ceramah mengatakan, pada waktu selepas tengah malam sehingga sebelum subuh, Allah subhanahu wata’ala akan ‘berada’ di langit dunia bagi mendengar permintaan hamba-hambaNYA. Pada waktu itu dikatakan, segala permintaan @ doa pasti akan dimakbul oleh Allah subhanahu wata’ala.

Itulah permintaan-permintaan saya kepada arwah mak saya sebelum beliau berangkat ke Tanah Suci.
Guess what? Cuba teka, apakah yang terjadi selepas itu?
Subhanallah, selepas kira-kira 2 bulan arwah mak dan arwah abah balik dari umrah, berita yang kami tunggu-tunggu selama 2 tahun ini akhirnya tiba juga.
Ya, isteri saya telah disahkan mengandung anak pertama kami.
Alhamdulillah, saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah ta’ala atas nikmat anugerah yang dikurniakan kepada kami. Saya terus sujud syukur dan menelefon arwah mak bagi memaklumkan berita gembira tersebut.
Masa bercakap dengan arwah mak dalam telefon tu, macam seolah-olah beliau dah pun terlebih dahulu mengetahui @ dapat mengagak berita yang nak saya sampaikan itu. Arwah ibu memang betul-betul yakin yang doanya pasti dimakbulkan Allah ta’ala.
Subhanallah. Maha Suci Allah.
Janji Allah itu pasti benar. Kata-kata Rasulullah itu pasti benar. Tidak syak lagi.
Demi ALLAH, saya sudah pun merasai sendiri kebenaran itu.
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. DIA lah yang mengkabulkan @ memenuhi setiap permintaan hamba-hambaNYA.
Pesanan saya untuk anda :
  • Berdoalah tanpa jemu
  • Berdoalah dengan yakin Allah pasti akan makbulkan
  • Berdoalah terutamanya pada waktu-waktu mustajab doa
  • Kalau berpeluang pergi ke Tanah Suci, berdoalah sungguh-sungguh di Baitullah
  • Kalau ibu anda masih hidup, mohonlah doa dari ibu anda. Jangan sekali-kali persiakan doa orang yang sangat mustajab doanya (doa ibu untuk anaknya)
  • Kalau anda seorang ibu, selalulah maafkan anak-anak anda. Doakanlah mereka setiap hari.
  • Kalau ibu anda sudah meninggal dunia, balaslah jasa budi arwah dengan sentiasa berdoa kepada Allah agar rohnya diampunkan dan dirahmati Allah

Pesanan khusus buat mereka yang ada masalah untuk dapat anak :
  • Minta ibu ayah maafkan segala dosa dan keterlanjuran anda terhadap mereka
  • Minta mereka berdoa khusus untuk anda (sebut nama anda dalam doa)
  • Minta mereka buat solat hajat (supaya anda dikurniakan anak) khusus untuk anda
  • Anda kena buat baik @ melayan ibu ayah anda sebaik-baik yang mungkin. Taati mereka, dengar cakap mereka, dan jangan sekali-kali kecilkan hati mereka.
  • Kalau anda ada modal (duit lebih), bolehla dapatkan buku (ebook) panduan ini sebagai salah satu usaha anda untuk mengatasi masalah sukar mendapatkan anak. Ingat, ilmu tu sangat penting. Saya sendiri pun, sudah memiliki ketiga-tiga ebook panduan ini.
  1. Panduan Mudah Hamil
  2. Panduan Senang Hamil
  3. Panduan Kesuburan Untuk Lelaki


Sekian, semoga ada sikit sebanyak manfaat daripada coretan panjang ini.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved