Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 7 years ago • 1,270 viewed


Malam pertama …malam itu ialah malam Pertama kita Di Alam Kubur... ... pernahkah kita melihat kubur?

Pernahkah kita melihat suasana gelap tanah perkuburan.Pernahkah kita melihat sempit dan dalamnya liang lahat .Pernahkah kita membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur.

Sedarkah kita bahawa kubur itu dipersiapkan untuk diri-ku,diri-mu, kita2 semua dan juga untuk orang-orang lain.Bukankah masa silih berganti kita telah melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekat kita diusung dari dunia fana ini ke tanah perkuburan.

Apakah malam pertama kita di Alam Kubur nanti asyik dengan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara? Wahai anak Adam, apa yang telah kita persiapkan saat malam pertama nanti di alam kubur? Tidakkah kita tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang adanya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza. ”Suatu hari pasti kita akan tinggalkan tempat tidur ini (di dunia), dan ketenangan pun menghilang dari ini. Bila kita berada di alam kubur nanti pada malam pertama, Demi Allah... ... ... fikirkanlah untung nasib kita dan apa yang akan terjadi pada kita di sana?”

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi Malam Pertama Di Alam Kubur!.
Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut. Adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut.Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat: “Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100)Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’..” Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!
Wahai saudara-saudariku... .tidakkah kita menangis akan kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemput? Wahai saudara-saudariku... pernahkah kita menangis mengenai tanah perkuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudara-saudariku... pernahkah kita menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudara-saudariku... .pernahkah kita menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.
“Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!.Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meski hanya sedetik. Ia biasa datang menyerap dengan tiba-tiba. Ia misteri. Kerananya setiap orang semestinya selalu siap. Dan tentu, husnul khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mencapai itu, harus melalui jalan syari’at dengan menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah Ta’ala. Tanpanya, husnul khatimah itu nihil. Bukankah, perahu tak akan berjalan di daratan? Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah kita telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Wahai saudara-saudariku yang kacak dan ayu... bergelumang harta dan sejuta rasa, apakah kita telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.Jantung berdenyut kencang, menantikan Malaikat Datang, mengigil ketakutan Gelap Pekat Dipandangan... ... ... ... ... ... ... ...

Ku Merintih, Aku Menangis,Ku Meratap, Aku Mengharap, Ku Meminta Dihidupkan Semula, Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

Virtual Friends - Copyright © 2001-2019 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved