Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 anieg • 7 years ago • 1,025 viewed


Ketika pagi masih dingin, si penjual sayur itu sudah memetik sayur-sayurnya lalu diatur ke dalam pedati. Dia kemudian ke bangsal untuk mengambil kudanya.

“Eh, kenapa dengan kudaku ini?” Dia mendekati kudanya yang terbaring. Ternyata kudanya sudah mati. Si penjual sayur itu terduduk lalu termenung memikirkan bagaimana dia hendak mengangkut sayur-sayurnya.

Si penjual sayur itu kemudian menemui seorang ulama lalu menceritakan masalahnya. “Inilah musibah yang paling buruk pernah terjadi kepadaku,” Si penjual sayur itu berkeluh-kesah. Ulama itu mengangkat bahu sambil menarik nafas.

“Mungkin ya, mungkin tidak.” Spontan ulama itu menjawab. Si penjual sayur berkerut dahi. Dia kecewa dengan jawapan ulama itu, lalu dia pulang ke rumah. Sebaik sahaja tiba di rumahnya, matanya terpaku. Seekor kuda liar sedang mengibas-ngibas ekornya sambil berdiri tegap di hadapan rumahnya.
“Bukankah ini satu anugerah?”Si penjual sayur kembali semula memberitahu ulama itu. Sekali lagi ulama itu mengangkat bahu.

“Mungkin ya, mungkin tidak!” Si penjual sayur semakin kecewa dengan jawapan ulama itu, lalu kembali semula ke rumahnya. Sebaik sahaja dia tiba di rumahnya, dia terkejut. Anak lelakinya sedang terlantar kesakitan di sisi kuda liar itu yang terlepas daripada tambatan. Kedua-dua kaki anaknya patah akibat dipijak kuda liar itu. Si penjual sayur itu menangis sambil memeluk anaknya.

“Aku fikir kuda ini anugerah, rupa-rupanya hanya membawa musibah,” si penjual sayur itu berkeluh-kesah.

Tidak lama selepas itu terdengar berita akan berlaku peperangan. Semua pemuda diwajibkan menyertai peperangan. Namun, oleh kerana kaki anak lelakinya masih dirawat, maka anaknya dikecualikan daripada menyertai peperangan tersebut. Si penjual sayur itu bersyukur. Barulah dia sedar bahawa musibah yang melandanya juga merupakan satu anugerah.

* Sumber: Assoc. Prof Azizi Zakaria, UUM

Virtual Friends - Copyright © 2001-2019 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved