Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 danial7 • 2 years ago • 615 viewed


Dalam perjalanan menuju ke Cameron highland lebih kurang 20KM sebelum simpang toll tapah saya terlangar tayar celup lori yang besar diatas lebuh raya tu. Saya ingat bumper depan kereta saya tak rosak terok, maka saya meneruskan perjalanan tampa memberhentikan kereta untuk melihat kerosakan bumper depan tu.

Sampai kat R&R tapah saya berhenti untuk merokok dan saja saja nak tengok kerosakan bumper.Emmmm… Bumper depan mengelami kerosakan teruk! Mesti harus ditukar bumper baru. Maka terbayanglah dalam kepala saya terbanglah dalam RM3500 kerana kesalahan orang lain kerana mereka nak untung lebih, mereka menggunakan tayar celup tampa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya lain.


Lepas tu dalam perjalanan balik ke KL dari Cameron Highlang saya terlanggar lagi tayar lori yang tertanggal diatas lebuh raya. Hati saya dah merasa panas dan marah, maka saya menalipon pihak PLUS. Mereka, PLUS menyuruh ssya berhenti dioffice toll yang berhampiran untuk membuat report. Maka saya berhenti ditoll jalan duta untuk buat report.

Sesudah saya isi borang report, mereka pergi ke kereta saya untuk mengambil gambar kerosakan bumper depan kereta saya dan memphotocopy kad touch&go saya untuk simpanan record mereka kerana kerosakan yang saya alami saya claim dari pihak PLUS.

Kita boleh claim dari pihak PLUS sekiranya kerosakan yang berlaku disebabkan oleh benda benda yang merosakan kereta datangnya dari lebuh raya Seperti:

Cermin depan pecah disebabkan batu2 diatas lebuh raya.

Mungkin ramai yang tak tau kita boleh claim dari pihak PLUS.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved