Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 8 years ago • 1,488 viewed



Hiasan

NIKAH :atau kahwin, juga disebut tazwij dan wata’. Perkataan nikah berasal dari perkataan Arab dari kata dasar ‘Nakaha’ : berhimpun . Menurut syarak ialah : Suatu akad yang membolehkan seorang lelaki dan seorang wanita bergaul bebas.

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: “Dari Abdullah bin Mas’ud r.a. ia berkata: Hai kaum pemuda, apabila di antara kamu bekuasa untuk kahwin, hendaklah ia kahwin, sebab kahwin itu lebih kuasa untuk menjaga mata dan kemaluan;dan baraangsiapa tidak kuasa, hendaklah ia berpuasa, sebab puasa itu jadi penjaga bagi”.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah s.w.t.
An Nisa%27+3 Hukum Nikah
Maksudnya : “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan Yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Langkah-langkah Perkahwinan
*Melihat calon atau merisik, bagi lelaki yang ingin berkahwin hukumnya sunat baginya melihat wajah seorang perempuan yang mahu dikahwininya mengikut pendapat jumhur ulama.

*Meminang, lamaran daripada lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri atau ikatan tanda jadi bahawa antara lelaki dan perempuan itu akan berkahwin pada satu-satu masa tertentu.

Hukum Nikah
Hukum nikah kebanyakkannya hanya ditaklifkan kepada kaum lelaki yang mampu membuat keputusan, berbanding kaum perempuan kerana perempuan tidak mempunyai banyak hak memilih pasangan. Hukum nikah terbahagi kepada beberapa bahagian.

Wajib: iaitu bagi lelaki yang berkemampuan dan tidak mampu menahan nafsu syahwatnya terhadap perempuan.

Sunat: iaitu bagi seorang lelaki yang berkemampuan dari segi hartanya dan nafsunya, dan ingin pula mendapatkan keturunan tetapi mampu pula mengawal nafsunya dengan baik.

Harus/Mubah: iaitu apabila seseorang yang berkeyakinan tidak akan jatuh dalam perzinaan jika tidak berkahwin, tetapi kalau berkahwinpun tidak akan mengabaikan kewajipan suami atau isteri.

Makruh: iaitu bagi lelaki yang apabila berkahwin akan memberi masalah kepada anak dan isterinya, kesibukkanya, keegoannya, kebodohannya, kekurangan sifat dirinya dan sumpamanya.

Haram: iaitu bagi lelaki yang tidak mampu membiayai rumahtangganya, anak isterinya dengan sebab kemiskinannya. Jika berlaku perkahwinan mungkin akan jatuh kepada berbuat kezaliman. Bagi golongan ini walaupun tidak mampu menahan nafsu tetap juga tidak dihalalkan baginya berkahwin, melainkan jika ada pihak-pihak tertentu membiayai dan membantu sehingga berjaya. Jika tidak maka dia hendaklah berpuasa sehingga dia mampu menahan nafsunya dari berbuat zina.

Imam Syafi’e :Asal hukum harus, kemudian berubah menjadi wajib atau sunat tergantung kepada keadaan sesorang.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2021 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved