Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 8 years ago • 1,463 viewed



sukar untuk memulakan entry ini..


semua orang ada MAK @ IBU @ MAMA @ UMI @ MUMMY atau apa saja gelaran yang diberikan.. sapa yang tidak sayang pada MAK kan.. MAK la kekuatan kita.. MAK la sumber inspirasi kita.. MAK adalah segalanya dari kita dalam perut sampai la kita besar panjang dan bekerjaya sekarang ini.. hebatkan jasa dan kasih sayang seorang IBU.. tapi mama lebih suka memanggil MAK.. MAK dan MAK..


MAK sakit semula. mak diserang strok dan rentak jantung yang tidak stabil. Hari rabu minggu lepas mama dimasukkan ke hospital sebab kencing kotor dan kurang air (alahan pregnant).. malam tu pulak MAK sakit.. MAK rebah dengan tiba-tiba, badan kaku dan hilang kewarasan... bila dipanggil MAK hanya pandang.. mama kat hospital tak senang duduk.. Ya ALLAH biasa mama yang uruskan bila MAK sakit... hari tu mama takde, adik-adik yang uruskan.. sampai la ke hospital..


mama nekad nak keluar hospital.. pukul 3 pagi hari Jumaat, mama bangun da minum air bercawan-cawan.. buang air tak usah cakap setiap setengah jam.. dalam hati berkata mama nak keluar, mama nak tengok MAK.. mama nak jaga MAK.. mama nangis sendiri.. " MAK kene kuat.. MAK kene lawan.. Insyaallah ateh ada"... . keputusan urin test keluar.. doc masih nak tahan mama 1 hari lagi tapi mama berkeras nak keluar juga dan janji dengan doc akan makan ubat dan minum air.. alhamdulillah doc paham dan benarkan mama keluar tengahari Jumaat tu..


keluar je wad mama rehat kat umah dan petang pukul 4.00 petang mama gerak ke hospital.. (walaupun badan mama masih lemah dan memang tak larat tapi mama gagahkan jua berjalan demi MAK)..sampai sana mama tengok MAK terbaring lesu, tangan diikat pada besi katil.. kesan suntikan jarum pada tangan dan kaki disana sini.. banyak.. ateh tau MAK sakit.. doc ikat tangan MAK sebab MAK tarik jarum untuk laluan masuk air kebadan..


mama genggam tangan MAK..

"MAK, kenal tak sape ni"..
" kau g mana tih".. dalam 'kelu' mak bercakap.. hanya orang yang biasa berada disisi mak yang paham apa yang mak cakap..
"mak nak masak ikan yang ko bagi tu, tapi mak tak kuat... nanti kau masak ye.. suruh ayah kupas kelapa".. aritu mama ada bagi ikan sungai (bos mancing) kat MAK.. ingat MAK da masak rupanya belum lagi. MAK memang suka ikan sungai..
" ye lah, nanti ateh masakkan".. sebak ye hati ini..
"ha.. ".. MAK tak dengar..


mama perasan MAK sukar mendengar bila orang bercakap.. papa tak benarkan mama teman MAK sebab mama belum sihat sepenuhnya.. takpe la MAK ateh balik dulu ye.. hari sabtu, tengahari mama pergi teman mak sampai la petang.. papa dan anak-anak tunggu luar sebab waktu melawat da abis.. mama borak dengan MAK.. mama perasan lagi MAK sukar menangkap kata-kata yang mama cakap.. Mama jumpa doc..


" doc apa keputusan scan MAK saya aritu"..
" ok. kami dapati ada darah beku dikepala MAK kamu tapi tiada pendarahan.. kami da masukan ubat cair darah.. mak kamu stabil, saya tengok dia ok dari hari mula dia sampai.. kami da buat perbincangan untuk Discaj MAK kamu.."..
" doc MAK saya tak ingat la doc"
" mungkin sebab kesan strok dan darah beku tu"..
memang langsung tak ingat nak tanya pasal masalah pendengaran MAK tu..


ok la mama puas hati dengan penjelasan doc.. MAK pun Discaj hari ahad petang.. alhamdulillah Isnin kan cuti Israk Mikraj jadi dapat la mama rehat kat rumah dengan MAK dan anak-anak.. sejak tu la mama betol-betol perasan yang MAK memang ada masalah pendengar... risau sangat hati mama ni.. mama bincang dengan papa.." yang, kita bawa mak balik rumah kita boleh tak? sape nak jaga mak kat sini".. papa temenung..
" boleh sayang tapi abang kesian tengok ayang nanti, da la tak sihat nak kene jaga mak lagi"..
"abis tu".. mama kecewa sebenarnya...

" ok la kita cuba bawa dulu, kalau mak tak selesa kita hantar balik kat sini ye"..
alhamdulillah papa memahami jiwa kecil mama ni..


memang memerlukan kesabaran dan ketabahan menjaga MAK sekarang ni.. umpama baby kecil yang perlu dijaga makan pakainya.. ada situasi tu, nasib la yang datang ziarah tu Mak cik (kakak MAK), MAK tak nak pakai baju dan kain.. Ya ALLAH kasihan MAK.. kenapa la MAK terpaksa melalui semua ini.. Semoga ALLAH membantu mak...


selepas 2 hari MAK kat rumah mama, MAK nak balik... dalam bahasa MAK sendiri, MAK bercakap benda yang dah 'lepas'.. marah-marah MAK cakap mama yang cakap tak betul, dia tak paham.. mama terfikir lagi.. MAK ni dengar jugak tapi otaknya sukar menerima apa kata-kata kita... bingung mama memikirkannya..


akhirnya..


mama nekad bawa ke Klinik. mama cari klinik yang doc ye tahu pasal masalah pendengaran.. ok mama jumpa.. bila da daftar dan bawa mak masuk klinik (10 minit diperlukan untuk bawa nak keluar dari kereta) nurse panggil.. mama cerita itu ini .. bla bla bla..


doc merumuskan MAK adamasalah 'mental'... yang mana otaknya memang boleh berfungsi tapi memory ye bermasalah...


Ya ALLAH.. tak mungkin.. MAK kan kene strok.. walaupun boleh berjalan tapi mama lihat fizikal mama memang macam orang kene strok.. doc kerajaan merumuskan 'strok ringan'.. dan mama memang follow up IJN.. masalah injap.. doc suruh opret tapi MAK tak nak.. mama pun tak mahu paksa... . bergantung pada ubat je la..


Doc tu bagi cadangan MAK mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan HPATHY Bahau (bawah pendaftaran kementerian kesihatan).. terus mama kesana.. masa tu rasa nak nangis.. rasa nak menjerit.. YA ALLAH bersarnya ujianMu.. permudahkanlah Ya ALLAH... .


sampai disana mama bawa MAK berjumpa Doc Joseph Selvam.. cerita itu ini.. doc kata mak memang ada masalah mental dan mengalami ALZHEIMER... sekali lagi rasa macam kepala dihempap batu besar.. mama kata " tak mungkin doc, mak saya sebelum ni memang selalu masuk hospital.. cuma kali ni saya tengok dia 'teruk' sedikit dan ada masalah pendengaran"..


" saya paham... kita lihat banyak gejala penyakit ALZHEIMER ini dalam diri IBU, tapi jangan risau IBU kamu baru peringkat awal.. saya akan cuba bantu.. kita sama-sama usaha"..


Ya ALLAH.. tak mungkin...


dalam kecewa mama terima dengan hati yangterlukaterbuka .. mama pandang wajah MAK... kita usaha je MAK.. ateh cuba cari ubat untuk MAK.. MAK kuat tau.. ateh sayang MAK sangat-sangat... mungkin sebab ni MAK suruh ateh kawin.. mak nak ateh ada teman bila MAK sakit... MAKKKKKK !!!!!!


'nasib' dan rezeki kita tak sama kawan-kawan tapi bertahanlah, teruskan berdoa dan berusaha demi kebahagiaan berpanjangan.. sayangilah ibubapa kamu.. what u give, u get back!!!...





Virtual Friends - Copyright © 2001-2021 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved