Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 danial7 • 8 years ago • 1,171 viewed


ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

As a reminder for me and all.

Maaf zahir batin atas segala silap dan salah. Moga Allah ampunkan dosaku dan dosamu serta moga Allah terima segala amalan kita dan agar kita berusaha serta mendapat malam Lailatul Qadar! Amin




Rahmat
Rahmat kepada seluruh isi alam, rezeki yang diturunkan sepanjang bulan ni memang berlipat ganda, begitu juga dengan rahmat keberkatan dan keampunan


Amal
Amal kebajikan disepanjang bulan Ramadan perlu bertambah dan di perkukuhkan dengan mengikuti segala apa yang diperintah oleh Allah SWT.


Muhasabah
Muhasabah diri ke mana sebenarnya arah tujuan hidup ni. Seelok-eloknya pada bulan Ramadan digunakan untuk merenung diri sendiri.


Akhlak
Aklak peribadi sepanjang bulan Ramadan perlu diteruskan ke bulan-bulan lain agar dapat menarik minat golongan lain untuk mendekati Islam.


Derma
Derma kejalan yang diredhai dalam bulan Ramadan akan diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda dan juga sesuai untuk mendidik hati supaya tidak bakhil dan kedekut.


Hidayah
Hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT., sentiasa diharapkan oleh setiap muslim, semoga dipermudahkan sepanjang bulan Ramadan ini.


Anugerah
Anugerah ‘Ramadhan’ oleh Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba2 Nya. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita.


Niat
Niat untuk berpuasa dengan hati yang ikhlas dan mendapat keredhaan Allah kerana segala amalan Muslim bergantung kepada niat, dan rahsianya hanya diketahui oleh Allah SWT.


Doa untuk mudah bangun tengah malam (tahajjud)
Baru-baru ni ada 1 ceramah di Radio IKIM. Penceramahnya ialah seorang Syeikh dari Negara Arab. Maaf, tak berapa ingat dia punya nama. Dalam ceramah tu, Syeikh Arab tu ada berkongsi 1 amalan yang jika diamalkan akan memudahkan kita untuk bangun malam untuk bertahajjud.

Caranya ialah :
Baca surah al-Qadr (Innaa anzalnaa hufii lailatul qadr&hellip . Baca surah ini hingga habis. Dan pada ayat yang terakhir, diulang sebanyak 7 kali. Semasa ulang baca ayat terakhir tu, kena niat dalam hati, pukul berapa anda nak bangun.

ñ 097. AL QADR #
ò
[97.1] Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan.
[97.2] Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
[97.3] Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
[97.4] Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
[97.5] Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.


Amalkan baca seperti diatas sebelum anda tidur. PASTI BERKESAN. Cubalah…

Virtual Friends - Copyright © 2001-2021 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved