Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 8 years ago • 1,143 viewed


Pejam celik, pejam celik kita dah berada di hari kedua Ramadan. Sebenarnya, kemenangan pertama bukan hanya pada makanan tapi pada kesabaran... tu lah indahnya ramadhan untuk kita di Malaysia. So dikesempatan ni masih belum terlambat to wish everyone around the world a very happy Ramadan Kareem, Ramadan started all over the world today and South Asia will be celebrating the 1st of Ramadan 2012 from July 21. Semoga Ramadan kali ini lebih baik dan berusaha mempertingkatkan untuk mendapat puasa yang berkualiti dan diberkati... insyaAllah

Usai berbuka, dalam news melaporkan mengenai pergolakan di Syria. Kumpulan pertama rakyat Malaysia di Syria yang dibawa pulang oleh kerajaan berikutan pergolakan yang semakin meruncing di negara itu, dijangka tiba di tanah air Selasa (24/7/12) ini.

Jurucakap Wisma Putra berkata, kumpulan pertama tersebut terdiri 50 orang termasuk pelajar akan dibawa balik menggunakan penerbangan khas.
Seperti Palestin, mau pun Mesir dan yang terbaru Syria...

Yang disana, bermati-matian mempertahankan Islam. Tak kira kecik, kanak-kanak, orang tua, orang muda, wanita, lelaki. Diseksa! Dibunuh! Sedih. Kerana tak dapat buat apa-apa. Betullah Nabi cakap... .kita ramai... tapi macam buih-buih di lautan. Hurm... Kita senang di sini... orang cakap, comfort zone. Sibuk hal dunia. Sibuk sangat sampai tak fikir pun pasal saudara kita kat sana. Akhir zaman dah nie.


Kita boleh lagi tengok bola sepak, boleh lagi tengok kereta di jalan raya, sedang orang lain tengok kereta kebal. Juadah Ramadan kita beranekan jenis, kalau dihotel sampai RM90 buffetnya... .aisshhhh (merepek punya harga), boleh lagi meng-online kan diri, boleh lagi bergembira, dan macam-macam lagi boleh lagi. Macam-macam. Kadang-kadang rasa macam teruknya kita nie tak buat apa. Seronok berada di comfort zone. Allahurabbi... Kuatkan mereka. Apa lah juadah buka mereka..anak2 kecil bagaimana penghidupannya... Syurga lah tempat mereka.

Di bulan Ramadhan Al Mubarak ini, banyak2lah berdoa lah untuk mereka. Selalu. Dan ambik tahu pasal mereka. Jangan buat tak kisah.. Sebab mereka saudara kita. Beratkan ke arah akhirat. Dunia ni sementara je. Mungkin itu lah selemah2 iman kita. Berdoa! Berdoa! Berdoa! Mungkin kita juga turut berjihad tapi di medan yang berbeza... .Dunia ibarat wanita tua yang berhias.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2021 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved